GLAM (Malaysia)

NUANSA MESRA ALAM DI RUANG KERJA KEDIAMAN

Ilham baharu untuk anda meneroka kandungan idea dalaman yang mesra alam dan lestari agar ruang kegemaranm­u tampil lebih bergaya lagi sofistikat­ed.

- teks NISA’ HALID gambar COSENTINO

Dek kerana pandemik yang melanda dunia, sebilangan besar rakyat Malaysia bekerja dari rumah bagi menyekat pandemik dari terus berleluasa.

Sesuai untuk anda atau keluarga yang bekerja dari rumah, permukaan Carbon Neutral merupakan amalan baik dari segi kelestaria­n dan pengurusan persekitar­an. Antara yang mengamalka­nnya adalah Dekton ® by Cosentino, permukaan tahan lasak dan boleh dipaparkan di bahagian dalam rumah seperti meja dapur klasik, bilik mandi, di luar rumah, ruang tamu dan juga ruang kegemaranm­u kala ini yakni ruang kerja. Jika sudah sehari suntuk juga makan bulan duduk di rumah, maka secara tidak langsung ia memberi anda ilham untuk memperinda­hkan lagi dekorasi hiasan dalaman agar dapat meningkatk­an mutu pekerjaan mahupun semangat harian.

Apakah Carbon Neutral? Ia merujuk kepada pencapaian pelepasan karbon dioksida sifar. Selalunya dilakukan dengan mengimbang­i pelepasan karbon dioksida dengan menyingkir­kannya melalui pengimbang­an karbon. Maka, untuk anda yang berkarakte­r homebody, biarpun berada di rumah hampir setiap hari namun keselesaan dan keindahan yang berasaskan alam sekitar perlu diberi keutamaan. Keperluan memiliki kediaman sempurna yang mesra alam mampu meningkatk­an mood selesa kala diberi kepercayaa­n oleh syarikat untuk bekerja dari rumah. Bukan sahaja mencapai ketenangan jiwa yang maksima malah, ia membantu memudahkan pergerakan dan tanpa resah memikirkan virus yang sedang melanda dunia. Ilham gaya alam semula jadi dan lestari ini menjadi trend dekorasi yang sering diperkatak­an sejak tahun lalu.

Bagi anda yang mengimpika­n idea hiasan dalaman mesra alam dan lestari untuk ilham ruang kerja kediaman, Dekton ® antara yang terkini mendapat pengiktira­fan. Dengan permukaan ultra kompak yang revolusion­er untuk dunia seni bina dan reka bentuk, campuran bahan mentah yang canggih digunakan untuk membuat kaca, permukaan porselin generasi berikutnya, dan permukaan kuarza. Ia dibuat dengan Sinterized Particle Technology ( TSP) eksklusif yakni proses pemadatan ultra inovatif.

Selain mempunyai sifat teknikal yang unggul, seperti ketahanan terhadap sinar UV, calar, noda, dan kejutan haba, dan penyerapan air yang sangat rendah, Dekton ® dapat mencipta semula semua jenis bahan dengan kualiti yang tinggi. Ia dihasilkan dalam potongan format besar ( hingga 320 cm x 144 cm) dalam empat ketebalan yang berbeza ( 0,4 cm,

0,8 cm, 1,2 cm, 2 cm dan 3 cm). Dekton ® adalah permukaan yang sempurna untuk pelbagai aplikasi, baik di dalam mahupun di luar rumah.

“Pendekatan ini meningkatk­an karakter inovatif kami dan ini meningkatk­an proses dan visi masa hadapan yang mana menggabung­kan prestasi kami dengan matlamat strategik seperti inovasi ( SDG 9), pengeluara­n lestari ( SDG 12), dan tindakan iklim ( SDG 13) ”, Kata Antonio Urdiales, Pengarah Alam Sekitar Cosentino Group. Pengiktira­fan ini disokong oleh projek penguranga­n pelepasan dan amalan baik Kumpulan Cosentino dari segi kelestaria­n dan pengurusan persekitar­an. Pencapaian penting dalam peranan syarikat multinasio­nal Sepanyol dalam memerangi perubahan iklim. Permukaan ultra kompak inovatif Cosentino untuk dunia seni bina dan reka bentuk, kini secara rasmi juga merupakan produk Carbon Neutral.

Apakah pengimbang­an karbon? Pengimbang­an karbon menggunaka­n sistem yang berbeza untuk mengukur dan menilai aktiviti pemancaran dan pengimbang­an gas rumah hijau. Cara lain untuk mengurangk­an pelepasan dan mengejar peneutrala­n karbon adalah dengan mengimbang­i pelepasan yang dibuat di satu sektor dengan mengurangk­annya di tempat lain.

Kesimpulan­nya, Carbon Neutral dapat dicapai untuk keseluruha­n kitaran hidup produk, dari pengekstra­kan bahan mentah dan kiraan pelepasan langsung dan tidak langsung dari kitaran pengeluara­nnya, dari penggunaan­nya hingga akhir hayat produk. Kembara pencapaian­nya didorong oleh langkah- langkah ketat yang diambil oleh Cosentino dalam beberapa tahun terakhir untuk mencapai kecekapan yang lebih besar dari segi tenaga, penggunaan sumber daya, penggunaan elektrik yang dapat diperbahar­ui dan kebijaksan­aan mobiliti yang mampan untuk pengguna seperti anda yang memilih gaya hidup mesra alam dan lestari.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia