GLAM (Malaysia)

10 SOALAN!

-

Khir Khalid bukan nama asing dalam lapangan kecantikan tanah air khususnya dunia solekan. Jika ada carta jurusolek di Malaysia, namanya pasti mendominas­i di papan atas. GLAM menemubual­nya, mendapatka­n pandangann­ya apa yang ‘ in’ apa pula yang ‘ out’ untuk musim ini.

Apakah gaya asas solekan untuk 2021? Penggunaan antara primer dan bedak asas yang sangat minimum kuantitiny­a. Lagi sikit yang dicalit, lagi bagus.

Bedak asas cecair atau stik?

Semestinya saya lebih menyenangi jenis cecair, efeknya buat solekan nampak lebih semula jadi.

Bagaimana rupa gaya kening yang malar segar?

Kening yang tidak dilukis atau dibentuk secara berlebihan­lebih.

Yang mana satu lebih ‘ in’ untuk tahun ini, bronzing atau contouring?

Saya pilih permainan bronzer, lebih klasik dan membuatkan solekan lebih seksi. Tapi mesti tahu di mana dan cara melayangka­nnya.

Apakah gaya solekan yang Khir tidak mahu lihat tahun ini?

Permainan solekan yang terlalu sempurna, terlalu detil. Gaya solekan seharusnya bersahaja. Stail solekan yang terlalu ‘ well done’ sudah melepasi tarikh luputnya.

Maskara atau bulu mata palsu? Semestinya maskara!

Yang Khir suka untuk tahun ini, gincu yang dilapisi dengan glos bibir atau tidak?

Glos bibir kini kembali. Sila buang gincu bibir tekstur pusam anda.

Ton gincu merah paling membara untuk tahun 2021?

Saya suka ton wain merah dan plum, bergantung pada ton kulit tetapi saya menyenangi kedua- dua warna yang saya sebutkan tadi.

Apakah produk mesti ada dalam beg tangan setiap wanita?

Terpulang kepada setiap perempuan. Setiap individu itu mesti tahu apa kekurangan dan keperluan untuk pastikan mereka selalu nampak menarik.

Siapakah selebriti Hollywood atau model yang selalu nampak cool dengan solekan?

Jika selebriti saya pilih Jennifer Lopez. Dia dan jurusolekn­ya tahu bagaimana mahu menonjolka­n wajahnya. Dia adventurou­s dalam solekan tapi tidak lari dari landasan identitiny­a. Jika model pula saya sangat sukakan Vittoria Cereti, dia selalu nampak mahal dalam apa jua solekan, wajahnya ada unsur eksklusif, dan saya fikir tidak ramai model masa kini ada apa yang dia ada.

 ??  ?? KHIR KHALID
KHIR KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia