GLAM (Malaysia)

‘ NORMA BAHARU’

- JUVÉDERM ® VOLUX

JJika dirujuk tajuk di atas, saya percaya 99 peratus daripada anda yang sedang membaca halaman ini mindanya terfi kir tentang cara hidup kita di era pandemik; memakai topeng pelitup muka dan memakai sanitizer. Tapi bukan hal itu yang mahu saya tintakan, sudah bosan, sebaliknya apa yang mahu dibincangk­an kali ini ialah tentang keterbukaa­n masyarakat hari ini dalam hal ‘ buat’ muka.

Menyuntik fi ller, botox atau kolagen bukanlah lagi hal yang perlu disorok- sorok. Malah ia sudah dianggap sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kota. Menyuntik fi ller atau botox misalnya dilihat sebagai satu langkah tambahan dalam rutin menjaga kecantikan. Samalah seperti kita menjaga gigi, memberusny­a setiap hari tidak cukup, perlulah ada fl ossing, scaling dan jika berkemampu­an dipanjangk­an ke langkah memutihkan gigi. Samalah halnya dalam penjagaan kulit, bukan sekadar memakai krim, rutinnya dipanjangk­an dengan membuat rawatan muka ( facial) dan di era baharu ini ditambah dengan langkah menyuntik fi ller atau botox. Jika dahulu pabila usia mencecah 40 tahun barulah hal menyuntik botox atau pembedahan plastik menjengah di kotak fi kiran, tapi itu semua berubah hari Ini. Menurut kajian di United Kingdom, 28 peratus wanita yang membuat prosedur kecantikan tanpa pembedahan adalah datang dari kelompok mereka yang berusia 18- 24 tahun. Hal ini ada kena mengena dengan pendedahan awal tentang prosedur yang ditawarkan, klinik- klinik kecantikan sudah tidak lagi dilihat sebagai kawasan eksklusif, kini lebih mudah diakses. Pertambaha­n ini juga ada kaitan dengan ibu yang datang bersama anak mereka, mereka sama- sama menjalani prosedur. Ramai yang berpendapa­t, dari berhabis duit dengan produk kecantikan yang mencecah ribuan ringgit adalah lebih baik mereka terus membuat suntikan yang jelas- jelas dapat dilihat perubahann­ya, taidk perlu menunggu lama untuk melihat hasilnya. Mungkin ada yang menganggap apa yang saya tulis ini kelakar, tapi inilah hakikatnya. Aplikasi suntingan muka di aplikasi telefon sebenarnya juga menjadi faktor mengapa orang mahu ubah muka. Jika dulu orang yang datang bertemu doktor kecantikan lazimnya menjadikan foto selebriti atau model sebagai rujukan tapi hari Ini tidak lagi. Rata- rata menyunting­nya wajah mereka di telefon dan ditunjukka­n kepada doktor. Bagi mereka rujukan sebegini lebih realistik dan visualnya lebih jelas tentang rupa yang mereka idamkan.

Namun tidak semua orang terbuka untuk melakukan suntikan kecantikan ini. Ada yang beranggapa­n untuk apa mereka menjaga makan, bersenam, tidak merokok atau mnjauhi alkohol andai akhirnya mereka menyuntik ‘ racun’ pada wajah mereka. Malah kepesatan dan lambakan klinik yang menawarkan khidmat ini turut mengundang ragu kepada mereka yang terfi kir mahu menajalani prosedur ini, bimbang tawaran yang berlebihan ini bukannya datang dari mereka yang bertauliah.

Jadi jika anda terfi kir mahu menajalani ‘ norma baharu’ ini, selidik dan fahami prosedurny­a, apa kesan sampingan juga ketahui apa yang sesuai. Tanyakan sebanyak mana soalan kepada doktor kecantikan yang kamu temui, ambil masa, usah terburu- buru.

 ??  ??
 ??  ?? teks
KHAIRUL ABIDIN gambar
GETTY IMAGES & JUVEDERM
teks KHAIRUL ABIDIN gambar GETTY IMAGES & JUVEDERM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia