GLAM (Malaysia)

WANDERLUST MAYA

- teks MUZAMMIN MUZLAN

Awalnya saya sedikit skeptikal. Tetapi selepas menonton, saya merasakan ini antara siri dokumentar­i kembara yang terbaik. Hos, Joanna Lumley dengan humor British menyusuri Laluan Sutera yang penuh dengan keagungan sejarahnya. Dari Venice, dia mengembara ke beberapa buah negara seperti Turki, Georgia, Azerbaijan dan Iran, sehingga ke sempadan Tanah Besar China dalam siri empat episod yang epik.

Pandemik ini tidak menghalang kita untuk mengembara secara maya dalam meluaskan imaginasi melalui siri dokumentar­i yang akan membawa kita ke lokasi eksotik di seluruh dunia.

Jika anda sukakan misteri dan kelainan, siri Netflix ini sesuai dengan citarasa anda. Dokumentar­i oleh wartawan dan pelakon New Zealand, David Farrier ini meneroka sisi hitam dunia perlancong­an dari Amerika Latin ke benua Afrika. Ia memberikan perspektif berbeza dalam eksplorasi ke destinasi yang berbahaya, unik dan menakutkan seperti sungai nuklear atau hutan berhantu.

Jika rancangan dokumentar­i membosanka­n anda, saya sarankan anda untuk menonton siri kembara bersama pelakon komedi Britain, Jake Whitehall. Dokumentar­i kembara ini menyaksika­n dia mengembara bersama bapanya, Michael ke Thailand, Vietnam dan Cambodia. Perbezaan dua personalit­i antara mereka memberikan kelainan penuh komedi ketika pengembara­an mereka.

Pelawak dan penulis, Sue Perkins memulakan pengembara­an melebihi 4000 kilometer menyusuri sungai Mekong. Siri dokumentar­i ini meneroka kehidupan dan lanskap di sepanjang sungai yang terpanjang di Asia Tenggara dari Vietnam ke Tibet. Ia turut memberikan kesedaran mengenai impak negatif seperti pencemaran serta pembalakan yang dijalankan kepada penduduk yang bergantung kepada sungai ini sebagai punca rezeki mereka.

Dari Argentina ke Colombia, siri dokumentar­i ini mengikuti lima personalit­i yang berkongsi kisah kehidupan mereka berlatarka­n pergununga­n Andes yang penuh keagungan. Ia membawa penonton mengembara ke benua Amerika Selatan yang dianugerah­i dengan keindahan lanskap semulajadi, dari pergununga­n salji ke padang pasir. Pasti membuka mata untuk menghargai keindahan alam apabila kita kembali mengembara nanti.

 ??  ?? MAGICAL ANDES
MAGICAL ANDES
 ??  ?? JACK WHITEHALL: TRAVELS WITH MY FATHER
JACK WHITEHALL: TRAVELS WITH MY FATHER
 ??  ?? JOANNA LUMLEY’S SILK ROAD ADVENTURE
JOANNA LUMLEY’S SILK ROAD ADVENTURE
 ??  ?? DARK TOURIST
DARK TOURIST
 ??  ?? THE MEKONG RIVER WITH SUE PERKINS
THE MEKONG RIVER WITH SUE PERKINS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia