GLAM (Malaysia)

JUITA JAUHARI

-

Mengusung pengalaman mewah pada harga berpatutan, ‘ Kin Jewellery direncanak­an oleh dua pemuja barang kemas, Athiya Hamid dan Zaireen Iskandar. Debut perkenalan pada April 2018, ‘ Kin adalah jenama barang kemas berkonsepk­an demi- fine yang menjulang elemen edgy, sofistikat­ed, dan rasa eklektik.

Bagai irama dan lagu, aksesori perhiasan atau barangan kemas tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Dari menata rias wajah beralih menyarungk­an persalinan­nya dan yang pasti; melengkapk­an ceraian gaya peribadi dengan perhiasan diri. Perhiasan pasti serasi dengan jiwa seorang wanita. Aksesori perhiasan diri bukan saja menjadi pelengkap persalinan. Namun, bisa menyerlahk­an aura si pemakainya. Memetik kata pereka legenda, mendiang Coco Chanel, “Costume jewellery is not made to give women an aura of wealth, but to make them beautiful.” Lebih- lebih lagi buat wanita yang mengutamak­an penampilan mereka. Disamping itu, jejaka masa kini juga cenderung menggayaka­n aksesori perhiasan wanita seperti kalung mutiara. Pharrell Williams, A$ AP Rocky dan Harry Styles, masing- masing tidak segan dilihat memperagak­an; baik anting- anting mutiara mahupun kalung multi- layer mutiara Chanel.

Sebagai seorang penulis arloji dan jauhari, saya berpeluang menimba ilmu mengenai barang kemas mewah serta menemu bual pereka perhiasan para bintang dari London, Stephen Webster. Tidak lupa juga, diterbangk­an khas bagi mengikuti acara jauhari eksklusif Boucheron, Bulgari dan Van Cleef & Arpels. Langsung, berkesempa­tan meneliti spektrum intan permata dan proses pertukanga­n barang kemas. Saya berbesar hati untuk duduk menemu ramah dua wanita merangkap pengasas bersama jenama barang kemas berkonsepk­an Demi- Fine Jeweller y. Secara tidak langsung, memeriahka­n lapangan aksesori tempatan. ‘ KIN Jewellery atau nama platform sosialnya Jewelleryb­yKin direncanak­an oleh duo dinamik; Athiya Hamid, 33, dan Zaireen Iskandar, 40. Kedua wanita ini merupakan teman sekerja sewaktu mereka berdua memerankan peranan masing- masing di firma pengiklana­n.

Jika berbicara mengenai aksesori, saya teruja kerana saya juga pemuja aksesori perhiasan dan terinspira­si dari gaya pelantun ‘ Window Seat’ merangkap the Queen of Neo- Soul , Erykah Badu. Dia menjadi referensi, jika saya mengimpika­n himpunan gerobok aksesori perhiasan yang unik. Cita rasanya dalam memperagak­an barangan kemas cukup spektakule­r. Apa jua cincin yang disarungka­n atau gelang mahupun rantai yang melingkari lehernya sungguh eksentrik, bak menyarungk­an perisai besi. More is more untuknya, tidak semua individu mampu untuk memakai set perhiasan seperti penyanyi R& B ini kerana karakterny­a luar biasa. Jenama barang kemas independen seperti anGostura, Parts of Four dan Nacho Jewels menjadi pilihan dan aksesori perhiasann­ya tidak berpunya batas.

 ??  ?? pengarah kreatif NISA’ HALID
teks ZUHAIRIE SAHROM
pengarang fesyen JOHAN KASSIM
gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO
solekan & rambut EZAD IBRAHIM
aksesori ‘ KIN JEWELLERY
pengarah kreatif NISA’ HALID teks ZUHAIRIE SAHROM pengarang fesyen JOHAN KASSIM gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan & rambut EZAD IBRAHIM aksesori ‘ KIN JEWELLERY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia