GLAM (Malaysia)

PKP DAN KESIHATAN MENTAL KANAK- KANAK

- teks AZRINAZ MAZHAR HAKIM

Setiap kali apabila diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP), banyak komentar yang dilontarka­n terutamany­a oleh para netizen berkaitan kepayahan ekonomi. Saya terbaca ruangan komen mengenai putus sumber rezeki, kesan yang ketara terhadap perniagaan hinggalah ke mereka yang kehilangan kerja. Tidak dinafikan luahan perasaan ini adalah sesuatu yang wajar dan benar- benar mencermink­an realiti. PKP ini memberi kesan besar kepada majoriti rakyat Malaysia.

Walaupun begitu, izinkan saya mengajak anda untuk bertukar pandangan, iaitu kesan PKP dan kegusaran orang dewasa ini ke atas kanak- kanak dan remaja di dalam sesebuah isi rumah. Kalau kita lihatkan dalam perintah kawalan pergerakan pertama dahulu, kanakkanak dan remaja terperap di dalam rumah berbulan- bulan lamanya. Mereka tidak dibenarkan untuk ke sekolah, bermain atau pergi ke kedai runcit sekalipun. Ini tidak termasuk tekanan yang dialami apabila dikeliling­i oleh ibu- bapa yang risau dan gusar dengan keadaan ekonomi semasa. Bukan itu sahaja, tekanan ini digandakan lagi dengan cabaran persekolah­an atas talian yang selama ini mereka tidak pernah dilatih atau disiapkan.

Baru- baru ini negara dikejutkan dengan kes seorang kanak- kanak tujuh tahun yang meninggal dunia tak sampai tiga bulan setelah berada di tangan ibu kandungnya, walaupun perkara ini masih dalam siasatan, namun kita harus akui dalam keadaan yang mencabar ini kanak- kanak merupakan golongan yang paling terdedah dengan sebarang tekanan. Kesihatan mental dan kemurungan bukan eksklusif kepada orang dewasa sahaja, kanakkanak turut mengalamin­ya. Tekanan untuk menghadapi peperiksaa­n, stres dalam menyesuaik­an diri dengan alam persekolah­an maya, kehilangan tempat untuk bersosial dan bermain bersama rakan- rakan seringkali kita terlepas pandang akan perkara ini.

Saya terbaca satu kenyataan dari Tan Sri Lee Lam Thye, pengerusi ‘ Befriender­s’ yang ada menyebut bahawa pada tahun 2019 lebih dari empat ratus ribu kanakkanak bergelut dengan isu kesihatan mental. Jumlah yang besar ini adalah sebelum berlakunya pandemik Covid- 19 dan perintah kawalan pergerakan. Kita juga dapat lihat bagaimana isu peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia mendapat gelombang protes dan luahan yang amat besar di media sosial melihatkan ribuan pelajar meluahkan tekanan dan kemurungan yang mereka hadapi dalam keadaan yang tidak menentu ini. Saya faham bahawa ibu- bapa dan penjaga mempunyai keutamaan untuk memastikan bahawa punca rezeki tidak terputus dalam pandemik ini dan memastikan periuk nasi dipenuhi itu adalah perkara utama, namun janganlah kita terlepas pandang mengenai emosi dan kesihatan mental anak- anak kita.

Minda kanak- kanak adalah sesuatu yang cukup istimewa, realiti mereka masih lagi disulami dengan sebahagian dari imaginasi dan harapan yang dizahirkan berdasarka­n dunia sekeliling mereka. Setiap anak itu mempunyai karakter dan pandangan yang tersendiri, oleh itu walaupun disiplin itu penting, sama pentingnya untuk ibu bapa memberi ruang untuk anak- anak ini menyesuaik­an diri dengan keadaan sekarang. Pada masa yang sama saya mohon untuk kita tidak lalai dan membiarkan mereka terbawa dengan arus kebosanan atau ketagihan internet. Selalulah bertanyaka­n mengenai keadaan dan hari mereka, sediakan aktiviti bersama dan paling penting untuk ibu- bapa lebih bersabar ke atas anak- anak dari hari- hari biasa.

Mungkin ada yang mengatakan mudah bagi saya untuk memberi nasihat dan pandangan dari kedudukan saya ini, masakan saya tahu kesusahan dan kepayahan dalam mencari rezeki di waktu yang amat- amat mencabar ini. Benar, saya akui, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Tapi yang pasti saya tahu nilai seorang anak dan bertapa pentingnya ibu bapanya meluangkan masa dan mendengar isi hati serta memberi petunjuk kepada mereka. Masa dan tumpuan seorang ayah dan ibu itu tidak dapat digantikan dengan emas setinggi gunung sekalipun, percayalah. Saya tahu keadaan sekarang ini susah dan mencari rezeki itu payah, namun jangan dilupakan segala penat lelah yang kita hadapi ini adalah untuk anugerah yang dikurniaka­n oleh Allah, jangan sesekali kita abaikan nikmat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia