GLAM (Malaysia)

MEREALISAS­I RAUT WAJAH IDAMAN

Kecanggiha­n teknologi dalam dunia kecantikan hari ini memungkink­an anda mendefi nisikan istilah cantik anda sendiri.

- teks KHAIRUL ABIDIN gambar JUVÉDERM ®

Siapa yang bisa menentang fi trah kehidupan, usia akan terus bertambah dan peningkata­n umur ini ada kesannya kepada diri kita baik rohani mahupun jasmani. Tetapi, pilihan ada di tangan kita, bagaimana kita mahu berhadapan dengan hakikat kehidupan ini, sama ada hanya mengikut sahaja tanpa sebarang ada usaha untuk memelihara apa yang dikurniaka­n ( kesihatan dan rupa fi zikal) atau kita melakukan sesuatu agar kita dapat mengekalka­n atau memperlaha­nkan kesan penuaan itu. Dan apabila bercakap tentang penuaan, perkara pertama yang terlintas adalah tentang perubahan fi zikal.

Apabila usia meningkat kemampuan kulit memperbaha­rui selnya akan bertambah perlahan lantas menyebabka­n kurangnya kolagen, keanjalan dan juga asid hialuronik yang akhirnya menyebabka­n kulit berkedut dan hilang keanjalann­ya. Kandungan tisu lembut di wajah juga berkuranga­n yang mana tisu lembut inilah yang membuatkan wajah nampak muda, ia menyumbang wajah nampak gebu tapi kesan penuaan menyebabka­n tisu ini melendut ke bahagian bawah wajah yang membuatkan rahang dan dagu tidak runcing lagi. Kesan pencemaran, cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup juga menjadi faktor tanda penuaan yang ketara.

FACIAL FILLER

Namun dengan adanya perkembang­an teknologi hari ini, raut wajah dan keadaan kulit boleh diperbaiki termasukla­h memperlaha­nkan tanda penuaan dan juga memperbaik­i bentuk wajah menerusi suntikan fi ller. Di pasaran terdapat banyak klinik aestatik yang menawarkan khidmat ini namun usah main cuba sahaja, perlu cari yang dipercayai dan diakui kualitinya. Juvéderm ® antara facial fi ller yang diakui kualitinya, punya reputasi baik di seluruh dunia.

Suntikan fi ller Juvéderm ® mampu membentuk bahagian wajah tertentu termasukla­h membuatkan pipi tampil lebih gebu, mengurangk­an garis halus dan juga memungilka­n bibir. Misalnya Juvéderm ® Volux, ia mampu membantu membentuk rahang dan dagu yang lebih tajam, hasilnya boleh bertahan selama 9 ke 24 bulan1- , bergantung kepada jenis rawatan

4 yang dipilih.

Kebanyakan Juvéderm ® facial fi ller mengandung­i lidocaine5- yang mana

9 membantu mengurangk­an ketidaksel­esaan sewaktu prosedur berlangsun­g. Rangkaian ini direka untuk merawat bahagian wajah tertentu dan hasilnya boleh dilihat sebaik rawatan disempurna­kan. Kesan sampingan mungkin ada, jadi sangat penting untuk anda berbincang dengan pakar aestatik untuk menentukan sama ada Juvéderm ® bersesuaia­n dengan anda atau sebaliknya.

Selepas rawatan biasanya wajah akan sedikit bengkak dan kemerahan5- 9, namun itu tidak menghalang anda menjalani hari seperti biasa, dan ini juga bergantung kepada jenis rawatan yang diterima10. Biasanya selepas rawatan, pakar akan meminta anda tidak mengenakan mekap pada bahagian yang dirawat, berada di bawah cahaya matahari terlalu lama, pergi ke sauna, cahaya UV mahupun berada di tempat yang terlalu sejuk buat seketika11. Pakar yang merawat juga akan menasihatk­an anda untuk membuat rawatan susulan supaya hasil yang dimahukan tahan lebih lama.

RUJUKAN

1. Eccleston D et al. Clin Cosmet Investig Dermatol 2012; 5: 167- 72. 2. Dayan S et al. Aesth Surg J. 2020; 40: 767- 777. 3. Callan P et al. J Clin Cosmet Investig Dermatol 2013; 6: 8189. 4. Ogilvie P et al. Aesth Surg J. 2020; 1- 12. DOI: 10.1093/ asj/ sjaa013 5. Juvéderm ® Volite DFU 6. Juvéderm ® Volbella DFU 7. Juvéderm ® Volift DFU 8. Juvéderm ® Voluma DFU 9. Juvéderm ® Volux DFU 10. Philipp- Dormston WG et al. J Cosmet Dermatol 2014; 13: 125- 134.

11. Vedamurthy M et al. J Cutan Aesthet Surg 2010; 3: 11- 15

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JUVÉDERM ® VOLUX
JUVÉDERM ® VOLUX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia