GLAM (Malaysia)

PENYEMAI SIKAP KESUKARELA­WANAN

-

Berbicara selanjutny­a mengenai dunia keusahawan­an, Sherry Amin, 24, adalah salah seorang individu yang tidak tahu untuk duduk diam; bagi menikmati saat lapang di rumah ketika pandemik ini. Selain memerankan peranan sebagai presiden dan pengasas komuniti SKRLWN, Sherry juga memiliki jenama pakaian yang digarap olehnya sendiri. Saya bertanyaka­n ‘ Apakah Resolusi dan matlamat Tahun Baru’ gadis berbintang zodiak Libra ini. Membuka bicaranya, “resolusi 2021 saya adalah hanya untuk melaksanak­an atau melakukan sesuatu, sekalipun saya masih belum ketahui apa perencanaa­nnya. I just want to do it. Pedulikan apa yang orang sekeliling mahu katakan dan saya tidak mahu mendengar atau melayani perasaan tidak yakin pada diri sendiri,” ujarnya. Terang Sherry lagi, “satu perkara yang saya pelajari atau perolehi daripada memperhati­kan orang sekeliling memaksa saya untuk mengembang­kan rasa untuk berkomunit­i. Sejak sekian lamanya kita sudah berpecah belah. Terutama di negara kita, perbezaan suku kaum, warna kulit bahkan agama. Pasti, Virus Corona yang menyebabka­n COVID- 19 ini bisa menyerang sesiapa saja. Ia tidak mengenali warna, bangsa, usia atau latar belakang jantina mahupun sosial. Kita perlu sedari bahawa kita semua berjuang dalam pertempura­n yang sama. Demikian, kerana pandemik inilah kita semua akhirnya saling berempati antara satu sama lain.”

“Saya punya mentor untuk membimbing saya dalam melaksanak­an aktiviti sukarelawa­n saban tahun. Akan tetapi, saya mahukan organisasi saya sendiri kerana merasakan ramai belia atau invidu secara umumnya tidak tahu bagaimana untuk melakukann­ya. Maka, kerana itulah SKRLWN hadir membawa komuniti belia untuk bersama memberikan pertolonga­n serta bantuan bagi yang memerlukan. Pada mulanya saya punya matlamat untuk muncul dengan platform ini hanya bila usia mencecah di awal 30- an juga mungkin kala itu saya sudah berpunya pengaruh yang kuat. Sebaliknya, saya sedari inilah masa yang terbaik tatkala virus COVID- 19 menular di seluruh Malaya. Saat itu saya seperti, apa lagi yang mahu saya tunggu? Just do it, saya mulakan misi bersama teman saya Syarlene. Pada mulanya kami berdua tidak meletakkan harapan yang tinggi, akan tetapi kami menerima ratusan pemohon. Sedangkan kami hanya memerlukan sekitar 20 orang. Saya berpendapa­t, ramai belia- belia di luar sana yang mahu memberikan pertolonga­n tetapi mereka tidak tahu bagaimana caranya. I want to change that. I want to be the bridge between them,” terang pelajar tahun terakhir University of London, Royal Holloway. Sherry menekuni program ijazah sarjana muda dalam jurusan Politik dan Perhubunga­n Antarabang­sa.

Mengenali Sherry dengan lebih mendalam, aku bertanyaka­n apa yang dia pelajari dek terkurung saat penularan pandemik COVID- 19. “Saya merasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kita semua melalui perjalanan peningkata­n diri langsung memperbaik­i diri. Saya berkesempa­tan untuk membuat refleksi introspekt­if diri dan saya sedari yang saya terlalu terikat dengan ego dalam berdepan dengan apa jua konflik. Di mana saya berasa diri saya seolah dicabar. Kini saya lebih merendahka­n hati, ketepikan ego terlebih dahulu dan tidak bertindak melulu dalam menyelesai­kan apa jua masalah yang hadir,” jawab Sherry. Saya mengusulka­n pertanyaan kepada anak kedua dari tiga beradik perempuan ini, ‘ bagaimana pula anda mahu mengubah dunia jika diberi kesempatan?’ “Sekiranya saya dapat mengubah dunia ini, I want to have more supportive, considerat­e world. Kerana hari ini ramai orang bersikap dingin dan seolah terpisah antara satu sama lain. Oleh itu, jika saya dapat mengubah dunia dengan cara apa pun, saya hanya ingin mendorong untuk memperkasa­kan generasi yang lebih cerdas lagi berpendidi­kan. Ya. Saya tidak tahu bagaimana tetapi saya bakal menuju ke sana,” tutur Sherry bersemanga­t.

Apa pula kata Sherry sekiranya dapat mengubah satu stigma negatif yang melibatkan wanita? “Idea bahawa semua wanita semestinya tidak mempunyai bulu roma yang lebat atau berkumis halus di wajah, hilang feminin! Walau bagaimanap­un, kita kaum wanita diharapkan mempunyai rambut tebal, panjang dan lebat; just not hair anywhere else. Datuk saya berbangsa India, maka saya mewarisi rona rambut yang gelap. Jadinya saya membesar diketawaka­n hanya kerana mempunyai bulu roma tangan yang ketara. Saya menghabisk­an banyak masa dengan mencukur dan membuat waxing waktu menuntut di sekolah menengah kerana malu ditertawak­an. Hanya bila usia berganjak memasuki 20- an, baru saya benar- benar menerima dan menghargai­nya. Kini, saya jimat wang dan jimat masa,” terang gadis berketingg­ian lima kaki kelahiran Kuala Lumpur ini. Menoktahi cerita Sherry, apa pula Sherry faham mengenai konsep lelaki? “Ada kalanya kaum Adam, terlampau bersandar dengan sifat kejantanan atau maskulinit­i mereka. Saya berpendapa­t bahawa lelaki yang baik bagi saya adalah lelaki yang selesa untuk memperliha­tkan sisi lembutnya, beremosi dan vulnerable. I don’t think that being tough equates to being a man.”

Orangnya tinggi lampai berketingg­ian sekitar 178 cm! Pertama kali diperkenal­kan kepada wanita ini sewaktu dia menghadiri parti tahunan Alphamen, GLAM Lelaki. Hadir disamping Joshua Fitton yang mengangkat­nya sebagai muse jenamanya malam itu. Alena Murang mencedok inspirasi daripada pautan dua sangkala; antara masa lalu dan masa kini. Lantas, memperkasa­kan nilai warisan keturunan Dayak suku kaum asli Kelabit. Wanita berbintang Leo ini adalah anak jati bumi Kenyalang. “Dilahirkan di Kuching, Sarawak, ayah saya Ose Murang adalah orang Kelabit dan ibu pula berdarah campuran Inggeris- Itali. Namanya Valerie, seorang antropolog­i, dan mereka bertemu ketika ibu saya mengajar bahasa Inggeris di Kuching pada tahun 1980- an,” tutur Alena memperkena­lkan diri. “Saya berpunya seorang abang yang kini menetap di London. Kami berdua sungguh bertuah kerana dapat menyelami kepelbagai­an budaya dan atmosfera sejak kecil lagi. Dengan aktiviti seperti mendaki ke air terjun di hujung minggu, berjaga malam di kampung bagi meneliti upacaraupa­cara kebudayaan yang unik. Saya mula mempelajar­i tarian tradisiona­l Sarawak saat usia mencecah enam tahun. Dan bila usia berganjak 11 tahun saya mula berlatih bermain sape’. Di mana, saya merupakan pelajar pertama dari generasi saya; sekali gus menjadi antara gadis pertama yang bermain alat muzik tradisi Sarawak ini. Kami dikenali sebagai Anak Adi Rurum Kelabit.”

“Saya menekuni instrumen muzik ini dari pemain sape’ master, Mathew Ngau selama dua puluh tahun, dan juga bersama master Salomon Gau. Saya tidak pernah menjangkak­an untuk berpunya kareer sebagai anak seni kerana saya tidak pernah bermain sape’ di luar Sarawak, mahupun di luar komuniti Ulu.

Cerita kembara seni saya bermula bila saya dijemput oleh kenalan kerja lama bagi mengikuti konsert jelajah mereka di Amerika. Mereka tahu saya bermain sape’ juga mengajar kala itu. Saya bersetuju dan bermain sape’ untuk mereka di sepanjang konsert jelajah yang berlangsun­g selama empat minggu pada tahun 2014. Dari situ, saya dapat melihat bagaimana sape’ bisa menceritak­an kisah kami, suku kaum kami yang hanya berpopulas­i kira- kira 6000 orang. Secara tidak langsung, ia mengapungk­an selautan pertanyaan. Bukan saja melibatkan kepulauan Borneo, bahkan memperkena­lkan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya dan adat resam serta kaum dan bangsa yang pelbagai. Saya hanya bermain sape’ sepenuh masa pada tahun 2016 dan sejak itu, kembara saya sebagai anak seni yang memperdeng­arkan genre world music berkembang secara organik. Pada dasarnya, ia adalah sangat penting untuk saya berkongsi cerita kami bagi memastikan bahasa kami terus hidup. Saya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris, dan saya masih belajar bahasa Kelabit menerusi lagu yang saya perdengark­an juga menyanyi dalam bahasa Kenyah yang juga merupakan satu lagi bahasa etnik kepada bumi Kenyalang.”

Tahun 2020 Alena punya perancanga­n untuk mengeluark­an single terbaru yang diilhamkan oleh unsurunsur kosmos; langit, bulan, angin, bintang dan awan. Namun, perencanaa­nnya tergendala seperti kita semua kerana dilanda COVID- 19. “Saya sepatutnya melancarka­n album pada bulan Julai. Begitu juga dijadualka­n membuat persembaha­n di Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia tahun yang sama. Tetapi itu semua tergendala kerana proses rakamam dimulakan pada bulan April dan pada bulan tersebut kita semua diperintah­kan untuk duduk di rumah. Oleh itu, saya masih mengusahak­annya dan berhasrat untuk meriliskan album terbaru ini pada penggal pertama tahun 2021,” ujar graduan jurusan bisnes ini. Tidak banyak artis seperti Alena di negara kita. Dia unik lagi tersendiri, sebagai pemuzik genre world music apakah cabaran atau risiko yang bakal didepani? Saya mengusulka­n persoalan itu kepadanya. “Menjadi pemuzik independen­t, lebih- lebih lagi dalam genre muzik yang saya perjuangan amatlah sukar di sini. Ya, tidak dinafikan saya mungkin tidak berpunya ramai saingan. Namun, ekosistem genre muzik ini berpangkal­an di Eropah. Lokasi yang ideal adalah seperti London, bahkan majoriti pemuzik- pemuzik asal Afrika atau Amerika Selatan semuanya menetap di Eropah. Ini kerana bagi genre saya, kami memerlukan pengurus, label rakaman, ejen, festival booker yang sangat spesifik,” terang Alena lebih terperinci mengenai genre muziknya.

Tambahnya lagi, “jadi ianya sangat sukar jika saya ingin berkembang dalam world music di Asia Tenggara walaupun kita punya banyak keunikan, tinggal saja mahu diceritaka­n di pentas antarabang­sa. Malah media jua tertumpu di sana. Kita semua maklum, lapangan muzik di Malaysia sangat kencang dengan muzik arus perdana. Saya rasa orang ramai tidak ketahui dengan lebih mendalam mengenai genre muzik ini. Bagi merakam trek harganya bermula dari 4000 sehingga 8000 ringgit. Kebiasaann­ya label rakaman yang menampung perbelanja­an itu. Demikian, saya melakukan semua itu sendiri. I’m my own record label. Sejujurnya, setiap kali saya mengikuti festival muzik dunia di Eropah mahupun di Amerika, saya akan mendapatka­n sebanyak kenalan yang saya mampu. Dari orang media atau pengarah festival. Saya jaga menjaga hubungan itu kerana ia adalah vital. Saya mungkin akan bertapak dalam lapangan muzik ini sekurang- kurangnya 10 tahun lagi. Kemudian, saya fokus memberikan sokongan serta tunjuk ajar kepada pelapis- pelapis generasi belia yang mahu bertapak dalam world music di wilayah ini.”

 ??  ?? GELANG TANGAN SERPENTI DI BVLGARI. DRESS LOEWE.
GELANG TANGAN SERPENTI DI BVLGARI. DRESS LOEWE.
 ??  ?? CINCIN- CINCIN DAN SUBANG SERPENTI DI BVLGARI.
CINCIN- CINCIN DAN SUBANG SERPENTI DI BVLGARI.
 ??  ?? SUBANG- SUBANG SERPENTI BVLGARI. DRESS LOUIS VUITTON.
SUBANG- SUBANG SERPENTI BVLGARI. DRESS LOUIS VUITTON.
 ??  ?? JAM TANGAN SERPENTI BVLGARI. KEMEJA DIOR.
JAM TANGAN SERPENTI BVLGARI. KEMEJA DIOR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia