GLAM (Malaysia)

DATIN SERI AKUR BERMADU DENGAN TEMAN BAIK SENDIRI

-

Alahai apalah nasib bermadu dengan teman baik sendiri. Dari remaja hingga beranak pinak, masa dihabiskan berdua. Kehulu - ke hilir bersama malah kadang itu Datin X lihat mereka makan pun dari pinggan yang sama. Tak disangkasa­ngka keakraban itu akhirnya memakan diri mereka hingga terpaksa berkongsi suami yang sama.

Bak kata pepatah, berbaik biarlah berpadapad­a. Jangan terlampau suka nanti duka, usah mengilai nanti menangis jawabnya. Ada sebab orang tua keluar dengan pepatah seperti ini supaya kita beringat sentiasa. Tapi bila asyik berjaga- jaga dan sudahnya datang juga bala menimpa, apa lagi yang mampu dilakukan? Telan liur sahajalah menerima.

Ceritanya, Julie dan Shima bersahabat baik sejak di universiti, UK lagi. Luar dan dalam tiada rahsia antara mereka. Apa yang si Julie tahu, pastinya sudah sampai ke telinga Shima. Yang lainnya cuma Shima menemui jodoh terlebih dahulu sebaik dia tamat pembelajar­an di UK dan menikah pula bukan dengan calang- calang orangnya. Dapatlah dia merasa gelaran Datin Seri pada usia muda dan hadir di acara berprestij menjadi plus one suaminya, Dato’ Seri S.

Mereka dikurniaka­n tiga orang anak hasil pernikahan selama empat tahun, ketigatiga mereka dijaga baik oleh Shima dan pembantuny­a. Sedang Dato’ Seri S sibuk mencari business, Julie tak pernah putus menyinggah ke rumah. Ada sahaja aktiviti bersama, kadang berbasikal berkumpula­n, shopping dan bila perlukan nikmat kehidupan mereka ke restoran Michelin, menghabisk­an waktu bergelak sakan sambil makan- makan bersama teman- teman yang lain. Ada sedikit perasaan cemburu bila Datin X melihat Instastori­es mereka. They are really living life. Tapi tidak apalah, bahagian kita akan tiba tepat pada waktunya, kan?

Nak dijadikan cerita, baru- baru ini Julie kantoi menjalinka­n hubungan dengan Dato’ Seri S dalam diam. Bukan berita itu sahaja, Julie sudah beranak satu. Mesti anda tertanya- tanya bagaimana dia boleh merahsiaka­n segalanya dari Shima? Datin X selidik punya selidik, dua tahun lalu ( sebelum kedatangan virus korona) Julie menghilang selama lima bulan, katanya mahu bercuti sebelum memulakan perniagaan baru. Mungkin waktu itu bermula segalanya penipuan yang tak diduga ini.

Siapa sangka di UK, Julie selamat melahirkan anak bersama Dato’ Seri S, Anne. Semua kos melahirkan, tempat tinggal, makan dan pakai dan lain- lain ditanggung oleh Dato’ Seri S. Sebelum pergi, Julie sempat bertemu Shima untuk goodbye lunch tapi bila diingat kembali, Shima langsung tidak perasan yang Julie sedang berbadan dua. Dia masih slim dan steady!

Datin X ada bertanya kepada Shima, “Bagaimana boleh kantoi?” Jawabnya “Tuhan dah nak tunjuk, dia akan tunjuk juga.” Yang Datin X kagum sekali, Shima tidak langsung melatah. Dia menerima semuanya dengan redha dan tawakal. Katanya lagi, “Benda sudah jadi, takkan lah I nak bertumbuk dengan dia.” Cuma apa yang Datin X nampak, mereka tidak lagi seakrab dulu. Tiada lagi Julie di gathering rumah Shima. Tiada lagi Shima bila Julie dan kumpulanny­a berbasikal merentas desa.

Setelah tamat PKP 1.0 dahulu, Datin X terdengar desas- desus mereka sudah berbaik semula. Bayangkan dua- dua madu ini sama usia dan sama cantik orangnya. Yang seorang memiliki rambut ikal mayang mengurai panjang serba hitam dan yang satu lagi punya kulit semulus telur rebus yang dikupas kulitnya. Beruntungl­ah Dato’ Seri S.

Selang berapa bulan, Datin X dihubungi Shima untuk diberitahu yang dia sudah merelakan suaminya mengahwini Julie agar perhubunga­n mereka sah di sisi agama dan bebas dari dosa. Datin X salute juga dengan lagak Shima yang cool dan menerima Julie sebagai madunya walaupun sudah ditipu bulat- bulat juga tergamak merampas kasih suaminya. Lebih pelik bila mula ternampak live atau tarian tiktok mereka dimuat naik bersamasam­a. Sigh. Begitu akrab hingga tiada apa yang boleh memisahkan persahabat­an mereka.

Yang pastinya Dato’ Seri S itu seorang yang mampu kahwin dua, tiga atau empat. Rupanya juga boleh tahan handsome. Lihat sahaja sekarang, kasih dan wang ringgitnya dibahagi sama rata, seorang satu diberi modal perniagaan masing- masing bernilai ratusan ribu. Tempat tinggal, kereta dan kebajikan anak- anak juga terjamin. Cuma, sanggup tak sanggup saja memikir suami kita di rumah bini muda...

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia