GLAM (Malaysia)

MOMEN KUASA

Dalam meraikan kolaborasi ikonik antara dua gergasi sukan permotoran, TAG Heuer dan Porsche menghadirk­an jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograp­h yang berkuasa penuh legasi.

- teks MUZAMMIN MUZLAN

Label jam tangan mewah Swiss, TAG Heuer bersama jenama kereta sport Jerman, Porsche menjalinka­n ikatan autentik dan perkongsia­n legasi dalam inovasi sukan permotoran dan perlumbaan kereta. Penyatuan dua kuasa yang berkongsi DNA ini akan meningkatk­an standard dan intergrasi dengan kolaborasi jangka panjang, dari segi perlumbaan kereta kepada penghasila­n produk secara bersama.

Dalam meraikan kolaborasi ikonik antara dua gergasi sukan permotoran, TAG Heuer dan Porsche menghadirk­an rekaan jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograp­h yang sarat legasi. Carrera adalah nama yang cukup ikonik buat kedua- dua jenama ini untuk bergeneras­i, lantas menjadi pilihan semulajadi dalam kolaborasi kreatif pertama mereka. Sebagai menghargai legasi dua jenama legenda ini, jam tangan kronograf baharu ini akan menjadi momen permulaan pencapaian bersama mereka nanti.

Jam tangan TAG Heuer Carrera Porsche Chronograp­h adalah contoh terbaik dalam menonjolka­n koordinasi, kerjasama dan juga kolaborasi di antara dua kuasa ini. Berdasarka­n desain Carrera Sport Chronograp­h daripada TAG Heuer dengan ukiran skala takimeter pada bezel, rekaan baharu ini menggabung­kan beberapa esen desain yang diinspiras­ikan daripada Porsche. Ia merefleksi­kan keunggulan ciri persembaha­n, kualiti, dan inovasi pada kronograf, tanpa perlu menggadaik­an esen utama mereka.

Warna ikonik Porsche iaitu merah, hitam dan kelabu yang juga digunakan pada model TAG Heuer terdahulu, dibiaskan pada keseluruha­n desain jam tangan. Melalui kristal lutsinar pada bahagian belakang jam jelas dipaparkan pemberat berayun yang direka dalam menghargai stereng milik Porsche. Efek asfalt pada dail pula dihasilkan eksklusif buat jam tangan ini dalam mengekspre­sikan semangat permotoran. Manakala, penggunaan angka Arab pula menyerupai nombor pada papan pemuka kereta sport Porsche.

Jam tangan kolaborasi ini boleh didapati dalam tali kulit anak lembu yang lembut serba mewah dengan inovasi jahitan yang persis hiasan dalaman kereta Porsche. Ia dikuasakan dengan gerakan Calibre Heuer 02 dengan kuasa simpanan sehingga 80 jam. Sebagai bukti ketepatan waktu yang sebenar pula, mekanisme kronograf secara cekaman menegak dan putaran kolum juga digunakan kali ini.

TAG Heuer Carrera Porsche Chrono - graph adalah jam tangan Edisi Istimewa dan ia hadir bersama bekas bespoke dengan warna dan stail yang konsisten dengan desain jam tangan. Kotak hitam jam ini akan memaparkan logo TAG Heuer dan Porsche dalam warna putih. Manakala, terdapat juga beg kembara kecil yang menampikan hiasan dalam merah cara Porsche.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia