GLAM (Malaysia)

SEJENAK BERSAMA SIMONE ROCHA

-

Bertepatan dengan 10 tahun keberadaan Simone Rocha dalam fesyen, H& M mengundang pereka fesyen tersebut untuk mengadakan kerjasama kreatif. Simone Rocha berbual bersama GLAM secara eksklusif untuk mendekati koleksi Simone Rocha x H& M yang bakal menjengah Mac nanti. BAGAIMANAK­AH PROSES KREATIF DILAKUKAN DAN BERAPA LAMAKAH PROSES TERSEBUT DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKAN KOLEKSI SIMONE ROCHA X H& M? Proses untuk mereka koleksi ini mengambil masa selama hampir dua tahun, tetapi idea disebalik koleksi ini dikembangk­an secara semula jadi. Melalui masa yang diluangkan membelek arkib, ‘ melawat’ semula koleksi- koleksi terdahulu, dan mengkaji apakah identiti jenama Simone Rocha yang sebenar? Apakah aspek yang terdapat pada jenama kami yang pengikut kami sukakan? Secara keseluruha­nnya, koleksi ini mengungkap­kan tema dan naratif jenama kami selama ini, yakni sejarah seni, kraf, kewanitaan yang kuat, dan tentunya identiti peribadi saya, serta warisan Irish dan Hong Kong yang terdapat pada saya. Kami buat sebaik yang mungkin untuk melambangk­an identiti Simone Rocha dalam koleksi ini. Proses ini benar- benar meraikan keberadaan sepuluh tahun Simone Rocha dalam industri fesyen.

BERADA DALAM INDUSTRI FESYEN SELAMA SEPULUH TAHUN, BAGAIMANAK­AH PERASAAN ANDA TENTANG PERJALANAN TESEBUT DAN APAKAH PENCAPAIAN YANG DINANTIKAN PADA MASA AKAN DATANG?

Saya sangat seronok membina idea, dan melawat semula ideaidea untuk merangka tema yang baharu. Sewaktu mencipta koleksi ini, rasanya sangat indah pabila dapat mengimbau semula hasil- hasil kerja yang lama serta tahap ketekalan sejak saya mengasaska­n jenama ini. Saya rasa sangat bangga melihat semula arkib dan setelah sedekad beroperasi, saya sedari yang pelbagai butiran telah saya kembangkan lalu membentuk identiti jenama Simone Rocha. Banyak saya tampilkan dalam koleksi ini, seperti mutiara, tulles, corak tartan, dan siluet tertentu. And it was lovely to relieve memories. APAKAH ‘ LOOK’ ATAU ITEM KEGEMARAN DALAM

KOLEKSI SIMONE ROCHA X H& M? Terlalu banyak! Rekaan untuk kanak- kanak sangatlah comel. Dresdres ikonik saya kini hadir dalam saiz mini untuk kanak- kanak. Baju- baju kait kanak- kanak lelaki dan perempuan juga sangat comel dan manis. Saya sering ditanya mengapa tidak mereka baju kanak- kanak? Dan inilah pertama kalinya saya berpeluang mereka pakaian untuk seisi keluarga, oleh itu saya rasa sangat istimewa. Teman- teman lelaki saya juga rasa gembira, kerana mereka juga pernah bertanya kepada saya, bila hendak buat pakaian lelaki pula? Finally, melalui koleksi ini ada sesuatu yang boleh mereka sarungkan. Saya sangat suka pada rekaan kot trench yang diperindah­kan dengan butiran mutiara pada kolar kot. Rekaan perempuan pula, saya sukakan dres tulle yang boleh dilapiskan dengan helaian- helaian lain.

APAKAH PERKARA YANG ‘ MENGEJUTKA­N’ SEPANJANG MEREKA KOLEKSI INI?

Harus diakui yang saya mengagumi sokongan yang telah H& M berikan kepada saya. H& M sentiasa memastikan setiap proses berjalan dalam keadaan yang baik. Mereka bersikap terbuka ketika saya ingin mengembang­kan fabrik bespoke, seperti apa yang biasa saya lakukan untuk koleksi saya sendiri. Bagi memastikan kualiti terjamin secara berterusan. Kami terapkan perhatian dan penjagaan yang sebaiknya dalam pemilihan fabrik khusus koleksi ini, sama seperti apa yang saya lakukan untuk koleksi utama saya sendiri. Saya rasakan tiap rekaan yang terkandung adalah sangat bermakna, dan diharapkan ia akan dipakai secara berterusan selama bertahun- tahun.

HASIL KERJA SIMONE SERINGNYA MENJANGKAU BATASAN ANTARA SENI DAN FESYEN. WHAT IS IT ABOUT THE INTERSECTI­ON OF ARTS AND FASHION THAT INTERESTS YOU?

Bidang seni banyak mempengaru­hi kerja- kerja saya. Saya selalu merujuk sejarah seni atau seni kontempora­ri serta beberapa figura penting yang turut dijadikan rujukan. Seperti Louise Bourgeois, Roni Horn dan jurugambar, Perry Ogden dan Jacob Lillis ( karyakarya mereka turut ditampilka­n dalam koleksi ini). Oleh itu, saya mahukan rekaan saya ada ‘ nyawa’ dan punya kisah tersendiri disebalikn­ya. Bukan sekadar ‘ duduk’ di ruang peragaan tanpa punya mesej- mesej tertentu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia