GLAM (Malaysia)

SPIRITUAL SPRING

Kami meraikan kedatangan musim baru dengan mainan warna menjerit agar wanita mulai sedar, pandemik bukan penghalang untuk mereka berlawa- lawa. Kami semarakkan jiwa musim bunga ini dengan kemunculan istimewa Rita Suraya.

-

Trend solekan itu bermusimmu­sim, dan trend ini juga pada firasat saya bergantung pada siapa yang mempopular­kannya. Di pentas peragaan bermacamma­cam jenis solekan ada, tetapi tidak semua punya kekuatan untuk menjadi ikutan. Satu- satu trend itu boleh jadi popular atas banyak faktor. Ia boleh jadi kerana ia digayakan oleh selebriti berpengaru­h, kadang- kadang boleh jadi buah mulut hanya kerana tersebar menerusi video yang tular, atau kerana kebijaksan­aan cara pemasaran satu- satu rangkaian produk. Saya senaraikan butiran gaya solekan yang harus diberi perhatian di awal tahun 2021 ini, semoga titipan ini harapnya mencetus semangat untuk anda menghargai definisi keseronoka­n dalam bersolek.

YOUR SKIN BUT BETTER!

Ini bukan trend tapi inilah yang sepatutnya menjadi panduan semua orang. Dan saya percaya ini jugalah yang didambakan tapi tidaklah semua orang itu bertuah dikurniaka­n kulit mulus bagai telur dikupas. Setiap individu, kalau boleh tidak mahu memakai bedak, jika kulit mereka lawa sebolehnya mahu ditayang- tayang, bangga jika tanpa solekan pun kulit masih nampak licin gebu.

Musim ini, rata- rata model yang melewati pentas peragaan di pertunjuka­n Burberry, Victoria Beckham mahupun Rodarte dilihat tampil dengan solekan serba tipis, bedaknya tidak berlebih- lebih dan apa yang dapat dilihat hanyalah kulit sihat dan glowing.

Jadi untuk tahun ini apa kata kita mula minimumkan penggunaan bedak asas atau penyamar noda, boleh digunakan tapi perlu ditipiskan penggunaan­nya.

Sebelum menyapu bedak asas kulit haruslah dipersiapk­an terlebih dahulu. Mestilah disapu penyegar, serum juga pelembap. Kemudian siapkan dengan primer jika perlu. Jika punya masa, eloklah wajah diurut- urut agar ia tersedia sempurna sebelum mula disolek. Kemudian wajah disapu dengan penyamar noda ( concealer), dan ingat hanya perlu disapu pada bahagian yang ingin anda ‘ pudar’ atau ‘ samarkan’ celanya, bukannya seluruh muka.

Sesudah menggunaka­n concealer barulah disapu bedak asas, dan bedak asas jenis cecair lebih semula jadi efeknya. Hari ini ramai juga yang senang menggunaka­n bedak kusyen, selain kebanyakan­nya dipersiapk­an dengan manfaat penjagaan kulit ia juga lebih praktikal dan tahan lebih lama. Sapuan highlighte­r seminimum mungkin untuk efek glowing yang lebih semula jadi. Sapukan pada bahagian wajah yang memantulka­n cahaya seperti tulang pipi, batang hidung dan atas bibir. Pemerah pipi jenis krim juga satu idea yang baik untuk mencipta efek glow, pipi kemerah- merahan bagaikan baru lepas berlari keliling trek. Fake it till you make it!

BOLD BROW

Kening bahagian penting dalam membingkai­kan wajah, cara anda membentuk kening besar efeknya pada solekan kerana ia punya kuasa yang menentukan rupa raut muka; anda boleh nampak garang, lembut, kasar, manis dan macam- macam lagi. Gaya riasan kening antara yang dilihat sering bertukar ganti, berepisod- episod lamanya.

Dulu- dulu kening banyak dilukis halus persis segaris mata pensel sahaja. Pada era 1920- an bintang- bintang berpengaru­h waktu itu senang tampil dengan kening ‘ tipu’, mereka melukis kening lari dari bentuk asalnya. Clara Bow hinggalah ke Billie Holiday yang cukup terkenal pada tahun 30- an setia dengan kening sebegitu. Marlene Dietrich mewarisi gaya kening sedemikian dan terus popular hingga lewat 40- an.

Kemunculan Joan Crawford pada tahun itu juga seakan memberi petanda bahawa gaya kening sehalus mata pensel itu akan berakhir, dan era 50- an menyaksika­n ramai selebriti berkening tebal muncul misalnya Elizabeth Taylor dan diteruskan oleh Audrey Hepburn. Tahun 70- an dan 90- an pula gaya kening kembali halus hinggalah lewat tahun 2000 ramai yang lebih selesa berkening lebat.

Malah beberapa tahun kebelakang­an ini ramai yang lebih selesa tidak mencabut kening keterlalua­n, lebih selesa dengan bentuk asal, dan tidak hairan kening lebat seperti Cara Delevigne pantas mencuri perhatian.

Jika ramai lelaki seakan rimas dengan rambut panjang hingga menerbitka­n rasa risau bila PKP bersambung dari minggu ke minggu, ada sesetengah perempuan pula resah- gelisah menanti bilakan salon kening akan dibuka supaya mereka boleh bentukkan kembali kening mereka. Walaupun boleh dibuat sendiri ramai juga yang senang dengan cara mencantas kening menggunaka­n benang ( threading).

Hari ini ‘ sabun kening’ atau soap- brows sudah jadi produk wajib ada dalam kebanyakan jurusolek, dan ramai wanita yang obses membeli maskara jernih yang mana mereka akan asyik memberus kening, ditarik- tarik ke atas agar ‘ berdiri’ sehelai- helai.

BRONZING IS BACK

Jika ditanyakan satu trend solekan yang boleh dicuba ( dan paling mudah) untuk musim ini, apa kata anda cuba melebihkan penggunaan bronzer pada tulang pipi. Lucia Pica, pengarah solekan kreatif dan warna Chanel merias wajah model- model di pertunjuka­n Chanel Haute Couture musim ini dengan memberi fokus kepada layangan bronzer pada pipi model- model yang melewati pentas pertunjuka­n itu. Usah silap, penggunaan bronzer tidak semestinya untuk mencipta kontur kerana bronzing dan contouring adalah dua perkara berbeza.

Ramai yang menggunaka­n bronzer untuk mencipta kontur pada wajah tapi akibatnya efek kontur tidak seperti yang sepatutnya kerana tekstur bronzer itu sendiri berbeza dengan kit kontur yang seharusnya bertekstur pusam seperti bedak.

Berbeza dengan kontur, bronzing lebih kepada untuk ‘ memanaskan’ ton kulit dengan efek ton gangsa yang sebahagian­nya memberi sedikit percikan oren pada solekan. Biasanya bronzer akan dilayangka­n pada bahagian wajah yang menangkap cahaya kerana teksturnya ada partikel halus berkilauan. Tapi satu persamaan antara keduaduany­a ialah jangan berlebih- lebih menggunaka­nnya.

EYE- CATCHING!

Pemakaian topeng pelitup muka telah membuat ramai wanita yang selama ini lebih suka bergincu untuk memberi fokus pada solekan mata. Selain merias kening, ramai juga yang sudah memahirkan jari- jemari mereka memegang berus mekap, mengadun pembayang mata.

Dior, Valentino dan Chanel antara rumah fesyen utama yang mengutarak­an gaya solekan mata yang menonjol. Permainan celak hitam pekat masih terus diketengah­kan, satu warna yang tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas.

Namun, musim ini saya sarankan anda beranikan diri bermain warna. Ada masanya kita perlu lari dari kelaziman untuk meraikan kehidupan. Permainan warna tanah seakan membuat kita terus ‘ terperap’, membuatkan kita seakan sudah hilang idea untuk bersolek. Kita imbas kembali era 80- an, barisan selebriti popular waktu itu asyik bermain warna, kelopak mata sebesar duit 50 sen itu boleh disapu dengan bermacam- macam warna pembayang mata. Lihat sahaja Madonna, Cindy Lauper, Kylie Minogue malah Janet Jackson yang berkulit gelap pun gemar bermain warna. Kita ambil inspirasi itu tapi kita ubah seiring dengan cita rasa kita hari ini.

WORD OF MOUTH!

Walaupun ramai yang seakan melupakan gincu sejak coronaviru­s menyerang seluruh dunia tahun lalu, namun itu bukan alasan untuk wanita memanjakan bibir mereka dengan sapuan gincu- gincu kesukaan mereka. Label- label kecantikan juga tidak mahu tunduk dengan pandemik ini, mereka terus rancak melancarka­n rangkaian gincu mereka. Dior misalnya melancarka­n Rouge Dior baharu yang warnanya sudah melangkaui lebih 70 warna. Bagi Peter Philips, orang kuat yang bertanggun­gjawab mereka alat solek di Dior, pemakaian topeng pelitup muka sebenarnya membuatkan kita lebih menghargai gincu. Kita mula sedar betapa seronoknya bila kita boleh bebas bergincu kerana apabila kita dapat bergincu maknanya kita berada di ruang yang selamat untuk membebaska­n wajah dari diliputi dengan topeng. This year, the mood will be celebratin­g your lips

when they can be seen.

Label fesyen juga tidak mahu mengalah dengan Covid- 19, mereka masih mahu meraikan kecantikan wanita, mereka masih mahu barisan peragawati mereka bercalit gincu- gincu terang. Saint Laurent, Hermes dan Balmain misalnya menyapukan gincu merah kepada model- model yang berjalan memperaga baju mereka. Gincu merah masih dilihat berkuasa.

 ??  ?? teks & arahan seni KHAIRUL ABIDIN
gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO
solekan KHIR KHALID
peragawati RITA SURAYA
teks & arahan seni KHAIRUL ABIDIN gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan KHIR KHALID peragawati RITA SURAYA
 ??  ?? Kerancakan ritma funk dan pop disko era 80- an mencetus solekan mata penuh warna, tapi untuk musim ini tekstur kemilau diketepika­n.
Kerancakan ritma funk dan pop disko era 80- an mencetus solekan mata penuh warna, tapi untuk musim ini tekstur kemilau diketepika­n.
 ??  ?? 1
1
 ??  ?? 2
2
 ??  ?? Gaya kening sehalus mata pensel dari era Anna May Wong bawa ke Marlene Dietrich di era 1920- an menjadi inspirasi. Gaya ini sebenarnya tercetus dari mimikan gaya kening Ratu Elizabeth 1.
Gaya kening sehalus mata pensel dari era Anna May Wong bawa ke Marlene Dietrich di era 1920- an menjadi inspirasi. Gaya ini sebenarnya tercetus dari mimikan gaya kening Ratu Elizabeth 1.
 ??  ?? 4 5 6
1. ANASTASIA BEVERLY HILLS PERFECT YOUR BROWS KIT IN DARK BROWN
2. BURBERRY BEAUTY
3. GAYA SOLEKAN DI CHANEL HAUTE COUTURE SPRING/ SUMMER 2021
4. BURBERRY BEAUTY ESSENTIALS GLOW PALETTE
5. DIOR BLUSH STICK, PINK GLOW
6. GUCCI BEAUTY FLUIDE DE BEAUTÉ FINI NATUREL
4 5 6 1. ANASTASIA BEVERLY HILLS PERFECT YOUR BROWS KIT IN DARK BROWN 2. BURBERRY BEAUTY 3. GAYA SOLEKAN DI CHANEL HAUTE COUTURE SPRING/ SUMMER 2021 4. BURBERRY BEAUTY ESSENTIALS GLOW PALETTE 5. DIOR BLUSH STICK, PINK GLOW 6. GUCCI BEAUTY FLUIDE DE BEAUTÉ FINI NATUREL
 ??  ?? 3
3
 ??  ?? Gincu merah tidak akan padam dalam kalendar solekan. Calitan malar segar yang akan terus menjadi perlambang­an elegan, seksi lagi sensual.
Gincu merah tidak akan padam dalam kalendar solekan. Calitan malar segar yang akan terus menjadi perlambang­an elegan, seksi lagi sensual.
 ??  ?? CHANEL ROUGE ALLURE LE LION, ROUGE AUDACIEUX
CHANEL ROUGE ALLURE LE LION, ROUGE AUDACIEUX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia