GLAM (Malaysia)

MENU TUSCANIAN DI BANGSAR

-

Alami kelazatan piza ala Tuscani nan asli satu- satunya di Malaysia. Roberto’s menawarkan keaslian palet rasa mewah langsung dari Itali.

Alangkah seronoknya bila menu masakan Tuscani tiba di Malaysia. Bukan apa, susah untuk kita dapat merasa keaslian masakan jenis ini. Sejajar dengan harapan Roberto’s yang berlokasi di Bangsar Shopping Centre iaitu membawa pengalaman makanan Tuscani yang kasual dan mewah untuk pencinta masakan Itali di Kuala Lumpur. Restoran ini merupakan yang pertama untuk Roberto’s, PETRA Cucina akan membuka lebih banyak rangkaian oultlet di seluruh Malaysia dan juga di rantau ini.

Sajian menu di Roberto’s direka untuk dikongsi bersama, sesuailah jika anda mahu rancang perjumpaan beramai- ramai bersama teman, keluarga ataupun date bersama tersayang. Restoran yang menyajikan hidangan Tuscani dan Emilian ini sukar ditemui di Kuala Lumpur menjadikan ianya unik dan sering mendapat kunjungan ramai. Pilihan masakan di Roberto’s telah disusun dengan teliti dan diilhamkan oleh Roberto Guiati dan ketua Chef, Cristian Grandi.

Dekorasi restoran menggabung­kan elemen khas Tuscani yang stylish dan moden namun masih mementingk­an keselesaan pelanggan. Roberto’s menawarkan keaslian masakan Itali yakni piza dibakar dari ketuhar Alfo Forni yang dibawa khas dari Itali dan pelbagai hidangan pasta yang juga merupakan keunikan Roberto’s. Hayati menu cadangan Chef Grandi termasuk Scaloppa di Vitello al Pepe Verde, Duo d ‘ Agnello dan Filetto di Barramundi bila anda berpeluang ke sini.

Roberto’s dibuka seawal jam 9 pagi menyediaka­n santapan sarapan Itali. Nikmati keenakan pembuka selera kegemaran Itali seperti Bruschetta, Burrata alla Caprese, dan juga Taglieri e Formaggi di sini. Delizioso!

 ??  ?? teks
NISA’ HALID
teks NISA’ HALID
 ??  ?? Chef Christian Grandi dan Roberto Guiati, Ketua Eksekutif, PETRA Cucina bergambar bersama Alfa Forni.
Chef Christian Grandi dan Roberto Guiati, Ketua Eksekutif, PETRA Cucina bergambar bersama Alfa Forni.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia