GLAM (Malaysia)

ZUL ARIFFIN BARES IT ALL

-

Zukifli Bin Ariffin, berbintang Scorpio ini sedari kemunculan­nya dahulu lebih gemar dan mahu dikenali atas portfolio dan hasilan kerjayanya disebalik cerita- cerita tabloid yang tidak punya substance dan does nothing for the industry. Sejujur ini kali pertama penulis duduk dan berbual lama sama aktor wajah hadapan GLAM LELAKI kali ini, dan prasangka tentang Zul Ariffin being someone that is difficult to approach and talk to has been changed, he has a lot to say dan kami duduk berbual hampir satu jam berbicara fasal tenatnya dunia seni, golf, what he eats during lockdown dan sehingga why he thinks people fear him.

Ada yang bilang Zul tidak peramah dan mereka risau untuk mendekati Zul, mungkin kerana wajah Zul yang tampak serious – terima kasih to my father for this face, I inherit it from him. Tapi kerana wajah inilah Zul dapat lihat personalit­i seseorang itu sekiranya mereka ikhlas atau tidak untuk berkawan atau punya motif yang lain. Berada dalam industri ini banyak pihak yang mahu mengambil kesempatan and I try do not get involved dengan all this and simply let my work speak for itself,” ujar Zul Ariffin.

Kala sesi penggambar­an ini berlangsun­g, Perintah Kawalan Pergerakka­n 2.0 sedang berjalan dan sekali gus menghentik­an ajnas jadual aktor ini “Zul sedang dalam proses rakaman drama bersiri bersama Astro, namun ia terpaksa direhatkan sementara buat waktu ini demi mematuhi PKP 2.0. Selain itu Zul juga punya dua filem yang sepatut sudah boleh dirakam juga terpaksa pushed back to an uncertain date. Personally, I do not see it ( the movies) being finished anytime soon kerana Zul tidak pasti di mana ia akan ditayangka­n pun, kerana pawagam- pawagam masih tutup dan tiada kepastian sekiranya ia akan dibuka semula. Industri perfileman kita dalam bahaya dan tiada siapa dapat merancang sekiranya ia boleh bangkit semula. Zul sudah teruja mahu bawa watak dalam filem ini, namun kita lihatlah sekiranya ia bakal disambung selepas ini. Ada beberapa titles yang sudah tamat dan siap masih mencari tempat untuk ditayangka­n. Berlainan pula dengan rakaman drama bersiri dan telemovie, FINAS banyak membantu produksi mendapatka­n pelepasan untuk rakaman kerana perlukan konten untuk ditayangka­n di televisyen, platform atas talian tidak segah dengan rancangan lokal jika dibandingk­an dengan rancangan antarbangs­a, orang kita masih suka menonton drama melalui kaca TV,” ujar Zul yang merasakan PKP 2.0 ini lebih mencabar jika dibanding dengan yang berlangsun­g pada 2020.

“Morale orang ramai rendah dan terganggu, jika dahulu kita dapat rasakan positiviti dan semangat orang dalam menyokong industri perniagaan kecil, restoran dan perniagaan atas talian lebih aktif berbanding kini. Orang rasa tidak secure dan lebih mahu menabung lebih kerana risaukan ketidak pastian ini. Ambil keputusan untuk mencuba sesuatu yang baru, mungkin mahu mulakan perniagaan baru. Ia tidaklah boleh dilakukan dalam sekelip mata, it’s something I have to really sit down and plan properly. Selama ini Zul hanya beri fokus pada aspek lakonan sahaja dalam dunia seni, kini sedang berjinakji­nak dengan bahagian busines dan marketing side of it, Zul sedang seronok dijemput hadir ke majlis- majlis fesyen yang berlangsun­g dengan SOP yang ketat baru- baru ini, it’s a new experience for me dan Zul seronok dapat bertemu dan berbual dengan penggiat industri fesyen yang berkait rapat dengan arena seni hiburan. Apa yang Zul boleh beri sokongan sekiranya punya masa lapang then I will attend, it’s fun and something I am looking for ward into working closely with.”

PENTINGNYA SUPPORT SYSTEM

“Setelah 13 tahun dalam dunia seni, Zul tidak pernah jangkakan akan berada di tahap ini, pada usia 35 tahun ini Zul tidak mahu hanya menjadi seorang pelakon untuk 15 tahun lagi, percaya atau tidak sebagai seorang pelakon kita banyak ketinggala­n dan berjauhan dengan keluarga, teman dan hari- hari penting mereka seperti perkahwina­n ataupun ulang tahun kelahiran kerana kadang- kadang Zul sibuk di lokasi atau kembara kerana tugasan. You miss out a lot from life, and I do want to slow down and possibly settle down, ini pilihan peribadi Zul untuk berniaga dan buat diri sendiri bahagia,” ujar Zul.

Adakah it is time to end your single life? “… Sejujurnya Zul tidak bagus bercerita tentang hal- hal peribadi, lebih suka biarkan kerja yang berbicara dan Zul mahu fokus sebagai seorang aktor dan bukan seorang selebriti, it’s not that I am not enjoying it but I think my personal life is not a concer n for anyone. Lagipun Zul bukan lah seorang yang romantik dan pandai mengampu, I am ver y straight for ward and like to tell it as it is. Namun siapa yang suka bersendiri­an bukan? Dalam jangkamasa lima tahun lagi Zul mahu berkahwin dan sudah punya anak sendiri, this is what I personally see for myself in the next five years, kalau tak menjadi mesti stress!” katanya sambil tertawa besar.

“PKP 2.0 juga memaksa Zul untuk benar- benar reflek pada diri sendiri kala di rumah sendirian, tidak hairanlah ada sesetengah orang yang melalui depresi kerana tidak punya a good support system. Zul rasakan semua orang punya depresi, ia terbina selepas bertahun- tahun terpendam, dahulu kita sering sibukkan diri dengan tugasan, keluarga dan jadual yang padat. Namun bila kita terpaksa duduk dirumah, it comes back haunting because there’s too much time in our hands. Sekiranya ada kenalan yang sebegitu, kita harus menjadi ruang untuk mereka luahkan perasaan, usah risau tentang rasa segan atau toxic masculinit­y and behavioura­l sebaliknya dengar sahaja apa yang diluahkan tanpa sebarang penghakima­n. Dalam dunia seni ini ramai sebenarnya yang stress dan mengalamin­ya, tanggungja­wab kita untuk peka pada orang di sekeliling kita,” jawab Zul lagi.

On a lighter note, Zul kini juga menjadi juri tepat untuk Muzikal Lawak Superstar bersama Nur Fazura dan Dato Awie. “Ambil keputusan untuk mengambil tugasan ini kerana pihak Astro merasakan Zul boleh menjadi juri, kepercayaa­n Astro dan tunjuk ajar mereka menjadikan keyakinan buat Zul yang selama ini menguruska­n kerjaya ini sendiri tanpa bantuan pengurus. Astro punya banyak perancanga­n antaranya All Together Now dan beberapa lagi projek,” jawab Zul sebelum menamatkan bual bicara bersama GLAM petang itu, sambal melangkah keluar pintu studio sempat Zul berkongsi trivia “… oh tahu tak dahulu Zul pernah berniaga menjual baju kanak- kanak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan seronok sangat masa itu, tiada stress, tiada komitmen dan rasa bebas.”

“it’s not that I am not enjoying it but I think my personal life is not a concern for anyone.”

 ??  ?? pengarah kreatif AIZAT AIDID
pengarang fesyen JOHAN KASSIM
gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO
solekan SYED FAIZAL
dandanan CKAY LIOW
teks IQBAQ V AZWAN MUKHTARAM
pengarah kreatif AIZAT AIDID pengarang fesyen JOHAN KASSIM gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan SYED FAIZAL dandanan CKAY LIOW teks IQBAQ V AZWAN MUKHTARAM
 ??  ??
 ??  ?? KOT TRENCH DAN BEG SILANG TOURIST DI COACH.
KOT TRENCH DAN BEG SILANG TOURIST DI COACH.
 ??  ?? KEMEJA PAJAMA COACH.
KEMEJA PAJAMA COACH.
 ??  ?? SET BAJU DAN SELUAR PAJAMA, BEG SILANG SERTA KASUT TERBARU DI COACH.
SET BAJU DAN SELUAR PAJAMA, BEG SILANG SERTA KASUT TERBARU DI COACH.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia