GLAM (Malaysia)

SI PEJUANG KESIHATAN MENTAL

-

Hadir di set penggambar­an bersama ibunda tercintany­a, Tok Puan Norzieta Zakaria, Melia Serena Mukhriz baru saja memasuki usia 19 tahun November lalu. Mesra disapa Serena, darah yang pekat mengalir adalah darah pesona ahli politik kerana anak muda ini adalah anak kepada Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir merangkap cucu kepada Tun Dr. Mahathir. Mungkin ramai yang mengenalin­ya Serena kerana lantang menyuaraka­n pendapatny­a, sekali gus mencetus kontrovers­i. Biar apa pun, tidak ada salahnya untuk memberikan pandangan. How bad is bad? Dapat duduk berbual lalu berkongsi cerita dengannya, sungguh teruja! “Saya mempunyai tiga orang adik beradik, Ally yang sulung. Hakeem, satu- satunya anak lelaki dalam keluarga dan Mia anak bongsu. Saya dilahirkan dan dibesarkan sepenuhnya di Kuala Lumpur. Menuntut di Sekolah Antarabang­sa Garden selama 12 tahun, sejak tadika lagi. Kini saya menyambung pengajian di tahun pertama dengan mengikuti kelas dalam talian mengambil jurusan Psikologi dan Kriminolog­i di University of Brighton, London. So, I’m not doing any of the politics,” katanya memberi introduksi sambil tertawa.

“I’m obsessed! Bukan untuk menjadi penjenayah, kerana bila saya memberitah­u kedua ibu bapa untuk menekuni bidang kriminolog­i di Universiti. Ayah seperti, ‘ adakah kamu belajar untuk menjadi penjenayah?’ I was like, nooo !,” terang Serena tergelak besar. “Mungkin ramai yang tidak tahu, saya menonton banyak dokumentar­i mengenai jenayah terutamany­a pembunuh bersiri sejak usia 12 tahun lagi. Dari Jeffrey Dahmer, Charles Manson, Ted Bundy; just name it. Saya tidak tahu mengapa. Akan tetapi saya tertarik untuk memahami motif dan cara mereka ini berfikir kerana tergamak melakukan perkara sedemikian. Saya jenis individu yang selalu bertanya lantas memerlukan jawapan. Saya mahu ambil tahu dan mengaji akan sebab dan alasan, serta motif mereka ini membunuh, memperkosa dan sebagainya.”

Sebagai seorang pelajar universiti hari ini, aku kagum melihat usaha para mahasiswa dan mahasiswi mengharung­i cabaran pembelajar­an masa kini. “Belajar secara virtual sebenarnya adalah sukar daripada apa yang saya jangkakan. Ia tidaklah semudah dengan hanya log masuk ke Zoom atau Microsoft Teams. Duduk selesa atas kerusi, mahupun katil and you’re good to go. Tetapi sebenarnya, kecenderun­gan untuk demotivasi dan mudah beralih perhatian adalah sangat tinggi. Binggung dibuatnya. Ya, pembelajar­an itu lebih fleksibel. Namun, jadual kelas saya rata- ratanya hanya bermula pada waktu tengah malam. Dari pukul 12 sehingga 2 pagi kerana perbezaan zon masa. And to get things or to get work done is so difficult. Tambahan pula ini merupakan tahun pertama saya melanjutka­n pengajian dan untuk saya tidak berada secara fizikal dalam persekitar­an itu adalah amat mencabar minda,” terang Serena yang memasang resolusi 2021 untuk menjaga kesihatan mentalnya langsung menyisihka­n kenegatifa­n.

Adapt, adjust and accept change. Itu moto hidup kita semua dalam usaha untuk membudayak­an norma baru. Tidak kiralah apa jua generasi kita wakili. Sekalipun kita susah, hidup kena diteruskan dan jika kita punya keluarga, tanggungja­wabnya lebih besar untuk dipikul. Sehubungan itu, menjaga kesihatan mental adalah vital. “Satu perkara yang saya pelajari adalah bahawa kita semua bersatu di dalam memerangi COVID- 19. Kita semua berjuang dalam pertempura­n yang sama. Kita jaga kita, saya lihat ramai individu yang mendermaka­n pelitup muka dan semua kelengkapa­n yang diperlukan dalam kita berjaga saat ini. Walaupun wabak ini adalah tragedi yang menimpa kita. Saya rasa ia berjaya memupuk rasa empati di kalangan masyarakat kita. Kita saling berempati, saling memberikan sokong mental dan fizikal. Maka, kita semua perlu menghargai dan senantiasa kasih mengasihi sesama insan. Satu perkara yang sangat memberi impak kepada saya adalah sewaktu permulaan PKP, penghuni pangsapuri di Mont Kiara saling memberikan sokongan dengan menyalakan lampu LED. Mereka menyalakan warna yang berbeza- beza dan ada juga yang memasang muzik dan menari. People are having such a good time being isolated and making the best out of it, with so little things.”

“Waktu PKP saya sedari sifat sabar dalam diri semakin menebal. Kita semua diuji dari pelbagai sisi, begitu juga dengan saya. Ada beberapa kali di mana saya mengalami depresi, senang kata saya mengalami gangguan ketidaksta­bilan emosi dan mental. Namun, saya menyedari bahawa ia menjadikan saya lebih kuat dan lebih sabar dalam mengharung­inya. Beberapa bulan yang lalu, ada individu memfitnah saya. Gambar saya berbikini dan seolah menari di atas bot dimuat turun dalam internet. Dan orang ramai pun terus cepat berkata ‘ oh itu, anak Mukhriz. Serena Mukhriz.’ Itu bukan saya. But even if that’s not me, you don’t go shame like a random girl like that. Saya berasa sangat bersimpati untuk gadis itu. Saya dan kakak mendepani begitu banyak fitnah tahun lepas. Tidak terhenti disitu, saya ditikam dari belakang oleh sahabat baik saya sendiri yang dibayar untuk membocorka­n fotofoto saya. So when I found that out, obviously I’m truly sad. I know, I lost so many friends. This is something that I have to go through. Pada usia yang muda, sewaktu pandemik. Bayangkan lah. Kesimpulan­nya, oleh yang demikian saya sangat lantang di platform sosial saya mengenai kesihatan mental. Terutamany­a isu gangguan seksual. Saya tahu saya akan terus bercakap mengenai perkara- perkara hak asasi manusia. Tetapi untuk berada dalam kancah politik dan untuk berada di Parlimen. Itu adalah sesuatu yang saya rasa tidak akan saya lakukan pada masa akan datang,” cerita Serena menutup bicaranya.

 ??  ?? GELANG TANGAN DAN CINCIN- CINCIN SERPENTI TERBARU DI BVLGARI. BAJU KAIT BOTTEGA VENETA.
GELANG TANGAN DAN CINCIN- CINCIN SERPENTI TERBARU DI BVLGARI. BAJU KAIT BOTTEGA VENETA.
 ??  ?? SKAN UNTUK KANDUNGAN EKSLUSIF
SKAN UNTUK KANDUNGAN EKSLUSIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia