GLAM (Malaysia)

ZAIREEN ISKANDAR

-

Bagi memahami perbezaan antara aksesori fesyen yang juga dikenali sebagai perhiasan kostum dan barang kemas mewah, tidaklah begitu kompleks. Umumnya ia bersentuh dengan material buatannya, dari segi kualiti logam serta perincian batu permatanya. Kemudian, barulah ia dapat ditentukan sama ada perhiasan itu tergolong dalam kategori aksesori fesyen atau kostum; mahupun barang kemas berperinci­an ketukangan halus buatan air tangan artisan. Untuk meneliti lebih lanjut mengenai kategori barang kemas demi- fine yang tersenarai di antara aksesori fesyen dan barang kemas mewah; saya memulakan perbualan bersama Zaireen Iskandar yang berdarah campuran Melayu- Scotland. “Demi- fine adalah himpunan barang kemas yang tergolong dalam ‘ affordable luxury’. Senang kata, berpunya tag harga yang berpatutan dan ianya digarap dari material yang berkualiti tinggi. Barang kemas demi- fine kami merangkumi himpunan Perak 925 bersalut emas kuning Vermeil 14k atau 18k, Emas Merah Vermeil 18k dan Rhodium,” terang Zaireen.

Terang Zaireen lebih lanjut, “Saya dan Athiya menekuni trend aksesori semasa kerana kala itu kami berdua sudah berhenti bekerja kerana mahu fokus menjadi ibu sepenuh masa. Saat itu, kami menemui kategori barang kemas demifine yang mana sedang hangat dibualkan di US dan UK pada tahun 2016. Pendek kata, kami berdua mencapai kata sepakat untuk merencanak­an langkah, menceburi perniagaan aksesori dalam kategori ini. Demi- fine adalah kategori yang duduk di antara aksesori kostum seperti yang kita boleh dapati dari Lovisa, Zara atau dari Chanel yang juga menawarkan himpunan aksesori kostum. Akan tetapi harganya tidaklah semurah seperti aksesori kostum lain. Manakala, barang kemas mewah pula adalah garapan dari rumah jauhari seperti Boucheron, Cartier atau Piaget. Oleh yang demikian, barisan jenama demi- fine perlu menggunaka­n logam berharga seperti perak, emas dan rhodium yang dicelup dengan proses penyaduran yang tebal. Dalam hal ini, lapisan penyepuhan emas perlu mencapai atau lebih dari 2.5 mikron,” tutur anak kelahiran bumi Kenyalang ini.

“Mikron adalah bagaimana kita mengukur penyaduran emas. Demikian, barulah kita boleh memanggiln­ya Gold Vermeil, yang mana merupakan satu teknik penyaduran yang merujuk kepada asas material perak berkualiti tinggi ( tulen atau sterling) yang disalut dengan lapisan emas nipis. Dari segi tahap penyaduran, kita berpunya beberapa kategori seperti gold plated atau gold filled. Semuanya berbeza dari asas komposisi materialny­a. Ada jenama menggunaka­n asas material dari tembaga, loyang atau keluli tahan karat yang dilapisi dengan 2.5 mikron emas 18 karat atau lebih. Itu dipanggil Gold Filled. Berbalik kepada demi- fine yang merangkumi dua logam berharga, yakni emas dan perak. Semakin tinggi kadar karat dan ketebalan lapisan emas, semakin mahal dan berharga barang kemas itu. Sementelah itu, lahirlah ‘ KIN pada April tahun 2018. Sebagai pemuja barang kemas, kami sedari betapa sukarnya kita untuk mencari barang kemas dalam lingkungan harga yang berpatutan lagi berkualiti tinggi. ‘ KIN terlaksana untuk memberi peluang kepada semua untuk mengenali aksesori perhiasan demifine. Di mana merupakan alternatif buat barang kemas mewah beserta aksesori fast- fashion. Kerana jika pandai menjaganya, barisan barang kemas kami mampu bertahan lama,” kata anak kedua dari tiga beradik ini.

 ??  ?? SKAN UNTUK KANDUNGAN EKSKLUSIF
SKAN UNTUK KANDUNGAN EKSKLUSIF
 ??  ?? JUMPSUIT BEROPOL MSGM
JUMPSUIT BEROPOL MSGM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia