GLAM (Malaysia)

ATHIYA HAMID

-

Berbicara lebih lanjut mengenai maksud di sebalik jenama ini, saya mengusulka­n pertanyaan kepada Athiya. “‘ KIN membawa erti famili, saudara dan teman rapat. Kami berdua mengenali sewaktu bekerja bersama. Lalu, hubungan kami menjadi erat dan pertalian ini kini menjabat sebagai rakan kongsi. Dek kerana kami berdua adalah pemuja, pencinta barang kemas. Mesej di sebaliknya adalah untuk berkongsi pengetahua­n mengenai aksesori demi- fine dan kami menjaga hubungan bersama pelanggan seperti sahabat. Buat masa ini hanya kami berdua merencanak­an perniagaan secara sepenuhnya. Koleksi debut kami adalah anting- anting bergaya hoop yang kini menjadi kegemaran ramai dan juga staple piece of ‘ KIN. Ia termasuk hoop dalam pelbagai saiz, reka bentuk dan material pembuatann­ya. Kesemua anting- anting kami sangat ringan, lagi versatil dalam apa jua persalinan dan dijamin bertahan selama bertahunta­hun dengan cara penjagaan yang betul,” tutur Athiya yang sedang hamil anak ketiga.

“Tambahan terbaru dalam famili ‘ KIN adalah rantai dan loket charms. Serangkaia­n loket ini bertatahka­n batu permata natural seperti topaz putih dan batu oniks. Sempurna dipadankan bersama rantai Rolo yang bergaya bold dan disyorkan untuk menggayaka­nnya secara berlapis- lapis. Buat masa ini, kami sedang mengusahak­an barisan cincin dan aneka gelang tangan untuk lelaki dan wanita. Koleksi kami diperkenal­kan secara berperingk­at dan perlahan kerana kami tidak mahu mempertont­onkan terlalu banyak item dalam satu masa. Kami sedang mencuba untuk menyuntik rona ke dalam koleksi kami. Begitu juga, meneliti material baru. Selain itu, kami ingin bekerjasam­a dengan lebih ramai orang lalu melaksanak­an lebih banyak kolaborasi,” terang graduan jurusan telekomuni­kasi dan perniagaan ini.

“‘ KIN adalah jenama pertama yang memperkena­lkan barang kemas kategori demifine di Malaysia. Sebelum itu, kategori ini tidak diketahui secara menyeluruh di Malaysia. Maka, dengan itu kami berasa adalah tanggung jawab kami untuk membantu publik atau pemuja aksesori tempatan untuk memahami apa itu demifine. Secara tidak langsung, mengetahui lebih mendalam mengenai kategori perhiasan diri baru atau cara aksesori baru selain Lovisa; atau apa sahaja yang diproduksi seperti fastfashio­n. Good jeweller y at an affordable price. Secara jujurnya, barisan barang kemas kami lebih bersandark­an dengan gaya klasik. Di mana, ia boleh digayakan dalam apa jua persalinan. If you’ve got a pair of boots on, she can walk out the door . Seperti sekarang saya memakai seluar sweat dan memadankan­nya dengan baju- t bersama slides. Juga, ia mampu melengkapk­an persalinan formal seperti power suit atau sekadar dalam ceraian dress musim panas. Anting- anting hoop dan barisan rantai kami cukup versatil,” kata Athiya memerihalk­an wanita ‘ KIN yang punya kelasnya yang tersendiri.

 ??  ?? DRES FLORAL KOLAR TINGGI KATE SPADE
DRES FLORAL KOLAR TINGGI KATE SPADE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia