GLAM (Malaysia)

KEMUDI KREATIVITI BONIA

-

Sementelah itu dilamar pula Bonia, dia bersyukur dapat melebarkan satu lagi sayap ke dunia rekaan aksesori. Peralihan daripada mereka busana ke aksesori, menurut Tengku Syahmi ia lebih menyeronok­kan. Jelas kini permintaan terhadap aksesori lebih besar.

“Jangan bataskan diri, pereka umumnya hadir dengan cara kreatif dalam membantu menyelesai­kan masalah. Medium saya adalah fesyen, jadi saya bukan sekadar mereka pakaian tetapi juga aksesori, kasut dan sebagainya.”

Tengku Syahmi kini Ketua Pereka buat BONIA, sebuah perniagaan tempatan yang mengetenga­hkan produkprod­uk gaya hidup, aksesori leather goods dan juga footwear.

“Saya dimandatka­n menjaga penjenamaa­n semula jenama Bonia, semua rekaan produk termasuk merchandis­e. Kerana produk ini mesra pelanggan, penjenamaa­n semula diharap mampu membuka langkah Bonia untuk menawan generasi baru daripada pelbagai kaum di Malaysia.” Penjenamaa­n semula Bonia adalah bertujuan mengembang­kan pasaran bagi menawan generasi lebih muda dan jadi tarikan lebih meluas kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Mencabar sebenarnya mahu memulakan kerjaya di Bonia dalam musim pandemik ini kerana ramai individu yang merupakan pelanggan atau potensi pelanggan sudah kehilangan kerja dan sebagainya. Namun, Tengku Syahmi positif. Semua orang kini mengambil langkah berjaga- jaga. Mereka tidak keluar bebas dan mula berbelanja secara bijak dan jimat. Kewangan digunakan terarah kepada keperluan lebih praktikal. Kalau menilai pembelian keperluan pakaian contohnya pelanggan akan memilih tas tangan yang boleh disuai padan dengan semua pakaian.

“Pelanggan mula bijak memilih. Rekaan dahulu dan sekarang amat jauh beza. Muda mudi sekarang lebih ringkas, tapi ternyata yang senang itu lebih susah untuk direka,” ujarnya.

Apalbila ditanya bagaimana dia menghasilk­an setiap rekaan, Tengku Syahmi menyimpulk­an, “Semua orang ada medium tersendiri menterjema­hkan rekaan awal dalam minda. Ilham saya hadir melalui situasi dan pengalaman yang ditempuh. Idea awal disusuli kajian adalah proses paling bagus bagi saya dalam menghasilk­an rekaan produk berkualiti.”

Paling disukai ketika masuk bahagian proses kreatif dalam penemuan dialog, idea, perbincang­an yang akhirnya membawa semula trend masuk kembali ke dunia asalnya. Atau mencipta rekaan baharu secara total, “Bukankah lebih puas?” soalnya disusuli ketawa.

Tengku Syahmi suka melihat hasil kerjanya menjadi pilihan orang ramai. Pendek kata dia suka proses jual beli berlangsun­g. Terutama saat melihat reaksi pelanggan puas melakukan pembelian.

“Saya harap saya menyumbang pembaharua­n dari segi mengemas kini produk baru. Kami merancang juga untuk lakukan kolaborasi. Mahu berganding dengan orang kreatif seperti artis, pelukis, selebriti tempatan, grafik, fotografi dan sebagainya.”

Sekarang Tengku Syahmi hampir setengah tahun menyertai Bonia dan berharap akan datang dia total menghasilk­an lakaran hasil fikirannya sendiri. Sekarang terdapat sedikit batasan, berpuncany­a pandemik yang melanda, banyak batasan waktu dan keluar masuk bekalan material yang terhad. Mereka juga masih menyesuaik­an diri dengan perubahan tersebut.

Sejajar itu juga mereka perlu membuat produk lebih praktikal serta memberi mesej positif yang sejajar dengan waktu. Contohnya menghasilk­an topeng muka yang kini jadi sebahagian pelengkap gaya pemakaian sehari- hari. Menarik! Seterusnya untuk Bonia, mereka cuba menjenama semula mengalih produk kulit lebih kepada gaya hidup dan perlahan- lahan menawan dunia antarabang­sa.

“Saya mahu wanita mencintai diri mereka sendiri serta tampil— The best version of themselves. Mereka rasa sempurna sebagai seorang wanita Bonia.”

Berkerja dengan Bonia banyak mengajar Tengku Syahmi bagaimana membangun sesebuah syarikat yang kekal bertahan sehingga kini. Dia ingin sekali mengetahui bagaimana menguruska­n dan proses membina empayar.

Selepas mengenali Bonia, kini timbul minat mendalam kerana jenama ini sebenarnya punya kisah penceritaa­nnya tersendiri. Sangat menarik! Sekarang mereka mahu mengetenga­hkan asal usul tertubuhny­a Bonia, sejarah perlu diceritaka­n dan dikongsi kepada umum.

Tengku Syahmi berharap pereka baru untuk lebih terbuka dan keluar dari zon selesa mereka. Cabar diri anda untuk mencuba sesuatu yang baru – nak teruskan kerja sendiri atau bernaung di bawah jenama besar. Akhir kata, perniagaan tetap perlu diuruskan dengan baik.

Tidak salah kalau gagal sekali, kita berhenti dan belajar daripada mereka yang lebih pakar. Mungkin pengalaman tersebut dapat di manfaatkan di dalam syarikat sendiri. Tiba masa memperkuku­hkan apa dibina dan pengalaman lalu, pahit atau manis, jika dikupas dengan betul pasti membuahkan kejayaan yang besar. Perkongsia­n Tengku Syahmi semestinya membuka mata, untuk hidup dan untuk kekal meneruskan legasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia