GLAM (Malaysia)

GODAAN OLFAKTORI MEWAH

-

Siapa yang tidak tergoda jikalau dilayangka­n haruman serba mewah lagi eksklusif. Setiap semburan tercipta momen indah seperti berada di alam kayangan. GLAM bariskan pilihan terbaik wangian mesti anda miliki masa kini.

LE LION DE CHANEL

Haruman Le Lion De Chanel lambang keperibadi­an terunggul yang membawa tuah. Ilham disebalik simbolik astrologi milik Gabrielle Chanel ( Leo) mencetus aroma terbaru untuk Les Exclusifs De Chanel. Kisah disebalik kehadiran haruman Le Lion De Chanel bermula apabila dia mengikuti kembara bersama sahabat karibnya, JoséMaria Sert dan isteri, Misia ke Venice sekitar tahun tahun 1920. Disebalik kesibukan bandar serba artistik ini, dia kembali bangkit dengan lebih bertenaga ibarat simbol peribadiny­a. Ramuan eksklusif seperti bergamot, vanilla serta esensi Labdanum menyerlahk­an keperibadi­an Le Lion De Chanel.

GUCCI GUILTY

Reimaginas­i visi kreatif Alessandro Michele yang membawa kepada koleksi wangian Gucci Guilty Eau de Toilette Pour Femme. Wangian ini adalah inspirasi kepada wanita yang ingin mencari kebebasan dalam cinta dan ekspresi diri. Turut menampilka­n wajah kempen pasangan duo Lana Del Rey dan Jared Leto yang mencetus momen tersendiri. Haruman lilac petal, buah mandarin, citrus twist, Amber notes, Patchouli dan Pink Pepper beri mood kesegaran berpanjang­an.

LUCKY TOILE DE JOUY

Maison Christian Dior menampilka­n koleksi terhad Toile De Jouy untuk tiga haruman terpilih iaitu Lucky, Gris Dior dan Holy Peony. Lucky disifatkan sebagai pembawa tuah rumah Dior dan Lily- of- the- Valley. Kaya dengan haruman white fl ower dan nota Lily- of- the- Valley. Dibalut kemas dengan rekaan ekslusif dari arkib Dior melalui cetakan Couture Chic Toile De Jouy.

 ??  ?? GUCCI GUILTY
GUCCI GUILTY
 ??  ?? LUCKY TOILE DE JOUY
LUCKY TOILE DE JOUY
 ??  ?? LE LION DE CHANEL
LE LION DE CHANEL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia