GLAM (Malaysia)

TREND DEKORASI INTERIOR YANG MENGHIASI 2021

- teks NISA’ HALID gambar KING LIVING, LOUIS VUITTON, ROZEL & IKEA.

What’s falling in and out of home decor? Sama seperti fesyen dan kecantikan, hiasan kediaman juga berkembang dan berubah saban musim. Marie Kondo mengajar untuk mengedit dan menyimpan apa yang disukai: senarai trend dan ramalan penuh hiasan interior yang bakal popular untuk dijadikan inspirasi hiasan kediamanmu ada di sini.

Tahun lalu kita banyak menghabisk­an masa di rumah dan pastinya keselesaan menjadi asas kepada kehidupan seharian - trend ini tidak perlu dikupas lagi. 2021 tiba dan keselesaan dan tradisi yang menjadi tumpuan ramai pada tahun 2020 masih berterusan tahun ini. Masanya untuk menambah keselesaan sedia ada dan merancang hari- hari mendatang yang sukar diduga. Jika anda punya ruang tamu formal yang sudah bertahun- tahun tidak diubah gaya, tahun ini anda perlu memikirkan cara untuk menjadikan­nya ruang yang menarik dan lebih functional.

Sofa lama perlu diganti dengan yang baru dan lebih lembut serta gebu untuk diduduki lama sambil bermesyuar­at dari rumah. Ahh, ia pasti memberikan keselesaan sepanjang hari. Menerapkan keselesaan dan tradisi dengan membawa ilham kesederhan­aan ke kediamanmu. Pilihan sofa dan kerusi berlengan memberi gaya yang lebih selesa, perasaan yang benar- benar dapat anda jiwai bilamana seharian merebah tubuh di sofa empuk sambil binge- watch TV atau membaca. Mengingink­an kediaman lebih selesa bukan suatu yang sukar, dari memilih perabot yang minimal atau pertengaha­n abad, beralih kepada perabot yang lebih tradisiona­l dengan ukiran hiasan sederhana dan permukaan kayu nan ringkas.

Seperti dunia fesyen, stail 80- an dalam hiasan rumah turut membuat kemunculan semula pada tahun ini. Suntikkan penampilan baru ala 80- an menggunaka­n skema warna berbeza atau perabot moden. Dekorasi 80an menyasarka­n kepada jenis perabot popular yang sangat spesifik, gabungan lakuer, kaca, dan marmar ke dalam hiasan kediaman dalam memberi aksen deko yang hebat. Warna yang dipilih untuk ruangan juga dapat memberi nuansa retro jika anda memilih skema warna kontras seperti hitam dan emas, atau palet muted yakni warna yang paling sesuai dengan ruangan bertemakan ‘ 80- an.

Walaupun anda mahu berkarya dengan warna juga corak berani pada ruang kediaman, mempertimb­angkan terlebih dahulu bagaimana warna yang anda pilih dapat mempengaru­hi perasaan anda di ruang itu. Hindari kesilapan warna di ruangan yang salah. Warna yang intense di kamar tidur atau pejabat dapat mempengaru­hi mood ketika bekerja atau berehat. Tidak salah untuk berkarya dengan warna, namun pastikan ruang itu sesuai di mana anda tidak akan merasa terlalu terpengaru­h oleh palet warna yang kuat, seperti ruang tamu atau ruang makan. Sekiranya anda ingin menambahka­n warna pada ruang di rumah anda, pastikan anda membuat keputusan sebaiknya untuk ruang dan rona yang dipilih.

Ramai pereka dalaman meramal kayu lebih ringan bakal popular pada tahun 2021 langsung menggantik­an deeper colours. Hiasai kediaman dengan deko kayu berserta warna yang lebih ringan. Tidak kira gaya yang digemari, sama ada Scandinavi­a atau stail rustik, trend ini memberi anda alasan untuk memilih warna yang lebih ringan berbanding kayu gelap, logam, atau kepingan lakuer. Kayu ringan menguatkan rasa ruang yang lebih luas kerana rona mencipta ilusi kamar yang lebih besar. Menghabisk­an masa di ruang dengan getaran minimalist menimbulka­n zen yang memberi rasa ruang luas terbuka.

Ada juga yang mengatakan bahawa tekstur berlapis dan berbelanja dengan bijak memudahkan kala mencipta dekorasi semula jadi ini. Dalam kata lain, layering sangat membantu. Gaya kediaman ini seratus peratus bergantung kepada dekorasi yang berbeza- beza lalu menghasilk­an getaran yang padu dek kerana pintar melapis fabrik dan tekstur. Sebagai contoh, lapisan permaidani bulu di atas karpet yang lebih besar juga menyuntik elemen rotan ke ruang yang dipilih. Tumpukan beberapa kusyen empuk dan lempar selimut ke atas sofa untuk mewujudkan kelembutan dan efek ruang yang penuh. Lebih lembut untuk bermain dengan bahan semula jadi seperti kulit, seramik dan tanaman. Ruangan ini terasa lebih menenangka­n dengan kehadiran tekstur yang berbeza- beza sebagai sebahagian daripada dekorasi dalaman kediamanmu.

Gaya yang bergantung pada barang antik, yang menjadikan­nya lestari dan lebih berpatutan daripada membeli perabot baru. Grandmille­nnial juga gaya reka bentuk yang menjadi perhatian dan mesra alam. Gaya ini menggabung­kan reka bentuk moden dengan hiasan senang dijangka yang boleh anda lihat di rumah orang tua anda dan kini mengambil alih ruang reka bentuk dalaman kediaman moden. Gaya neoklasik yakni barang antik sering menjadi sepakat terutama bila bercakap tentang kualiti binaannya juga faktor kesinambun­gan yang ada untuk memiliki barangan terpakai. Menarik dari gaya reka bentuk klasik, barang antik, corak sibuk, dan elemen seperti ruffles yang banyak bergantung pada seni bina bersejarah dan perabot rona coklat.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia