GLAM (Malaysia)

TRAUMA MENIKAM LARA, NAMUN PENGUBAT JIWA

- teks JACKY HUSSEIN

Percaya atau tidak, hampir sebulan kita meninggalk­an tahun 2020. Tahun paling mencabar daripada puluhan tahun yang pernah kita lalui. Tahun pengenalan buat sang durjana Corona yang telah mengubah dunia. Kehidupan jadi serba tak kena dan ekonomi seantero dunia mengalami kemeleseta­n paling buruk berbanding ketika dunia diserang wabak SARS pada 2003.

Saya sendiri trauma dengan tahun durjana ini. Kehilangan Ibu tercinta, Wan Zainab Wan Ismail merupakan tamparan paling dasyat. Dunia saya gelap seketika, jiwa jadi kosong ketika mendapat panggilan telefon. Masakan Ibu yang baru saya temui minggu sebelumnya sambil bergurau senda telah pergi meninggalk­an kami buat selama- lamanya. Siapa sangka, trauma akibat peristiwa ini mengubah perspektif saya terhadap kehidupan.

Sejujurnya trauma bukanlah sesuatu yang kita mahu bangga- banggakan. Malah tiada satupun insan di dunia ini patut merasainya. Mahu tidak mahu, kita pasti akan melaluinya. That’s just a fact of life . Menurut Mark Manson, penulis buku Live Advice That Doesn’t Suck, sekurangku­rangnya kita akan melalui salah satu daripada enam fasa trauma dalam kehidupan seperti kematian orang tersayang, bercerai, diberhenti­kan kerja, menerima berita mengenai kesihatan, diserang secara fizikal atau mental dan bermacam lagi. Meskipun begitu jika kita berjaya mengatasi trauma ini, we’ll come out at least a little bit stronger, a little bit wiser, and a little bit better person.

Seperti kisah Marguerite Johnson yang dilahirkan lewat 1920an di Selatan Arkansas, Amerika Syarikat. Wanita berkulit hitam ini dibesarkan tanpa mengetahui masa hadapannya. Yelah ketika itu orang Afrika- Amerika menanggung penderitaa­n sebagai warganegar­a kelas dua di mana mereka dikecualik­an dalam segala hal, baik ekonomi mahupun sosial. Ketika berusia tujuh tahun, dia telah diperkosa oleh teman lelaki Ibunya. Dan hanya memberitah­u Abangnya ketika itu. Beberapa hari kemudian, teman lelaki ibunya itu ditemui mati. Disebabkan oleh peristiwa traumatik ini, dia membisu seribu bahasa selama lima setengah tahun. Tahun berganti tahun, Marguerite Johnson akhirnya menukar nama kepada Maya Angelou dan menjadi penari, pelakon, penulis skrip, penyajak dan pemimpin terkemuka yang memperjuan­gkan hal sivil pada 1960an serta wanita kulit hitam pertama menghasilk­an buku bukan fiksyen – biografi mengenai dirinya sendiri yang bertajuk I Know Why the Caged Bird Sings yang begitu laris penjualann­ya. Bukan saja pernah memenangi beberapa buah anugerah malah pernah berucap sempena ucapan sulung Presiden Clinton pada 1993. Apa yang menggagumk­an mengenai Maya Angelou adalah dia mengakui disebabkan oleh peristiwa traumatik inilah, dia mengukir kejayaan demi kejayaan.

Sebulan selepas Ibu pergi, saya mula mencari sesuatu yang hilang dengan menilai kembali perhubunga­n dengan diri sendiri, keluarga, sahabat handai dan yang paling utama, yang Maha Esa. Betapa rapuhnya perhubunga­nperhubung­an ini selama ini. Dan dek kerana trauma inilah, saya semakin menghargai mereka. Bukan sahaja dari segi perhubunga­n malah saya mula “jaga” diri sendiri. Siapa sangka at the age of 40, I can finally do the headstand!

Menurut para penyelidik, cara untuk keluar daripada trauma adalah dengan bercakap mengenainy­a. Carilah teman, ahli keluarga, pakar terapi mahupun haiwan peliharaan dan kongsi pengalaman, perasaan, keraguan dan ketakutan yang anda alami akibat trauma ini. Get out of your own head and share your shame. Ada kalanya sinar dalam kehidupan kita muncul akibat trauma. Namun sinar itu tidak dapat dilihat sekiranya tidak dikongsi dalam apa jua bentuk sekalipun. Memang betul.

Banyak stigma dalam budaya kita yang menyebabka­n kita tidak mampu untuk bercerita tentang penderitaa­n. Malah ada merasakan ianya taboo. Kita lebih senang berbicara mengenai sesuatu yang positif dan menyenangk­an, malah masalah kita dilihat sebagai masalah kita, atau kata lainnya, “Padan muka kau! You get what you deser ve.” Namun berdiam diri bukan jawapannya. Jika kita dapat belajar daripada kisah Maya Angelou, dia berjaya mengubah kesakitan yang dialami menjadi sebuah sebuah harapan. Percayalah, dengan berkongsi pengalaman yang memeritkan ini, sekurang- kurangnya ianya meringanka­n beban kita. Akhirnya, we are finally able to live without it.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia