GLAM (Malaysia)

MUSIM BUNGA PUN BERLABUH...

- pengarah kreatif AIZAT AIDID gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan SYED FAIZAL dandanan CKAY LIOW

Selalunya, waktu bulan sebegini saya sudah terbang ke New York atau Milan, buat menghadiri minggu fesyen. Tetapi, kini lain pula kisahnya. Atas kerana pandemik, urusan terbang yang bukan keperluan utama perlu dihadkan. Bulan Februari dan Mac yang selalunya sibuk dengan pertunjuka­n fesyen, musim ini lebih senyap. Rumah fesyen ambil inisiatif lain untuk mempersemb­ahkan himpunan baru mereka. Undangan tetap berjalan seperti biasa, tetapi sekadar menonton menerusi komputer masing- masing. Mungkin lebih selesa, baring silang kaki sambil melihat koleksi terbaru atas katil masing- masing.

Tetapi, sambil mereka berhempas pulas menyiapkan koleksi akan datang, pasaran sekarang pula dihujani dengan stok yang tidak terjual. Saya pasti, koleksi cruise 2021 dan musim bunga 2021 masih lagi tersekat di dalam bilik simpanan butik. Atau mungkin masih tersimpan rapi di dalam kontena di pelabuhan. Ini mencetuska­n masalah stok yang banyak dan membuatkan pasaran mewah makin celaru. Saat ini, label perlu bijak dalam menangani stok berlebihan. Kelestaria­n dalam fesyen itu perlu dipupuk agar kita dapat terus menjalani kesejahter­aan dalam kehidupan yang tidak keruan ini.

Apapun keadaan yang bergelora, pendamik ini tidak mampu menutup daya kreativiti. Walaupun tidak mampu terbang melihat koleksi terus dari pentas Paris, GLAM masih setia meniti awan, bermainkan mimpi glamor mengikut angan- angan sendiri. Mac kami raikan dengan 100 peratus bernafaska­n fesyen paling glamor! Ada 10 koleksi terbaik musim ini dibukukan buat tatapan pembaca. Juga GLAM yang menjulang wajah lokal menjemput 12 wajah fesyen untuk lembaran Stail dalam ceraian yang diterbangk­an khas buat kami. Misi utama di GLAM, mahu mendidik orang fesyen lokal agar terus menghargai wajah- wajah Malaysia yang punya karakter eksotik tersendiri.

Soal cantik pula, saya tekuni temubual Khairul Abidin bersama Khir Khalid dalam Skop Cantik; Spiritual Spring. Kongsi Khir, trend kening tahun ini adalah yang tidak dilukis dengan sempurna. Mungkin yang dipantis halus seperti solekannya pada kening Rita Suraya yang muncul kembali dalam GLAM setelah berehat daripada dunia peragaan. She is back membawa obornya sendiri! Wajah ayu rita dirias dengan percikan rona terang menjerit mencipta sensasi baru dunia kecantikan.

GLAM duduk bersama Nora Danish untuk kongsi kisah MCO- nya. Melihat Instagram Nora, setiap hari pasti diisi dengan pelbagai content. Baik selfie, OOTD di rumah ataupun tarian viral daripada Tik Tok. Kongsinya, itu cara dia tenangkan diri dalam keadaan sekarang. Serta dapat juga beri orang lain hiburan. Nora Danish kami rias jadikan watak antagonis, sesuai dengan karakter lakonannya bernama Mimie dalam siri drama Bougainvil­lea, jahatnya buat semua orang menyampah! Memang menjadi lakonan Nora dan memperkuku­hkan lagi bakatnya dalam arena lakonan. We love her as Puteri Fara Nordin dan sekarang kami ‘ benci’ dia sebagai Mimie! Dia bangkitkan tema GLAM: Spring Antagonist!

 ?? PENGARAH KREATIF ??
PENGARAH KREATIF
 ??  ?? NORA DANISH DALAM PERSALINAN COACH.
NORA DANISH DALAM PERSALINAN COACH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia