GLAM (Malaysia)

SEMBANG CANTIK BERSAMA DR. NANCY IILAYA

-

Masalah kulit kering kini terawat dan lebih terkawal dengan krim pelembap Kiehl’s Ultra Facial Cream. Sejak mula diperkenal­kan pada 2005, krim ikonik pilihan ramai ini masih kekal berada di pasaran. Kali ini, formulanya diperbahar­ui dengan ramuan disukat dengan rapi demi hasil nan mujarab.

APAKAH TREND TERBESAR YANG ANDA LIHAT DALAM PELEMBAP? Dalam memperkena­lkan sebuah pelembap baru perlu anda elemen tekstur berbeza yang lebih efisien. Seperti tahun lalu, pilihan tekstur emulsi air dan krim gel bersama bahan penghidrat yang tinggi seperti fermentasi, gula dan asid poli hidroksi di samping penambahan asid hyaluronic, minyak botani dan glycerin menjadi permintaan tertinggi. Krim Ultra Facial tidak ketinggala­n dalam menampilka­n formula berkesan yang kaya dengan kelembapan berkhasiat, cepat serap dan tidak berminyak.

KENAPA UFC SANGAT UNIK ? Anda perlu memiliki UFC adalah kerana formulanya memberi kelembapan dalam jangka masa yang lama dan teksturnya yang ringan sesuai dipakai untuk setiap musim. Tekstur unik krim Ultra Facial terhasil dari pemilihan dan pengimbang­an bahan- bahan seperti emusi berasas gula, olive derived squalene dan glacial glycoprote­in. Pakar Kimia Kiehl’s telahpun membuat ujikaji dengan menggabung­kan ke semua bahan ke dalam satu formula. Glacial glycoprote­in adalah bakteria yang membiak di extremophi­le Antarctica. Keunikan bakteria ini mampu mengekalka­n kuantiti air pada dasar kulit.

ADAKAH KRIM PELEMBAP UFC BOLEH BERTINDAKB­ALAS DENGAN CUACA PANAS

DAN SEJUK?

Ya. Kuncinya adalah pada formula unik kami. Krim ini mampu bertindakb­alas dalam dua cuaca berbeza. Kehebatann­ya adalah menarik kelembapan ke kulit dari persekitar­an dan mengurangk­an kadar kelembapan pada masa yang sama. Untuk iklim sejuk, kulit lebih terdedah dengan kehilangan air secara maksima. Oleh itu, UFC mengembali­kan kesimbanga­n kelembapan kulit dengan serta- merta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia