GLAM (Malaysia)

NORA DANISH REBORN

Percaya atau tidak, 2021 menjadi taruhan terakhir Nora Mohd Danish Hanif bermain di dalam liga usia 30an, she is turning 40 tepat pada jam 12 pagi, 7 Mac 2022. Namun wanita yang duduk berhadapan dengan saya ini masih terlalu muda remaja, kulitnya berseri

-

Nora yang mula diperkenal­kan sebagai bakat iklan pelbagai jenama- jenama terkenal pada hujung 90an dan 2000 pantas disuntingk­an sebagai aktres filem dan drama. Puteri, Gila- Gila Pengantin Popular, Khurafat The Series, Mak Cun dan kini Bougainvil­lea antara yang meletakkan Nora Danish sebagai wajah seni yang dikenali membawanya ke persada Indonesia melalui Surga Yang Tak Dirindukan 2, Warkop DKI Reborn: Jangkrik Boss! Part 2 antaranya. Namun titik noktah kerjaya Nora masih jauh lagi, she is still one of the most wanted faces untuk jenama fesyen antarabang­sa dan lokal. Tidak hairanlah dengan wajah yang lawa mulus, pengikut media sosial yang tinggi, an incredible wardrobe, a beautiful family dan masih menerima tawaran watak utama ( dan sebagai gadis muda) there is nothing stopping her. Does life really only begin at 40? And if so, what has she learnt about herself during these tr ying times. This the story of Nora Danish (… so far)

Apa yang Nora paling sukakan tentang diri sendiri kala usia menginjak ke angka 40? “Nora sukakan pemikiran positif, sentiasa bersangka baik dan jauhkan diri daripada segala macam rasa “hitam” yang boleh merosakkan mood kita. Seikhlasny­a Nora juga menjaga luaran sepenting dalaman, daripada bersenam, mengambil jamu dan menjaga diri sebaik mungkin, it also helps to have a lot of love around you, give love and receiving love. Satu tabiat buruk yang Nora cuba untuk hentikan adalah obsesi yang teruk pada telefon bimbit, Nora benar- benar sedar akan tabiat ini ketika menjalani PKP 2020 yang lalu. Nedim akan sibuk bermain dengan permainan video atas talian manakala Nora sendiri ralit dengan telefon bimbit. So we decided to change it and have pockets of time where we simply talk and enjoy each other’s company. Nedim ini orangnya sangat mendengar, cukup mengambil berat dan attentive. A good lockdown partner to have,” membuka perbualan GLAM dan Nora pagi itu sambil di tatarias Syed Faizal dan didandan Ckay Liow.

“Nora dan keluarga begitu paranoid ketika Perdana Menteri mengumumka­n yang kita semua sebagai rakyat yang berpayungk­an bendera Malaysia harus akur pada Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac 2020. Namun Nora dan Nedim mengambil keputusan untuk berfikiran positif dan melalui PKP 2020 dengan berehat bersama keluarga, anak- anak dan tentunya bersama suami. Kami sering ke dapur untuk memasak dan baking bermacamma­cam menu.” Bilang Nora yang akur bahawa suaminya Nedim lebih ligat dan fasih apabila berbicara fasal masakan. “Bukan I tak pandai memasak but I can see he enjoy his time in kitchen, it’s where he feels most at home. Tetapi kadangkala Nedim pinta juga Nora masak resepi kegemarann­ya okay; Sambal Ayam,” sambung Nora lagi sembil tersenyum. Januari 2021 – Perdana Menteri sekali lagi mengumumka­n rakyat perlu untuk melalui Perintah Kawalan Pergerakka­n 2.0. “Kali ini Nora dapatkan merasakan tekanan yang melanda, tentunya ekonomikal, moral dan Nora melihat betapa lumpuhnya industri seni. Nora bersyukur kerana punya perniagaan atas talian seperti Tara Wellness yang membantu untuk kekal menjana pendapatan dan membuatkan jadual kekal aktif dan sibuk. Namun perniagaan pusat kecantikan Karva Salon by Nora Danish banyak tergendala sehingga terhenti, begitu juga restoran Nedim N97 milik Nedim yang cuma dapat beroperasi dengan service penghantar­an. Projek restoran terbaru Kimasu juga terpaksa put on hold for now,” bilangnya panjang lebar.

“It also helps to have a lot of love around you, give love and receiving love.”

GROWING UP WITH NORA

Selain daripada tekanan daripada perniagaan juga Nora jujur mengakui risaukan anak- anaknya yang terpaksa menjadi persekolah­an di atas talian yang tidak konvension­al. “Ia satu proses untuk ibu bapa juga dalam mendidik anak secara homeschool­ing/ atas talian. Ketika mendapat keputusan yang agak corot kala PKP 2020, Nora dan Nedim terpaksa ambil keputusan dan mencari cara terbaik untuk menangani masalah ini. Rasanya pandemik ini tidak akan sudah dalam masa terdekat, ia sesuatu yang kita perlu hidup mengharung­inya, dan kita perlu belajar cara dan gaya hidup yang baru dan bukan sewenangwe­nang masa lalu.” Bila di soal kiranya arena seni dan hiburan dapat bertahan mengharung­i pandemik, Nora melihat ia secara positif dan optimis “Dengan memaksa orang untuk berada di rumah, televisyen dan hiburan menjadi satu aspek penting kala melalui waktu yang mencabar ini. Jadi kebanyakka­n stesen televisyen dan produksi berkejar- kejar mahu sudahkan rakaman untuk disiarkan terus di semua platform tayangan. Namun Nora sedih melihat keadaan panggung wayang yang kini terlampau sunyi, tiada lagi dedaian penonton yang pergi menonton dan menghidupk­an industri seni ini termasuk konsert, teater dan budaya yang lain. Apa yang di risaukan juga adalah perihal tenaga kerja perfileman yang terhenti daripada mencari rezeki untuk keluarga mereka. But I am a believer that it will bounce back soon, maybe not the same way as before but it will bring people back to the cinemas, halls and shows, ” bilang Nora yang cukup optimistik.

Sebagai selebriti berpengaru­h di media sosial yang punya pengikut lebih 7.5 Juta di Instagram ( dan dalam kelompok 5 tertinggi) Nora juga menggunaka­n platform ini sebagai suatu ruangan positif dan kata- kata bangkit semangat untuk pengikutny­a “Semasa berlakunya PKP 2020 dan kini, banyak terbaca perihal kesihatan mental, rasa tekanan tinggi dan depresi yang mengganggu ramai orang. Ini menjadikan Nora cukup risaukan keadaan teman- teman dan all my followers. Alhamdulli­lah Nora dapat menjalanka­nnya dalam rumah yang selesa ditemani keluarga, namun bagaimana pula yang duduk bujang keseoranga­n jauh dari keluarga mahupun yang berhimpit padat dalam sebuah rumah tanpa ruang peribadi. Semua ini boleh contribute to being depressed and that worries me a lot, kerana itu Nora cuba berkongsi sedikit sebanyak positiviti melalui media sosial.” Sambungany­a lagi, “ada masa Nora akan muat naik video bersama keluarga beriadah, berehat mahupun aktiviti keagamaan – namun ada yang mengambil ia sebagai riak ataupun sekadar lakonan. Bagi Nora sendiri masih banyak yang lopong dan tidak sempurna namun ia tidak bermakna Nora tidak mahu memperbaik­i diri, biarlah ia perlahan- lahan namun ikhlas. Media sosial sudah menjadi satu medan yang penting untuk seorang pelakon dan juga selebriti, cara kita menangani dan kemudi kerjaya kita juga bukan lagi seperti waktu Nora baru muncul. Kini semua informasi datang dalam sekelip mata samada ia negatif mahupun tidak. Kita perlu belajar di mana garis panduan antara yang terlalu peribadi ataupun boleh dijadikan perkongsia­n. Nora juga cuba untuk tidak membaca komen- komen kerana tidak mahu ia menjadi suatu yang tidak menyeronok­kan. Mahu belajar untuk lebih bersyukur dan ambil masa untuk hargai semua kurniaan Allah berikan.”

“Apa yang paling dirindukan sebelum Covid 19? Tentunya rindu amat untuk kembara, Bali adalah rumah kedua untuk Nora dan Nedim, dan kami amat merinduiny­a. Sekiranya boleh kembali melawat negara orang, itu pasti destinasi pertama kami,” ujar Nora. Kala wawancara ini dilakukan “Bougainvil­lea” sebuah drama lakonan Nora bersama Intan Ladyana dan Beto Kusyairi masih hangat jadi bicara penonton. “Nora menerima drama ini kerana watak antagonis yang jarang benar diberikan, juga kerana Nora dapat berganding­an dengan Beto yang sememangny­a seorang aktor berkaliber dan Nora hormati selain Intan yang pernah berkerjasa­ma sewaktu drama Puteri dahulu, so it was fun! ” ujar Nora yang turut melihat Mimi Lana dan Elvina Mohamad sebagai barisan aktres muda yang berbakat dan menjamin masa hadapan dunia seni. Terakhir sebelum Nora melangkah keluar daripada studio rakaman GLAM petang itu, we asked her for three personal informatio­n about her, two truths and one lie. “Susahnya mahu jawab, ok here goes 1 – Nedim seorang yang cepat tersentuh dan simpati pada orang, 2 – Sejak mula memandu sehingga kini Nora tidak pernah pam petrol sendiri kerana takut. 3 – Nora jenis orang yang punya memori ingatan yang kuat, semua I can remember! Hahaha, so GLAM readers, you guys decide which is the lie!” Kata- kata terakhir Nora sebelum melangkah menuju pintu keluar studio rakaman GLAM lewat petang itu.

 ??  ?? pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan SYED FAIZAL dandanan CKAY LIOW teks IQBAQ V AZWAN MUKHTARAM
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan SYED FAIZAL dandanan CKAY LIOW teks IQBAQ V AZWAN MUKHTARAM
 ??  ?? KOT LABUH DENIM DENGAN CORAK BUNGA COACH.
KOT LABUH DENIM DENGAN CORAK BUNGA COACH.
 ??  ?? DRESS TIE- NECK DAN BEG PILLOW TABBY DI COACH.
DRESS TIE- NECK DAN BEG PILLOW TABBY DI COACH.
 ??  ?? BAWAH: KOT TRENCH DENGAN BEG BAHU THE COACH ORIGINALS.
BAWAH: KOT TRENCH DENGAN BEG BAHU THE COACH ORIGINALS.
 ??  ?? KANAN: BLAUS SUTERA DAN BEG PILLOW TABBY TERBARU DI COACH.
KANAN: BLAUS SUTERA DAN BEG PILLOW TABBY TERBARU DI COACH.
 ??  ??
 ??  ?? KIRI: BLAUS SUTERA, SELUAR KULIT, KOT TRENCH DAN BEG BAHU THE COACH ORIGINALS. TERBARU DI COACH.
KANAN: KOT LABUH DENIM DAN BEG BAHU DENGAN CETAKAN MONOGRAM.
KIRI: BLAUS SUTERA, SELUAR KULIT, KOT TRENCH DAN BEG BAHU THE COACH ORIGINALS. TERBARU DI COACH. KANAN: KOT LABUH DENIM DAN BEG BAHU DENGAN CETAKAN MONOGRAM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia