GLAM (Malaysia)

SOLEKAN INOVATIF SECARA VIRTUAL

-

Tiada lagi bertentang mata secara fizikal, kini segalanya secara laman maya. Pengarang cecantikan GLAM, Julia Azman memenuhi jemputan secara virtual untuk menemubual bersama pengasas Anastasia Beverly Hills, Anastasia Soare dan anak perempuann­ya Claudia Soare serta mengikuti Virtual Masterclas­s bersama jurusolek terkenal Hung Vanngo untuk Laura Mercier.

ANASTASIA BEVERLY HILLS CIPTA BROW FREEZE

Untuk koleksi musim bunga 2021, Anastasia Beverly Hills menampilka­n barisan produk riasan untuk muka, alis kening dan bibir. Ciptaan tahun ini fokus kepada formula baru lebih inovatif. Solekan lebih fresh dan neutral. Antara koleksi terbarunya adalah Brow Freeze, Iced Out Highlighte­r dan Crystal Lip Gloss & Diamond Lip Gloss.

TIGA TRIK SOLEKAN ILHAM ANASTASIA SOARE:

Brow Freeze Calling for brow lovers! Yang impikan bentuk kening seperti yang nampak semula ajdi dengan efek bulu kening lebat ke atas, Brow Freeze adalah brow styling wax. Sesuai untuk semua jenis ton kulit, formulanya hanya menggunaka­n wax jernih dan tahan sepanjang hari. Hanya gunakan berus spoolie dan sapukan wax pada kening anda, lalu disisir rapi bulu kening dan rata ikut keselesaan.

Iced Out Highlighte­r Serlahkan wajah dengan bedak iluminasi kulit secara multi- dimensi untuk efek perfect glow. Iced Out Highlighte­r ini mudah dikendali dengan sekali sapuan pada tulang pipi kerana formulanya buildable intensity dan meninggalk­an efek luar biasa.

Crystal Lip Gloss dan Diamond Lip Gloss Ucapkan selamat tinggal kepada pengilat bibir melekit! Dengan formula inovatif ini Crystal Lip Gloss dan Diamond Lip Gloss mudah disalap tanpa meninggalk­an kesan comot dan bibir tampak berkilat seperti kaca. Samada dipakai secaran sendirian atau di atas lapisan gincu untuk ekstra berkilat.

 ??  ?? ICED OUT HIGHLIGHTE­R
BROW FREEZE
CRYSTAL LIP GLOSS
ICED OUT HIGHLIGHTE­R BROW FREEZE CRYSTAL LIP GLOSS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia