GLAM (Malaysia)

ZHEN NINGG

-

Diapit pembantu bernama Chia duduk tekun mendengar soalan- soalan yang ingin saya tanyakan. Zhen Ningg mengumpul 28.3 ribu pengikut di Instagram. Dia yang mempunyai lesung pipit di kedua belah pipi adalah pengaruh media sosial yang sedang diperhatik­an jenamajena­ma fesyen hari ini. Anak bongsu yang mempunyai tiga kakak di atasnya baru berumur 20 tahun ( Ketika diwawancar­a).

Zhen Ningg teruja sepanjang sesi penggambar­an. Tidak kisah menunggu lama tapi apa saja yang dipakainya ‘ terletak’ dibadannya. Mengapa dia teruja melihat media sosial terutamany­a di Instagram? “Salah satu perkara yang mengujakan ialah apabila dapat melihat ramai orang mempamerka­n pencapaian mereka di media sosial kerana medium ini merupakan sebahagian daripada kehidupan kita sekarang. Ia boleh menjadi sebagai kerjaya, boleh juga memberi kerja dan pendedahan. Serta memberi pengaruh kepada generasi muda dan menjadi medium berkomunik­asi dengan mudah. Jika tiada media sosial kemungkina­n generasi sekarang tidak terdedah dengan dunia luar. Platform ini boleh memberi input yang baik dan tidak, kebanyakan­nya baik bergantung kepada bagaimana ada menggunaka­nnya,” luahnya tenang.

Media sosial juga ruang untuk berkongsi hasil kreatif. Konten- konten menarik selalunya akan diulang cipta tidak dinafikan Zhen Ningg juga berbuat demikian untuk sajian pengikutny­a. “Di aplikasi TikTok saya hanya meniru dan berimprovi­sasi apa yang orang buat, tapi ada juga beberapa konten yang saya cipta sendiri. Ia lebih kepada berkongsi kegembiraa­n bersama keluarga, rakan- rakan. Jika di Instagram konten saya lebih kepada fesyen dan pakaian berjenama.”

Namun setiap yang dikongsika­n tentu ada saja suara sumbang. Walaupun sentiasa kongsikan perkara yang positif dan menarik tentang kehidupann­ya Zhen Ningg katakan ada beberapa risiko menjadi pengaruh media sosial iaitu “Orang di luar akan mengadili dan melemparka­n komentar tentang saya. Saya pula harus bersedia secara mental dan menerima kritikan serta jangan mengambil kata- kata negatif. Sentiasa bersikap positif pada setiap masa.”

Terdapat peningkata­n kemurungan yang membuktika­n bahawa hubungan yang dibuat pengguna media sosial menjadikan mereka merasa terasing secara sosial. Isu serious ini harus diketengah­kan pengaruh media sosial agar hal ini tidak dipandang enteng ini saranan Zhen Ningg “Berhadapan dengan tekanan lagi- lagi dengan situasi dunia sekarang, warga muda harus mengambil masa sendiri dan berfikir apa yang mereka ingin buat di masa depan. Kerana kebanyakan daripada kita telah dikawal oleh orang tua kita untuk menjadi apa yang mereka inginkan tetapi bukan apa yang kita ingin jadi. Media sosial mempamerka­n persaingan dan akan timbul keraguan akan kemampuan diri. Semuanya mahu mempamerka­n pencapaian dan menunjuk- nunjuk tetapi tidak fokus di bahagian emosional,” jelasnya serius.

I want to have a more supportive, considerat­e world

I want to have a more supportive, considerat­e world - Sherry Amin

 ??  ?? TANK TOP BIRU, SELUAR SUKAN DAN SNIKER GARAPAN VERSACE CLASH 2021.
TANK TOP BIRU, SELUAR SUKAN DAN SNIKER GARAPAN VERSACE CLASH 2021.
 ??  ?? KARDIGAN, KEMEJA & SELUAR KODOROI GUCCI.
KARDIGAN, KEMEJA & SELUAR KODOROI GUCCI.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia