SELAMATKAN KULIT, INILAH ERA SKINIMALISM
Trend Skinimalism kebarangkalian berada dalam ritual penjagaan kecantikan anda. Skinimalism adalah mengenai rutin kecantikan yang terlaksana secara minimal. Let your natural skin texture shine through. Inilah masa yang sesuai untuk fokus kepada barisan produk yang diperlukan sahaja dan mulakan hari baru tanpa rangkaian produk yang bermacam- macam langkahnya. Covid- 19 mengajar kita untuk terus berada dalam keadaan bersederhana dalam segala segi, baik dari segi ekonomi, sosial mahupun kesihatan.
Sejak tahun lalu, kita dibiasakan hidup di rumah segala aktiviti hanya dilangsungkan di rumah. Inilah penyebab utama kenapa generasi masa kini berubah arah kepada skinimalism. Secara tidak langsung memberi ruang untuk kulit bernafas seketika, bebas dari molekul kotoran dan juga inilah waktunya menyerlahkan kulit asli.
Percaya atau tidak, jika anda kurangkan barangan solekan dan produk penjagaan kulit , kita sebenarnya dapat menyelamatkan bumi dari terus tercemar. Tidaklah saya menyarankan anda untuk buang segala produk yang ada, tetapi ada sebaiknya jika produk itu bersifat multifungsi. Tahun 2021, trend ini semakin meraih perhatian dunia apabila mereka yakin tampil berwajah bareface atau unfi ltered! Tiada lagi yang ingin berlumba tampil dalam solekan tebal dan penuh atau ‘ mengukir’ pipi setajam mata pisau hanya ingin tampak efek tulang pipi dan dagu runcing.
Saya sendiri mempraktikkan trend skinimalism ini kerana ianya mudah dan senang. Tidak perlu lakukan rutin double cleansing atau seven- step nighttime! Kerana produk yang ditampilkan oleh jenama kecantikan kebanyakan hadir dengan formulasi multifungsi lebih inovatif ciptaannya. Formula anti- penuaan seperti retinol, bakuchiol alternatif atau prebiotik bakal menemui kita untuk tahun ini. Seperti di belakang tabir peragaan musim panas/ bunga 2021 di Alberta Ferretti, Paco Rabanne, Jacquemus dan Jason Wu kebanyakan idea solekan dandanan adalah minimal dan glowy. Just embrace the real you!
“Elemen solekan romantis, feminin dalam helaian koleksi Musim Panas/ Bunga 2021,” — ALBERTA FERRETTI