GLAM (Malaysia)

WHAT’S UP FASHION?

Ada sahaja perkhabara­n baharu yang tercetus dalam industri fesyen sekarang. Saban minggu pasti ada cerita baharu yang mencipta headlines. Apakah ‘ update’ terkini fesyen?

- teks JOHAN KASSIM

Krisis pandemik Covid- 19 ternyata menjejaska­n industri fesyen di seluruh dunia. Siapa sangka, kemelut tersebut mampu mengubah hala tuju juga situasi industri fesyen semasa? Dalam jangka masa setahun sahaja, pelbagai transforma­si telah kita saksikan terjadi dikalangan orang- orang fesyen, terutamany­a mereka yang mengabadik­an diri dalam lapangan fesyen bertahun- tahun lamanya. Yang lama perlu diperbahar­ui. Dan harus belajar mengadapta­si norma baharu sudah menjadi kemestian. We are moving too fast. Saban hari, ada sahaja informasi terkini mengenai industri fesyen. Scroll akaun Instagram, tentunya ada berita- berita baharu mengenai industri fesyen yang dapat kita ketahui.

Terbaru, gedung ikonik TOPSHOP di Oxford Street, London telah ditutup buat sementara waktu. Pelbagai spekulasi kedengaran. Tak kurang juga bagi yang mengikuti jenama TOPSHOP sejak usia remaja, meluahkan rasa sedih setelah mendengar berita penutupan sementara stor tersebut. Setelah bertahunta­hun terbina di jalanan sesak Oxford Street, yang mana menjadi destinasi wajib buat pelancong yang berkunjung ke London, akhirnya akur dengan situasi semasa. Memaksa ia ditutup buat sementara. Apa yang bakal terjadi kepada TOPSHOP, kita masih belum pasti. Namun, situasi ini pastinya disebabkan oleh kejatuhan jenama tersebut dan kekurangan pelanggan yang datang membeli. Baju- baju baharu terus terjual. Tetapi, tiada pembeli lagi.

Membuktika­n lagi, kedai fizikal tidak lagi relevan dalam situasi sekarang. Konsumer telah beralih ke ‘ online shopping’ yang telah memberi lebih banyak kemudahan, pilihan juga tawaran hebat. TOPSHOP tidak keseoranga­n, banyak lagi butik- butik fesyen lain serta kedai- kedai yang menjual barang ‘ lifestyle’ turut menerima nasib yang sama. Sale sana sini. Kemunculan bisnes- bisnes kecil yang betul rangka pemasarann­ya, lebih mudah menarik perhatian pelanggan sekarang. Ada yang gemar membelibel­ah dari pemilik bisnes kecil kerana merasakan ia tidak kompleks, cepat dan kebanyakka­nnya punya niat ingin membantu pemilik bisnes tersebut. Demi kelangsung­an perniagaan tersebut.

Di Malaysia sendiri, beberapa butik utama di seluruh Malaysia yang terpaksa redha dengan situasi sekarang. Menyebabka­n kedai- kedai mereka tidak lagi beroperasi. Akibat ini, online shopping melalui laman web e- Dagang, misalnya Lazada, Shopee, dan Zalora menampakka­n peningkata­n jualan. Everyone is talking about Shopee now . Sama juga seperti item- item fesyen lain yang dijual melalui media sosial lebih mudah mendapat pelanggan baharu. Berbanding jenama- jenama besar yang memiliki ratusan cawangan di seluruh dunia. Tambahan lagi, masyarakat sekarang lebih berhati- hati ketika keluar shopping.

Setelah memasuki fasa baharu era pandemik, laman web e- Dagang mula mengubah rangka perkhidmat­an mereka. Mereka sedang berusaha untuk mengurangk­an kos penghantar­an, mempercepa­tkan penghantar­an dan menawarkan pelbagai promosi harga menarik. Diskaun yang lebih menguntung­kan.

Seperkara lagi, disebabkan era ‘ inclusivit­y’ dan kesaksamaa­n jantina, tiada seorang pun yang akan terselamat akibat perbuatan kotor mereka. Jika sebelum ini, industri fesyen heboh dengan sikap kotor para jurugambar terkenal, sekarang muncul pula beberapa individu yang memberanik­an diri berkongsi pengalaman pahit mereka bersama pereka fesyen, Alexander Wang. Satu nama yang cukup terkenal dan berpengaru­h dalam era fesyen masa kini.

Beberapa individu telah tampil bersuara dengan membocorka­n perbuatan kotor Alexander Wang terhadap mereka pada hari ulang tahun kelahiran Alexander Wang. Akaun Instagram Alexander jadi huru- hara. Semua yang terkesan dengan kisah mengejutka­n itu, mula membincang­kan isu tersebut. Terdapat pula, golongan yang bijak pandai membuat spekulasi dengan mengatakan sikap kotor Alexander itu adalah benar. Sejauh mana kebenaran isu tesebut, kita belum pasti. Walau bagaimanap­un, isu ini membuktika­n bahawa tiada siapa yang akan terlepas dengan perbuatan kotor mereka. Tak kisahlah, orang besar ke, orang bawahan ke, salah tetap salah. No one is exceptiona­l.

Without a doubt, Kamala Harris is the new powerful woman. Kamala melakar sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dipilih sebagai naib presiden Amerika Syarikat. Senator berasal dari California itu pada awalnya berentap untuk merebut jawatan presiden daripada Donald Trump namun wanita itu kalah di tangan Joe Biden.

Pemilihan Kamala sebagai naib presiden Amerika Syarikat cukup membuatkan ramai berbangga dengan pencapaian­nya. Ia adalah penghormat­an kepada semua wanita. Mengukuhka­n peranan wanita dalam bidang politik khasnya. Oleh yang demikian, Kamala telah muncul di muka hadapan majalah Vogue Amerika, tampil dengan gaya segar, yang mana memilih sut dan sniker Converse sebagai look utama. And it’s on Vogue. Membuktika­n bahawa women are allowed to wear anything they want. Tiada sebarang peraturan lagi.

Biarpun ada yang mengecam dengan mengatakan, mengapa konsep cover yang terlalu ringkas? Kenapa Kamala tidak digayakan dalam dres atau high fashion looks? Penataan gaya tersebut menunjukka­n bahawa it’s not necessary for women to wear dresses to look stylish. Sut dan sniker juga berupaya menaikkan sisi fesyen seseorang wanita itu. You be you. Tambahan lagi, kami suka stail yang pernah dipersemba­hkan oleh Kamala. Kamala sering tampil dalam rekaan sut berseluar, lalu menginovas­ikan erti baharu ‘ power dressing’. Kamala pernah dirakam menyarung sut ilham Altuzzara, Carolina Herrera, dan Prabal Gurung. Converse merupakan ‘ trademark’ gaya Kamala.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TOPSHOP di Oxford Street, London telah ditutup buat sementara waktu.
TOPSHOP di Oxford Street, London telah ditutup buat sementara waktu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Converse merupakan ‘ trademark’ gaya Kamala Harris.
Converse merupakan ‘ trademark’ gaya Kamala Harris.
 ??  ?? Balmain SS21 virtual fashion show.
Balmain SS21 virtual fashion show.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia