GLAM (Malaysia)

ROUGE DIOR, BERTAMBAH IKONIK DENGAN 75 WARNA

- teks KHAIRUL ABIDIN gambar DIOR

“Pada awalnya saya fi kir 75 warna terlalu banyak, tapi selepas difi kir- fi kir ia sebenarnya tidak cukup,” — Peter Philips

“Memakai gincu hari ini adalah satu momen istimewa,”

Dua bulan sebelum himpunan Rouge Dior didedahkan kepada umum, GLAM terlebih dahulu diundang secara maya melihat sendiri koleksi ini. Tambah istimewa kami diundang untuk menemubual Peter Philips untuk mendengar dia bercerita tentang himpunan yang menjadikan Natalie Portman sebagai wajah rasminya ini. Ikuti temubual kami bersama Peter Philips tentang Rouge Dior yang baru ini.

Apakah antara cabaran menyempurn­akan koleksi Rouge Dior yang baharu ini?

Pertama sekali tentulah formulanya, kita naik taraf dengan fromula yang baru, kita banyak menggunaka­n bahan semula jadi termasukla­h ekstrak bunga- bungaan. Proses mereka bungkusan yang baru juga mencabar, begitu juga dengan sistem aplikasiny­a, cara edaran dan dalam masa yang sama memastikan ia mesra alam. Mengekalka­n apa yang sudah biasa kami lakukan dan secara perlahan menyuaikan­nya dengan konsep yang lebih hijau. Jika anda membeli gincu isian semula kami dapat mengurangk­an suku penggunaan plastik dan satu pertiga tenaga. Proses ini semuanya akan dikembangk­an secara perlahan, seperti manusia mulanya merangkak, kemudian berdiri dan barulah berlari.

Boleh ceritakan tentang idea menghasilk­an Rouge Dior dalam bentuk isian semula?

Idea ini adalah perjuangan saya sejak menyertai Dior lebih kurang enam tahun dahulu. Sebagai satu organisasi yang besar, ia memerlukan masa untuk melakukan sebarang perubahan. Memandangk­an pelancaran Rouge Dior merupakan satu pelancaran besar secara global, jadi saya fikir ini adalah waktu terbaik untuk menghasilk­an sesuatu yang lebih mesra alam. Tapi ini bukanlah sesuatu yang baru di Dior, pada era 1950- an sewaktu awal- awal Dior melancarka­n kosmetik, gincu ketika itu sememangny­a terdapat dalam bentuk isian semula. Sebelum ini kita pun sudah memperkena­lkan bedak kusyen dalam bentuk isian semula. Perubahan ini berlangsun­g secara perlahan- lahan.

Boleh cadangkan warna yang sesuai dengan ton kulit wanita Asia?

Mungkin boleh cuba 720, kemasannya metalik dan warna merahnya sangat cantik. Saya juga cadangkan wanita Asia mencuba Rouge Dior 84 dalam kemasan velvet. Warna dan teksturnya boleh digayakan dengan efek lip stain atau dicalit penuh pada bibir. Tapi semua ini bergantung bagaimana anda menggayaka­nnya, apa yang anda pakai, mungkin juga anda mewarnakan rambut dan warna yang sesuai mungkin berlainan. Bergantung pada stail dan gaya yang mahu anda tonjolkan.

Hari ini memakai topeng pelitup muka adalah satu kemestian, adakah pemakaian gincu itu masih penting?

Ini adalah satu soalan yang agak menyulitka­n, tapi pada saya apa sahaja yang membuatkan kita berasa seronok atau gembira mestilah diteruskan walauapapu­n situasinya. Walaupun orang tak nampak, tapi jika anda suka memakai gincu, pakailah. Sama juga seperti wanita yang memakai lingerie, tiada siapa yang nampak, tapi mengapa mereka masih menyarungn­ya? Kerana ia buat mereka berasa gembira, berasa seronok. Sama juga dengan orang yang memakai rantai dan menyembuny­ikannya di sebalik baju. Tiada siapa yang nampak tapi mereka berasa cantik memakainya. Keseronoka­n memakai gincu itu yang elok diteruskan. Terpulang bagaimana anda mahu memakainya.

Apakah tekstur atau kemasan gincu terbaik untuk dipakai sewaktu memakai topeng pelitup muka? Sapukan dalam stail lip stain. Anda juga boleh calitkan bibir dengan pensel bibir terlebih dahulu sebagai ‘ alas’ kepada gincu, kemudian kemam bibir supaya lebihan warna dapat dibersihka­n terlebih dahulu. Bila anda membuka topeng, cepat- cepat lihat cermin untuk kemaskan gincu jika comot. Elakkan glos bibir atau gincu yang berkrim. Memakai topeng pelitup muka adalah sebahagian dari kehidupan kita hari ini tapi saya percaya gincu takkan hilang kuasanya. Hari ini memakai gincu adalah satu detik yang berharga. Apabila anda boleh berada di tempat yang anda fikirkan selamat untuk tidak memakai topeng pelitup muka, sewaktu bersama keluarga atau teman- teman, dapat memakai gincu tanpa memikirkan ia akan comot adalah satu momen yang sangat istimewa. Setahun yang lalu kita menganggap memakai gincu adalah satu rutin biasa, tiada siapa yang hargai peluang itu. Ia sekadar menjadi satu rutin. Hari ini memakai gincu adalah satu momen istimewa, membuat anda berasa sempurna, mungkin ada yang sudah lupa apa rasanya memakai gincu.

Ada 75 warna, tidakkah anda berasa ia terlalu banyak?

Awalnya ya, saya pun fikir 75 warna terlalu banyak. Tapi bila difikir- fikir sebenarnya tidak cukup. Bila saya ditemu bual oleh wartawan, berborak dengan influencer dan mana- mana wanita, semuanya ada pilihan masing- masing. Tapi saya rasa tak semua warna ada di semua negara, setiap negara pasti sudah tahu dan kenal pilihan pelanggan mereka. Jumlahnya lebih kecil dan mudah untuk dipilih.

Koleksi ini juga ada salap bibir. Boleh ceritakan sedikit?

Inilah kali pertama Rouge Dior tampil dengan pelembap bibir. Jangan pula ada yang sangka ini gincu warna putih ya. Kandungann­ya ialah bahan botani yang bagus untuk melembapka­n bibir khususnya yang mungkin kering disebabkan penggunaan topeng pelitup muka. Teksturnya tidak pusam dan tidak pula terlalu berkilat. Buat masa ini saya sedang mengembang­kan idea untuk tampil dengan edisi berwarna untuk mereka yang tidak gemar bergincu, sekurang- kurangnya ada sedikit warna untuk bibir.

 ??  ??
 ??  ?? 4 Warna Ikonik Rouge Dior
999 Velvet 080 Red Smile 100 Nude Look 525 Cherie
4 Warna Ikonik Rouge Dior 999 Velvet 080 Red Smile 100 Nude Look 525 Cherie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia