GLAM (Malaysia)

SEMBANG CANTIK BERSAMA DR. DENNIS GROSS

-

Your best skin starts with the peel! Explorasi menyeluruh kaedah pengelupas­an kulit muka adalah rahsia kulit secantik bintang ternama. Tidak selamanya kekal dalam formasi kulit sempurna. Apabila umur semakin meningkat, kulit memerlukan bantuan segera. Pakar dermatolog­i, Dr. Dennis Gross setelah membuat kajian beberapa tahun dalam biologi sel dan kesihatan kulit berpendapa­t bahawa kolagen pada kulit mula berkuranga­n ketika berumur pertengaha­n 20- an.

KENAPA ALPHA BETA DAILY PEEL WAJIB DIGUNAKAN DALAM RUTIN PENJAGAAN KULIT?

Kulit muka yang mempunyai pelbagai masalah adalah disebabkan lapisan sel mati dah berada pada permukaan kulit. Oleh itu, Alpha Beta Daily Peel sangat disarankan kerana ia dihasilkan tiga jenis mengikut kesesuaian jenis kulit antaranya Ultra Gentle, Universal dan Extra Strength. Jika kulit jenis berminyak dan punya komplikasi ketara, pilihlah Extra Strength, jika kulit jenis sensitif, kering dan tidak pernah melakukan proses pengelupas­an, pilihlah Ultra Gentle dan kulit jenis pertengaha­n hiper pigmentasi sesuai memilih Universal.

APAKAH SOLUSI TERBAIK UNTUK MASALAH KULIT JENIS KERATOSIS PILARIS?

Keratosis Pilaris adalah masalah kulit badan yang mempunyai tompok kering dan permukaan kulit menjadi kasar dan keras. Namun, ia tidak memberbaha­ya. Oleh itu, Alpha Beta Exfoliatin­g Body Treatment diperkenal­kan untuk membantu anda menyelesai­kan masalah secara di rumah. Mengandung­i AHAs ( Glycolic Acid, Lactic Acid dan Citric Acid) dan BHAs ( Salicylic Acid), Exfoliatin­g Enzymes ( Bromelain dan Papain), Biodentica­l Hydrators ( Hyaluronic Acid, Squalane, Saccharide, Isomerate, Phospholip­ids, Copper PCA dan Zinc PCA dan terakhir Bakuchiol. Bahan aktif membantu setiap bentuk masalah kulit.

BOLEHKAH ALPHA BETA EXFOLIATIN­G BODY TREATMENT DIGUNAKAN SELEPAS RAWATAN WAXING?

Boleh, tetapi selepas dua hari rawatan waxing. Ini kerana kulit yang telah melalui rawatan dikhuatiri berada dalam keadaan lembut dan rapuh. Biarkan selama dua hari sebelum menyapu Alpha Beta Exfoliatin­g Treatment.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia