GLAM (Malaysia)

ESEN SEORANG WANITA

-

Kita sering sahaja dibelenggu dengan perasaan takut. Sejak kecil lagi sudah ada rasa takut itu - takut pada doktor gigi misalnya. Apabila menginjak lebih tua, perasaan takut ini tidak mungkin akan hilang. Tapi mungkin tidak lagi takut dengan doktor gigi, tetapi t akut dengan apa yang orang katakan tentang kita. Sejujurnya takut itulah yang membuatkan anda lebih bersifat manusia. Saya percaya jika seseorang itu tidak punya perasaan takut, dia bukanlah manusia yang sempurna. Hanya, jangan biarkan takut itu menakluki diri. Kerana jika takut itu menjajah minda, mungkin anda akan tidak pernah rasa bebas.

Takut lawannya adalah berani. Perasaan berani itulah yang perlu dididik agar setara dengan nilai takut. Biarkan ia seimbangm tidak mengapa. Saya pernah diberi nasihat yang jika anda tidak punya perasaan takut, mungkin anda tidak akan berani langsung mencuba sesuatu yang baru. Saya melihat keberanian ini adalah esen paling penting buat wanita sekarang. Bukan bermuka bengis atas berkarakte­r marah. Tetapi bijak meletakkan kakinya di dalam lapangan besar, setanding mereka yang lain. Kini, wanita lebih vokal dalam mendirikan visi dan misi mereka. Namun, angan pandang mereka yang tidak bersuara itu tiada bara apinya. Kerana masing- masing memiliki kekuatan yang berlainan.

Setanding dengan isu The Allure of Fearlesnes­s, kami dedikasika­n penghias utama kepada peragawati terkenal tanah air, Alicia Amin. Dia adalah antara personalit­i lokal yang bijak mengatur bait bicara dalam memperjuan­gkan hal- hal yang dianggap penting buatnya. Jika orang lain masih merasakan taboo berbual tentang kesihatan mental, namun bukan buat Alicia. Tahniah buat Alica yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Doktor Fazran Iqbal - boleh baca bual bicara Hanna B bersama Doktor Fazran eksklusif dalam GLAM. MY. Wanita berani ini juga menambah resumenya sebagai pelakon filem bertajuk Salina!

GLAM terpanggil juga dengan personalit­i penyanyi rap tanah air, Zamaera. Tidak mengenalin­ya secara peribadi dan saya bukanlah peminat genre lagu hip hop. Hanya melihat gambar dalam akuan Instagram miliknya sudah buat saya terpana dengan karakter gadis ini. Z for Zamaera adalah tajuk paling sesuai buatnya. Dia memiliki aura sebagai penyanyi hip hop yang berkaliber. Cukup cintakan muzik ini, Zamaera nekad membawa namanya keluar dari Malaysia untuk lebih dipandang tinggi dalam mencapai kejayaan. Dia juga menjadi penyanyi hip hop pertama membuat persembaha­n di panggung utama Istana Budaya buat Round Festival pafa tahun 2020.

Fesyen juga terus berkobar semangat berani mereka. Tidak lagi memandang pendamik ini sebagai batasan dalam hal melahirkan koleksi baru. Rumah fesyen terus maju mempertont­onkan koleksi adibusana mereka. Walaupun medium yang baru, tanpa penonton tetapi fantasinya menggamit hati. Selak Evolusi Adibusana untuk ketahui enam jenama yang berjaya mencipta drama fesyen masing- masing. Saya masih termimpi- mimpi dengan helaian putih berbalas merah jambu ilham Pierpaolo Piccioli yang disarungka­n oleh Mariacarla Boscono sebagai pembuka acara adibusana Valentino. Cukup effortles t api masih nampak gagahnya. Menzahirka­n harum setanggi esen wanita.

 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia