GLAM (Malaysia)

NEXT GEN 2021

-

Setiap generasi terus berikhtiar menjadi sosok yang lebih baik daripada pendahulun­ya. Lantas, mempertont­onkan pembaharua­n selari arus pemodenan dunia tanpa sempadan. Alena Murang, Serena Mukhriz dan Sherry Amin dijemput bagi membarisi isu NEXT GEN 2021. Mereka maju memasang angan- angan, mengalas cita- cita bagi mengatur masa depan dengan lebih toleransi lagi berempati.

Refreshed and ready to take on 2021! Menyingkap lembaran baru, GLAM Malaysia mengundang pemuzik genre world music merangkap bintang sape’ tersohor kelahiran bumi Kenyalang, Alena Murang. Disamping itu, berkesempa­tan mengenali dengan lebih rapat lagi cucu Tun Dr. Mahathir, yakni anak perempuan Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir; Melia Serena Mukhriz yang merupakan pelajar tahun pertama Universiti Brighton menekuni ilmu Psikologi dan Kriminolog­i. Tidak lupa sama, aura pengasas komuniti SKRLWN ( disebut Sukarelawa­n), Sherry Amin yang berjuang memperkasa­kan penyertaan belia dalam kesukarela­wanan dan aktivisme sosial. Duduk, menemu bual ketiga- tiga wanita ini; aku tertawan dengan pesona personalit­i mereka. Cukup intelektua­l, berketeram­pilan diri yang positif lagi bijak mengaturka­n kata. Lantas, dipertemuk­an dengan kesempatan ini. Ternyata tidak ada wanita muda yang selayaknya untuk membarisi isu Next Gen 2021, langsung menjadi penghias kulit muka isu kemunculan semula GLAM Malaysia.

Rancak berkongsik­an pendapat serta menguraika­n isu terkini dari pandemik, beralih kepada belanjawan 2021; perincian utama isu ini adalah mengenai cara pemikiran generasi masa kini. GLAM percaya kehadiran setiap generasi itu sebaiknya tampil lebih baik dari pendahulun­ya. Meskipun, ada jurang di antara generasi masa kini dan terdahulu. Namun, ia bukanlah penghalang bagi mencapai kesepaduan antara generasi lantas mencapai kejayaan bersama. Biar apa pun kelompok generasi yang kita diwakili, semuanya tetap produktif saat muka bumi ini dilanda badai pandemik COVID- 19. Itu sudah pasti. Selautan anak muda terkesan akibat hilang sumber pendapatan dan sukar mendapat pekerjaan. Namun, itu tidak mematahkan semangat generasi X, Y dan Z di dalam memanfaatk­an peluang di era pandemik ini. Secara tidak langsung, anak- anak muda ini berjinak dalam dunia keusahawan­an yang cenderung kepada sektor e- dagang bagi menepati gaya hidup norma baru. Mereka inilah wajah baru sekarang perlu tahu! Membawa misi peribadi untuk saling melengkapi kehidupan moden.

 ??  ?? ALENA MURANG, MELIA SERENA MUKHRIZ DAN SHERRY AMIN MENYARUNGK­AN BARANG KEMAS SERPENTI ILHAM BVLGARI. ALENA DAN SERENA BERBAJU BOTTEGA VENETA MANAKALA SHERRY DALAM PERSALINAN SALVATORE FERRAGAMO.
ALENA MURANG, MELIA SERENA MUKHRIZ DAN SHERRY AMIN MENYARUNGK­AN BARANG KEMAS SERPENTI ILHAM BVLGARI. ALENA DAN SERENA BERBAJU BOTTEGA VENETA MANAKALA SHERRY DALAM PERSALINAN SALVATORE FERRAGAMO.
 ??  ?? OUR NEXT GEN 2021 MEWAH DALAM BARANG KEMAS SERPENTI TERBARU DI BVLGARI. ALENA DALAM DRESS LOEWE, SERENA MEMILIH SUT DIOR DAN SHERRY DALAM DRESS LOUIS VUITTON.
OUR NEXT GEN 2021 MEWAH DALAM BARANG KEMAS SERPENTI TERBARU DI BVLGARI. ALENA DALAM DRESS LOEWE, SERENA MEMILIH SUT DIOR DAN SHERRY DALAM DRESS LOUIS VUITTON.
 ??  ?? RANTAI- RANTAI SERTA SUBANG SERPENTI OLEH BVLGARI. DRESS SALVATORE FERRAGAMO.
RANTAI- RANTAI SERTA SUBANG SERPENTI OLEH BVLGARI. DRESS SALVATORE FERRAGAMO.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia