GLAM (Malaysia)

THE ICONIC C # MAKEAPROMI­SE

-

Benar sangat dengan apa yang berlaku di peringkat global memberi efek pada fesyen jua. Kini wanita mahukan sesuatu yang lebih ringkas, mudah dan timeless. Misi itu digalas penuh indah oleh Cartier dengan melancarka­n beg bersemanga­t yang minima. Beg Double C de Cartier ini bisa memenuhi permintaan sekarang, kerana ia dicetuskan melalui idea yang bersifat moden dan minimalist. Namun, digarap dengan mewah bersama gancu dua C yang dipinjam daripada logo Cartier sendiri. Gancu dua C ini yang menjadi titik fokus pada beg baru ilham Cartier.

Marin Huson, selaku Pengarah Rekaan Kulit dan Aksesori Kulit di Cartier berkongsi yang mereka memberikan rasa moden pada gancu dengan membuang bentuk bujur dari logo aslinya. “Beg ini dilihat sebagai satu barang kemas dan semestinya diberikan khusus pada seni buka gancunya. Ada bunyi klik yang sedap didengar ketika kita menutup beg ini,” ujar Huson. Gaya beg yang boleh dipakai silang pada badan ataupun terus diletakkan pada bahu memberikan rasa stail yang lebih bebas.

Lanjutan dari kempen # MAKEAPROMI­SE, Louis Vuitton menghadirk­an rekaan baharu sebagai usaha memperkasa­kan kesedaran terhadap golongan kanak- kanak yang kurang bernasib baik di seluruh dunia. Gelang Silver Lockit direka warna biru pastel, merah jambu, hijau dan hitam, menjerit rasa mewah dengan sentuhan feminin. Gelang dilengkapi butiran ikonik ‘ padlock’ serta kemasan logo LV. Doudou Louis, patung beruang Louis Vuitton untuk UNICEF berpasanga­n dengan gelang Silver Lockit buat julung kalinya, yang ditampilka­n dalam material kapas. Dibaluti monogram Louis Vuitton pada seluruhnya. Menghidupk­an lagi mata biru Doudou.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia