GLAM (Malaysia)

BILA DAH BERKARAT, BFF PUN HILANG ENTAH KE MANA

-

Begitulah pasang dan surut kehidupan yang umpama roda. Kadang kita di atas dan ada masanya kita di bawah. Bila di atas, kita disanjung dan dipuja hingga sukar menerima kenyataan bila berada di bawah tanpa the usual suspect yang dulu sanggup bergolak gadai menjadi entourage kala bercuti mewah walaupun diri tak semegah mana.

Dulu Datin X sering dengar perumpamaa­n ‘ habis madu, sepah dibuang’ dan satu lagi ‘ seperti kacang lupakan kulit’ dan menganggap­nya tidak akan pernah berlaku pada diri sendiri. Tetapi, bila sudah kena batang hidung sendiri, apa orang kata – baru ada akal! Benar, teman ketika susah memang sukar dicari. Mungkin dalam beribu- ribu yang mengucap Happy Birthday dan yang menghadiri parti ulang tahun kelahiran anda tanpa missed setiap tahun, hanya kurang dari lima jari yang akan benar- benar berada di samping anda ketika bala menimpa.

“Mana bff you yang selalu menempel dulu, hilang?” tanya keluarga terdekat. Tersentak dada mendengar soalan itu. Terngiangn­giang beberapa hari dalam kepala dan Datin X terdetik untuk berfikir kebenaran soalan itu dan mula menyoal diri di mana mereka semua kala diri amat memerlukan sokongan moral dan apa jua bantuan yang boleh diterima dari seorang teman rapat yang sering ada kala suka- suka dahulu. Bila Datin X call atau mesej, balas seperti endah tidak endah dan bunyinya langsung tidak interested. Ada juga yang kasi Datin X bluetick sahaja. Geram macam nak baling phone ke dinding!

Bohong jika Datin X tidak merindukan saat diri disanjung, diberi keutamaan dan berasa penting dalam setiap majlis dan situasi. Namun sebaik sahaja value Datin X jatuh mendadak dan lebih sadis lalu ditimpa tangga, pada mereka Datin X sudah tidak berguna lagi. Bukan sahaja wang, barang berjenama, nama, apatah lagi tajaan dari rambut hingga ke kaki setiap hari dan kala bercuti sudah tidak lagi mampu diberi. Dulu Datin X lah yang taja kehidupan mereka semua. Terbang ke Maldives naik kapal terbang kelas utama. Kini nak booking tiket flight tambang murah pon Datin X kena kirakira.

Walaupun tidak melibatkan wang ringgit namun bila ada hari Datin X ingin disaji dengan sedikit kata- kata semangat or just to be there, tiada ‘ seekor’ pun dari kelompok teman berparti Datin X menghadirk­an diri. Dalam group chat WhatsApp pun sunyi. Tanya 10 soalan, tapi yang jawabnya dua huruf sahaja, ok. Inilah titik hitam yang tak mungkin boleh dilupakan dan akan sentiasa tersemat dalam hati dan sanubari Datin X sampai bila- bila. Bukan mahu berdendam tetapi ia adalah satu pengajaran hidup yang sukar dilupakan dan termewah pernah Datin X tempoh sejak hampir empat dekad bernafas di dunia.

Datin X lega dan bersyukur dengan tragedi hitam yang menimpa hidup Datin X tahun lalu. Pengalaman ini mendewasak­an dan kerana moment tragis ini lah Datin X belajar membezakan yang mana kawan dan yang mana lawan. Walaupun ada ketika syaitan datang menghasut untuk berasa marah, iri hati dan sebagainya kala terlihat foto- foto atau IG stories teman- teman yang dulunya bff. Dek kerana alasan mahu menjadi versi terbaik diri Datin X yang baru, sikap negatif itu perlu dibuang jauh- jauh agak tidak memakan diri lagi di kemudian hari. Jadi, Datin X mengambil keputusan untuk mute segala aktiviti ‘ bff’ Datin X yang dulu.

Ini masanya untuk bangkit semula. Masanya untuk melupakan sahaja mereka yang pernah menyoal kemampuan diri Datin X. Masanya untuk shorlist mereka yang sanggup membuang Datin X begitu sahaja bila tidak lagi memiliki apa- apa. Alhamdulil­lah, di kala ada yang berlari keluar dari hidup Datin X, muncul pula teman- teman lain yang tak disangka- sangka baiknya menonjolka­n diri mahu menghulurk­an apa juga pertolonga­n agar Datin X bangkit meneruskan kehidupan. Thank you, you know who you are!

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia