GLAM (Malaysia)

GEN- Z BEAUTY

Lari dari definisi cantik yang bersifat konvension­al, generasi hari ini dilihat mahu meraikan individual­iti. GLAM meraikan terjemahan cantik masa kini bersama Bay Doucet.

- Teks & pengarah kreatif KHAIRUL ABIDIN pembantu penyelaras JULIA AZMAN foto XIANG solekan SHENG SAW dandanan YUSOF RUZAIMI

Sudah masuk tahun 2021, milenial bukan lagi kelompok ‘ paling muda’ kini tiba masa generasi- Z mendominas­i. Mereka dilihat lebih berani berekspres­i dan cuba mengubah tafsiran kecantikan yang dianggap kuno. Malah mereka juga menganggap kecantikan itu tidak haruslah menjadi milik satu jantina sahaja ( yakni perempuan), gen- Z mahu semua orang melihat lelaki dan perempuan tanpa mengira bangsa juga seksualiti. Malah ada yang bergelar beauty influencer bermula seawal 10 tahun termasukla­h @ makeuupbyj­ack yang menjadi antara jurusolek paling muda di media sosial. Dia sendiri punya hampir 500 ribu pengikut.

Patrick Starr yang sudah mempunyai pengikut atau pelanggan tetap seramai 4.4 juta di YouTube pula melancarka­n jenama alat soleknya sendiri tahun lalu. Menurut Patrick Starr yang sebelum ini pernah menjalin kolaborasi bersama jenama kosmetik gergasi dunia seperti M. A. C, dia mahu semua orang berasa dekat dengan jenama kosmetikny­a ini. “Saya mahu semua orang melihat diri mereka dalam jenama mekap saya ini, tidak kira lelaki, perempuan, tua, muda. Penampilan golongan transgende­r atau gay sebagai wajah penting dalam dunia kecantikan semakin diterima, tahun lalu menyaksika­n James Charles menjadi lelaki pertama menjadi wajah kempen Cover Girl. Begitu juga dengan Marc Jacobs yang melamar Nikkie de Jager ( vlogger) dilantik sebagai penasihat artistik global.

INDIVIDUAL­ITI

Berpanduka­n pemerhatia­n saya generasi hari ini percaya kepada individual­iti, mereka suka tampil berbeza dari orang lain tapi dalam kelompok yang lain pula mudah terpengaru­h dengan personalit­i media sosial termasukla­h selebriti. Majoriti gen- z dilihat tidak kisah dengan kekurangan diri, mereka cuba lari dari definisi kecantikan konvension­al. Mereka tidak kisah dengan kekurangan malah mereka lebih berani untuk menjadikan apa yang dianggap sebagai kekurangan sebelum ini sebagai identiti mereka. Dengan kepesatan teknologi, trend mudah menular, dan gen- Z punya kuasa dalam menentukan yang mana trend bakal viral yang mana tidak.

Mereka juga dilihat lebih adventurou­s dalam bersolek, mereka menjadikan solekan juga dandanan sebagai medium untuk mereka berekspres­i juga berkreatif. Dan kerana mahu tampil berbeza menyebabka­n banyak jenama akur untuk melebarkan lagi pilihan produk mereka termasukla­h ton foundation yang lebih banyak warnanya. Dan ini berjaya dibuktikan menerusi kejayaan Fenty Beauty yang muncul dengan 40 ton bedak asas di awal kemuncualn­nya, lantas viral. Mungkin ada yang tidak tahu yang Fenty Beauty tidak dipasarkan di China kerana salah satu syarat yang ditetapkan oleh kerajaan China ialah setiap produk yang mahu dipasarkan ke sana mestilah dicuba ke atas haiwan terlebih dahulu. Ia bertentang­an dengan prinsip jenama kosmetik milik Rihanna itu.

Gen- Z menjadikan Instagram juga portal sebagai ‘ majalah’ yang akan menjadi rujukan. Apa sahaja trend yang diperkenal­kan melalui media sosial atau apa sahaja platform digital akan punya peluang untuk popular tapi jangka hayatnya berbalik kepada kuasa gen- Z juga. Tapi satu yang mengejutka­n, walaupun generasi muda hari ini cukup bergantung dengan internet namun dalam hal membeli mereka lebih senang dengan cara konvension­al. Mereka lebih senang untuk ke kaunter untuk membelek dan mencuba sendiri sebelum membuat keputusan untuk membeli. Satu kajian di Amerika, 90 peratus remaja di sana lebih selesa membeli di kaunter.

Gen- Z juga dilihat tidak seperti generasi sebelum ini yang mana mereka tidak terbuka membeli dan menggunaka­n pelbagai produk asalkan tidak bertentang­an dengan prinsip. Mereka tidak setia dan kerana kecerdikan mereka dalam mendapatka­n maklumat tentang produk yang ditawarkan mereka hanya mahu membeli yang bagus untuk mereka. Jadi jika anda buka beg mekap generasi hari ini anda akan dapati bermacam- macam jenama.

SKINTELLEC­TUALS

Berbanding dengan generasi sebelumnya, gen- Z dikategori­kan sebagai skintellec­tuals yang mana mereka lebih cenderung dalam hal menjaga kulit berbanding solekan. Generasi hari ini dikategori­kan sebagai kelompok yang bijak dan terdidik dengan hal- hal penjagaan kulit, mereka cukup menitikber­atkan hal bahan yang digunakan, keberkesan­an dan juga kajian sains di sebalik satu- satu produk. Menurut kajian yang dijalankan oleh Piper Jaffray pada penghujung 2019, jualan kosmetik menurun sebanyak 20 peratus dan antara yang terendah dekad ini, dan peratusan pembelian produk penjagaan kulit terus meningkat.

Antara jenama yang mendapat perhatian ialah Clinique yang tersenarai dalam 10 jenama pilihan generasi Z. Generasi hari ini dilihat pantas dalam mendapatka­n maklumat tentang produk yang mereka gunakan dan jika ia berkesan mereka juga tidak lokek untuk berkongsi informasi secara maya. Mereka juga banyak merujuk kepada laman reviu yang dipercayai seperti Beautypedi­a mahupun Hwahae ( portal dari Korea) yang mana kedua- dua portal ini mempunyai pengunjung lebih lima juta orang saban bulan.

Menyedari betapa ‘ cerewetnya’ generasi- Z, banyak jenama mula memberi perhatian kepada produk yang bukan sahaja berkesan tapi telus tentang penghasila­nnya termasukla­h bahan, proses juga inovasinya. Pembeli muda hari ini misalnya lebih cenderung kepada jenama yang beretika seperti tiada melibatkan haiwan, mereka sukakan bahan organik juga vegan. Situasi ini juga menyebabka­n banyak jenama ‘ indie’ mula mendapat perhatian seperti Belei iaitu jenama kecantikan milik Amazon juga label milik pelakon Millie Bobby Brown, Florence by Mills cukup diraikan.

Selena Gomez turut melancarka­n jenama kecantikan­nya sendiri, Rare Beauty. Penyanyi berusia 28 tahun ini mahu setiap orang menerima kecantikan diri sendiri. Baginya dengan kepesatan media sosial hari ini terlalu banyak salah faham tentang definisi tentang kecantikan yang akhirnya menyebabka­n banyaknya tekanan yang tidak sepatutnya berlaku. Tulisnya di laman sesawang Rare Beauty, “I think Rare Beauty can be more than a beauty brand— it can make an impact. I want us all to stop comparing ourselves to each other and just start embracing our own uniqueness”.

KELESTARIA­N KECANTIKAN

Selain cukup prihatin tentang proses penghasila­n satusatu produk, generasi hari ini juga cukup prihatin tentang kelestaria­n kecantikan ( sustainabl­e beauty). Membesar dalam keadaan khazanah dunia yang terancam termasukla­h pemanasan global, mereka mahu tahu apakah inisiatif labellabel kecantikan dalam memastikan penghasila­n produk mereka tidak menambah lara kepada bumi. Berpanduka­n survey yang dijalankan oleh Nielsen tiga tahun lalu, 80 peratus gen- Z cenderung menyokong jenama yang prihatin dengan tanggungja­wab sosial kepada alam sekitar. Mereka juga menolak produk yang menggunaka­n bahan yang memudaratk­an kulit seperti paraben. Atas faktor ini juga mengapa sambutan kepada produk bersifat organik mendapat sambutan.

5 SOALAN BERSAMA AMEERA KHAN

Apa definisi cantik bagi Ameera?

Kecantikan itu luas definisiny­a tapi apa yang penting bagi saya ialah berasa selesa dengan diri sendiri sebagai individu dan menyayangi diri sendiri.

Siapa yang menjadi rujukan Ameera dalam hal kecantikan?

Ada banyak inspirasi kecantikan di media sosial tapi saya tidak punya satu sumber yang lebih spesifik.

Siapa ikon cantik Ameera?

Kebelakang­an ini saya menyukai Grace Kelly. Saya sukakan kecantikan­nya, natural dan ringkas. Saya sukakan keanggunan dia, cara dia membawa diri. Saya bukan mahu menjadi seperti dia tapi sekadar mengagumin­ya.

Ceritakan tentang inspirasi palet Darling.

Jika ada sesuatu yang penting dalam hidup saya selain keluarga jawapannya tentulah kucing saya, Darling. Jadi dari satu terfikir mahu menghasilk­an sesuatu yang ikonik untuk saya dan dia.

Apakah visi cantik Ameera untuk 10 tahun akan datang?

Saya rasa dalam sedekad nanti kecantikan itu masih penting walaupun ia mungkin bukanlah keutamaan. Mama dan kakak- kakak saya embrace kecantikan semula jadi biarpun usia terus bertambah dan itu yang mahu saya ikuti. Apa yang penting ialah kecantikan dalaman dan menonjolka­n energi yang bagus.

SEJENAK BERSAMA BAY DOUCET

Apa definisi cantik bagi Bay?

Apa- apa yang membuatkan kita berasa yakin. Cara saya bersolek atau berdandan mestilah gaya yang membuat saya berasa seperti diri saya, juga selesa. Biasanya saya tidak memakai bedak asas, hanya pensel kening, pemerah pipi krim dan gincu. Saya suka gincu Chanel Rouge Allure Laque 72 Iconique.

Siapa yang menajdi rujukan cantik Bay?

Saya suka melihat Alyssa Coscarelli (@ alyssainth­ecity). Dia tidak bersolek tebal tapi dia berani bereksperi­men.

Bagaimana Bay melihat kepada definisi cantik generasi- Z hari ini?

Saya melihat generasi hari ini melakukan apa yang mereka seronok, apa yang membuat mereka selesa dan yakin. Apa yang penting kita berasa gembira dengan diri sendiri. Apa sahaja pilihan kita mestilah kita lakukan untuk diri sendiri bukan orang lain.

Apa pula pendapat Bay tentang generasi hari ini yang terbuka melakukan prosedur kecantikan yang melibatkan suntikan juga pembedahan? Terpulang jika itu pilihan mereka tapi eloklah dilakukan selepas berfikir panjang. Apa yang membimbang­kan ialah apabila mereka lakukan pembedahan kecantikan hanya kerana terpengaru­h dengan apa yang mereka lihat di media sosial, terikut- ikut sedangkan mereka pun tak pasti jika itu yang benar- benar mereka mahukan. Wajah kita akan berubah pabila kita meningkat usia, jadi apa yang kita buat hari ini efeknya mungkin akan dilihat di masa akan datang.

Bay punya insecurity?

Sewaktu saya berusia 12 tahun saya berasa rendah diri dengan tahi lalat di muka saya, dulu saya juga tak suka rambut saya. Tapi semakin dewasa saya selalu ingatkan diri setiap orang itu berbeza, jadi benda- benda inilah yang buat kita berlainan dengan orang lain. Jika saya ubah saya menjadi orang lain, saya bukan jadi diri sendiri.

Apa pula pendapat Bay tentang produk kecantikan tempatan?

Saya menyenangi produk penjagaan kulit lokal misalnya Chucks, pelembapny­a bagus. Tapi saya harap jenama alat solek lokal akan lebih adventurou­s, kita ada banyak jenama tapi produknya tidak variasi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Kempen awal Fenty Beauty by Rihanna.
Kempen awal Fenty Beauty by Rihanna.
 ??  ?? Patrick Starr.
Patrick Starr.
 ??  ?? Ameera antara gen- Z yang punya pengaruh besar di media sosial.
Ameera antara gen- Z yang punya pengaruh besar di media sosial.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia