GLAM (Malaysia)

INVENSI RUTIN CANTIK

-

Dunia kecantikan semakin agresif dalam menampilka­n produk mengikut kesesuaian pengguna masa kini. Lebih singkat rutinnya.

Kolaborasi cantik Aesop dan RÆBURN telah mencipta perubahan dramatik dalam mencapai regimen penjagaan diri melalui koleksi edisi terhad The Adventurer Roll Up yang direka khas untuk kegunaan penjagaan rapi tangan yang membawa kepada tiga produk pilihan iaitu Resurrecti­on Rinse- Free Hand Wash, Resurrecti­on Aromatique Hand Balm dan yang terbaru Resurrecti­on Rinse- Free Hand Mist. GLAM dekati Christophe­r Raeburn dalam sesi temubual ringkas.

APAKAH INSPIRASI KOLABORASI INI THE ADVENTURER ROLL UP? Saya sangat obses dengan peta, sudah menjadi kelapangan masa mencari peta untuk diletakkan dalam arkib. Terdapat dua geografik yang digunakan dalam projek istimewa ini iaitu peta aeronautic­al tahun 1960 oleh Royal Air Force dan salah satunya kawasan takluk Borneo dan Laut Jawa. Kedua peta Aral Sea yang pernah saya gunakan sewaktu membuat A- level.

APAKAH CABARAN

DALAM MENGHASILK­AN PRODUK SERBA INOVATIF?

Penularan pandemik Covid- 19 sebenarnya telah membuatkan hubungan saya dengan Aesop bertambah erat. Namun, untuk menghasilk­an satu produk global yang menggabung­kan dua elemen bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap proses dilalui dengan teliti, dari penghasila­n sampel hinggalah ke produk yang anda lihat berada di pasaran hari ini.

APAKAH PRODUK ASAS DAN PENTING ANDA DI AESOP? Wangian Rozu! Setiap hari saya akan menyemburn­ya dan kini lebih mudah kerana adanya The Adventurer Roll Up, semuanya mudah untuk dibawa ke mana- mana.

 ??  ??
 ??  ?? CHRISTOPHE­R RAEBURN
CHRISTOPHE­R RAEBURN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia