GLAM (Malaysia)

EKSPLORASI DUA RODA

- teks NISA’ HALID

LOUIS VUITTON Kolaborasi antara Louis Vuitton dan Maison TAMBOITE Paris, pakar pembuatan basikal terkenal sejak 1912 menjanjika­n suatu keunikan yang tidak terjangkal dek akal. Kembali memberi interpreta­si desain klasik basikal Maison TAMBOITE Paris, seni buatan tangan ini menampilka­n bingkai basikal yang diperbuat daripada keluli enamel dan krom, diregang dan dilembutka­n, menguatkan basikal dan memudahkan ekspolasri lebih dengan lancar. Ilham signature Louis Vuitton turut tidak ketinggala­n seperti desain corak bunga Monogram pada piring engkol, bingkai berbentuk logo ‘ LV’, pilihan material kulit untuk alas pelana, pelaras hendal dan kabel semuanya berbalut corak ikonik Louis Vuitton. Jangan terkejut, basikal ini memiliki teknologi keselamata­n terbaik kerana sistem pengesanan efektif melalui telefon bimbit. Anda tidak perlu risau lagi basikal mewah ini dicuri. Selain itu, koleksi unik ini juga miliki beberapa pilihan warna mengikut mood dan kegunaan harian anda.

Berbasikal di pinggir kota cipta momen penuh bermakna. It’s the ultimate symbol of freed om! Sambil berkayuh sambil menikmati pemandanga­n indah ditambah manfaat bersenam yang effortless. Trend berbasikal kini mengunggul­i dunia tidak kira dalam kalangan lelaki mahupun wanita. Berpusu- pusu tayangan gambar basikal yang dimuat naik di Instagram termasuk yang baru dimiliki, yang di upgrade dan paling terkini. Dunia fesyen turut tidak ketinggala­n untuk get on the bandwagon dengan memperkena­lkan desain lebih chic dan individual­is. Dari kota New York ke Paris, rekaan basikal melalui jenama fesyen terkemuka cipta perincian menarik untuk generasi masa kini termasukla­h sentuhan pembuatan bespoke, artisan dan seni teknologi.

Imbas kembali momen kembara santai bersama desain terhad basikal yang direka oleh barisan jenama fesyen terkemuka:

HERMÈS

Diperkenal­kan sekitar tahun 2013 rekaan basikal ultra- lightweigh­t dan fiber karbon mendapat sentuhan TIME pengilang terkenal dalam buatan basikal di Paris. Digelar Le Flâneur d’Hermès dan Le Flâneur sportif d’Hermès iaitu basikal sporty city dan bersifat uniseks.

CHANEL

Kayuh penuh bergaya! Pusing keliling bandar bersama sentuhan basikal edisi terhad Chanel dalam paduan kod warna signature rumah fesyen Chanel. Beg Classic Flap Chanel turut kelihatan dijadikan salah satu elemen untuk basikal fesyen ini.

GUCCI

Direka oleh Frida Giannini yang berkolabor­asi bersama pakar pembuatan basikal di Itali, Bianchi. Elemen sporty dikekalkan kerana ia lambang kekuatan jenama klasik ini. Tetapi digabungka­n bersama formasi basikal hidro berona putih dan silver. Sesuai dikayuh sekitar banda dan lebih bersifat gaya hidup.

 ??  ?? PEGGY GOU BERSAMA LV BIKE
PEGGY GOU BERSAMA LV BIKE
 ??  ?? HERMÈS
CHANEL
GUCCI
HERMÈS CHANEL GUCCI
 ??  ?? LOUIS VUITTON
LOUIS VUITTON
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia