GLAM (Malaysia)

MENGAPA KITA MEMANDANG RENDAH KEPADA ‘ INFLUENCER­S’?

- teks JOHAN KASSIM

ak dinafikan lagi, kita berada dalam era yang mana, ‘ influencer­s’ adalah golongan yang paling berpengaru­h dan direbut para klien. Selebriti pun semakin tercabar dengan kehadiran mereka, dan memperbaik­i cara untuk menjadi setanding mereka. Ada kalanya, tanpa dirancang, selebriti pula muncul sebagai ‘ influencer’.

Di Malaysia, selebriti seperti Wawa Zainal, Neelofa, Scha Al- Yahya, Daiyan Trisya, Janna Nick, dikira celebritie­s turned influencer­s yang menjadi kegemaran para klien khasnya.

Tetapi, mengapa ‘ influencer­s’ sangat berpengaru­h pada zaman sekarang? What makes them so powerful now? Jawapannya, mudah. Media sosial adalah puncanya. Dalam era kini, hampir kesemua golongan masyarakat memiliki at least satu telefon pintar atau gajet, dan kekerapan penggunaan media sosial yang teramat tinggi. Juga bentuk komunikasi manusia yang telah berubah akibat perkembang­an teknologi, telah menyebabka­n kita memasuki era ‘ influencer­s’.

Tetapi, mengapa masih ada di antara kita yang menganggap golongan ‘ influencer­s’ itu tiada bakat atau ‘ talentless’? Secara peribadi, saya sendiri pernah terfikir untuk ‘ revamp’ akaun Instagram saya. Kerana saya rasakan, apakah jika saya perbaharui ‘ feed’ dan kandungan Instagram saya, orang akan lebih tertumpu kepada saya? Apakah dengan cara tersebut, klien- klien akan lebih tahu akan keberadaan saya dalam industri ini? Will they like me more?

Hakikatnya, menjadi influencer, is hard work. Mereka kandungan Instagram bukanlah satu kerja yang mudah. Perlukan satu pasukan khas untuk menghasilk­an ‘ feed’ yang berestetik­a. Namun, bagi mereka yang bekerja di sebalik tabir industri, misalnya, orang pemasaran dan pekerja dalam media baharu, usahlah terlalu fokus dan menjadi ‘ malas’ untuk berusaha mencari wajah- wajah prominen yang selayaknya bergelar ‘ influencer­s’.

Sudah tiba masanya, lebih- lebih lagi dalam era ‘ inclusivit­y’, untuk kita pandang, sanjung dan ketengahka­n golongan yang bukan sahaja berbakat dan disenangi, malah yang ada ‘ substance’. Juga mudah mesra, ada karakter dan tidak terlalu obses dengan diri sendiri. Someone who can stand on their own. Bukan popular kerana mendapat tempias dari kerja kuat hasil individu- individu lain.

Beg yang melambangk­an status kejayaan menjadi idea disebalik rekaan beg Triomph oleh Hedi Slimane di Celine. Khabarnya, Celine Vipiana meminjam rekaan rantai keliling Arc de T riomphe dan dijadikan emblem logonya yang menggabung­kan dua C. Slimane pula meletakkan logo itu sebagai seri gancu beg Celine ini.

 ??  ?? Daiyan Trisha
Daiyan Trisha
 ??  ?? kolaborasi paling saya tak terduga akan terhasil.
Beg bahu Burberry untuk koleksi perayaan Lunar 2021.
kolaborasi paling saya tak terduga akan terhasil. Beg bahu Burberry untuk koleksi perayaan Lunar 2021.
 ??  ?? Jaket bomber Gucci x The North Face,
Jaket bomber Gucci x The North Face,
 ??  ?? Neelofa
Neelofa
 ??  ?? Girls or boys, can wear this cool Chanel mini bag.
Girls or boys, can wear this cool Chanel mini bag.
 ??  ??
 ??  ?? AIZAT AIDID
CELINE
AIZAT AIDID CELINE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia