GLAM (Malaysia)

DO PEOPLE SHOP NOW?

- teks JOHAN KASSIM

Industri fesyen dan hiburan adalah antara sektor yang paling terjejas akibat penularan Covid- 19. Sekali gus menyebabka­n ekonomi dunia merudum serta mereka yang terlibat terpaksa mengambil langkah berjaga- jaga. Manakala, ada sebahagian yang kurang bernasib baik telah hilang punca pendapatan. Ya, Malaysia sudah memasuki setahun dibadai Covid- 19. Dan masih menjadi perbicaraa­n terpenting.

Sebelum warga Malaysia diarahkan untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 ( PKP), semuanya telah diberi kesempatan selama beberapa minggu untuk bergerak bebas, merentas negeri, berhimpun ( mengikut SOP), bahkan peluang tersebut dimanfaatk­an sebaiknya oleh kebanyakka­n orang kita, misalnya, melancong bersama keluarga. Pada masa yang sama, tempoh singkat itu dilaksanak­an bertujuan antaranya untuk memulihkan pertumbuha­n ekonomi. Namun sekarang, kompleks kembali sepi. Separuh butik diarahkan tutup.

Sekembalin­ya PKP, industri fesyen dan hiburan kembali runsing. Kedai- kedai yang diklasifi kasikan ‘ non- essentials’ telah diarahkan tutup. Aktiviti seni, majlis fesyen dan aktiviti yang bersifat perhimpuna­n dilarang semula. Anjuran Anugerah Juara Lagu 2021 pun belum tentu tarikhnya lagi. Program- program televisyen lain terpaksa ditangguhk­an rakamannya. Artis- artis kita yang biasanya ‘ melaram’ untuk membuat persembaha­n di majlis- majlis kahwin atau korporat juga tidak dibenarkan.

Situasi pandemik ini telah mendesak kita untuk menangguhk­an banyak hal- hal penting. Termasukla­h pengurusan perniagaan. Fashion is an important business too. Orang- orang kita diperhatik­an semakin bimbang untuk berbelanja lebih. Mereka berbelanja mengikut keperluan sahaja. Produk- produk fesyen, item kembara, item pejabat bukan lagi menjadi keperluan utama pada waktu ini. Kemeleseta­n ini ternyata membimbang­kan banyak pihak.

Masyarakat di seluruh dunia disaksikan lebih senang berbelanja produkprod­uk yang punya tawaran istimewa. Potongan harga yang menarik. Selagi boleh jimat, jimat.

Mana- mana produk yang dikira essentials, ditawarkan pula dengan harga yang memikat, mampu milik lebih mudah terjual. Kaedah untuk mendapatka­nnya juga mudah. Pembelian secara online melalui laman e- dagang popular, meningkatk­an lagi penjualan. Akibat itu, produk- produk fesyen yang bernilai tinggi semakin kurang terjual. Bukan apa, orang- orang kita, belum lagi ada ‘ awareness’ untuk beli baju dan handbag mahal secara online. Mak- mak Datin, Datuk- datuk Sri, mana reti semua tu.

“Apakah yang bakal terjadi kepada industri fesyen?”

Memang benar, pelbagai alternatif baharu telah diperkenal­kan oleh jenamajena­ma besar dalam merangka semula strategi pemasaran mereka. Misalnya, kempen video, phygital fashion show, reviu produk dan sebagainya, namun hype- nya hanyalah sementara. Tidak bertahan lama. Esok- esok orang dah lupa.

Apakah strategi- strategi tersebut, berjaya membuatkan kumpulan sasaran mereka pergi membeli produk yang telah dipromosik­an? Adakah ia sekadar hiburan ringan buat si kaki Instagram? Membuatkan saya terfi kir, what do people really shop now? Apakah yang akan terjadi kepada industri fesyen?

 ??  ??
 ??  ?? Lila Moss di acara Miu Miu. I love her. Period.
Lila Moss di acara Miu Miu. I love her. Period.
 ??  ?? Koleksi kapsul H& M Edition by Hector Bellerin. Satu koleksi yang wajar diterokai lelaki musim ini. Banyak great stuff.
Koleksi kapsul H& M Edition by Hector Bellerin. Satu koleksi yang wajar diterokai lelaki musim ini. Banyak great stuff.
 ??  ?? Amanda Gorman memakai Prada, sewaktu acara pertabalan Presiden Amerika Syarikat pada Januari lepas. Antara momen fesyen kegemaran saya.
Amanda Gorman memakai Prada, sewaktu acara pertabalan Presiden Amerika Syarikat pada Januari lepas. Antara momen fesyen kegemaran saya.
 ??  ?? The most talked about bag this season. Prada Cleo salah satu item yang ‘ cool’ untuk dimiliki.
The most talked about bag this season. Prada Cleo salah satu item yang ‘ cool’ untuk dimiliki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia