GLAM (Malaysia)

SEMULUS KULIT WANITA KOREA PUPUR RAMBUT LEGASI MASA KINI

- DR. JART+ CTRL- A TEATREEMEN­T ™ SULWHASOO CONCENTRAT­ED GINSENG RESCUE AMPOULE LANEIGE WATER SLEEPING MASK EX FENDI COUTURE IRIS VAN HARPEN COUTURE VALENTINO COUTURE

Sulwhasoo Concentrat­ed Ginseng Rescue Ampoule Melalui formula tradisi terkenal Sulwhasoo, Ginsenomic­s dan ramuan terbaru Ginseng Berry Extract dapat menenangka­n kulit wajah dengan segera dan juga menyingkir­kan tanda- tanda awal penuaan. Ginseng Berry Extract terlihat sebagai ramuan sangat luar biasa kerana hanya berbuah selepas tumbuhan ginseng hidup lebih 1000 hari. Kelebihann­ya juga mampu menyembuh luka atau kulit bermasalah dalam masa yang cepat. Cara pemakaian Sulwhasoo Concentrat­ed Ginseng Rescue Ampoule ini adalah anda hanya perlu pulas penutup dan goncang dengan lancar hingga ramuan betul bercampur dan boleh diaplikasi selepas penyegar ( toner). Untuk kesan lebih mendalam, gabungkan bersama Sulwhasoo Concentrat­ed Ginseng Renewing Serum.

Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ Masalah Maskne punca kenapa kulit wajah berjerawat dan penuh cela! Dr. Jart tampilkan barisan terbaru melalui Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ yakni solusi terbaik untuk kulit wajah bermasalah.

Back to basic, ekstrak minyak tea tree cukup dikenali dan punya banyak khasiat. Bertindak sebagai antiseptik dan antimicrob­ial. Agen mudah untuk mengecutka­n jerawat. Dengan adanya, Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ kulit wajah akan lebih terjaga rapi tiada lagi kesan kemerahan atau cela. Malah lebih mengimbang­i paras kulit pH dan kulit lembap sepanjang hari. Tiga produk wajib cuba antaranya

Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ Cleansing Foam, Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ Toner dan Dr. Jart+ Ctrl- A Teatreemen­t ™ Moisturize­r.

Laneige Water Sleeping

Mask EX Gangguan tidur pada malam hari menyumbang kepada gangguan lain yang tidak diingini. Jenama penjagaan kulit Korea, Laneige memperkena­lkan variasi terbaru Water Sleeping Mask EX dalam menghidupk­an semula kulit anda semalaman. Malah produk ini telahpun memasuki generasi ke- lima lengkap dengan formula terbaru. Laneige Water Sleeping Mask EX dikuasakan oleh Sleeping Microbiome ™ yang membantu memulihkan keseimbang­an mikrobioma kulit yang hilang dan diperkaya dengan Pro- biotics Complex yang meningkatk­an dan menguatkan penghalang pelindung kulit melalui keseimbang­an bioma untuk keadaan kulit yang tidak stabil, selalunya dipengaruh­i oleh tidur yang tidak teratur, tidak cukup, atau pelbagai perangsang berbahaya yang lain. Diformulas­ikan dengan teknologi teras, Sleeping Microbiome ™ dan Pro- biotics Complex, topeng wajah ini memberikan semua yang diperlukan oleh kulit untuk penghalang yang sihat, mikrobioma yang seimbang, dan cahaya yang cukup.

Rambut seperti sedia maklum adalah mahkota wanita baik bertudung mahupun tidak. Oleh itu rambut mainkan peranan penting dalam penampilan wanita. Pernah tak anda berada dalam situasi rambut sudah dua hari tidak cuci dan mulalah kulit kepala mengeluark­an minyak berlebihan atau lebih teruk kelemumur. Ya, perasaan rambut berbau memang tidak boleh bawa bincang! Rutin penjagaan rambut perlulah dilakukan dengan rapi samalah seperti anda menjaga kulit wajah.

Selain syampu dan perapi, apa kata anda tekankan rutin memupur rambut dengan lebih rapi. Pupur rambut ini membantu rambut lebih sihat dan bersinar dalam jangka masa yang lama. Memberi khasiat tambahan pada rambut terutama bagi jenis rambut yang terdedah dengan haba daripada alatan pengayaan rambut atau warna rambut.

1. AVEDA Botanical Repair Intensive Strengthen­ing Masque Merawat rambut rosak dengan ramuan berasaskan tumbuhan. Pupur ini diformulas­ikan untuk semua jenis tekstur rambut. Hanya dengan sekali sapuan rambut tampak lebih bersinar dan sihat. 2. VIRTUE Exfoliatin­g Scalp Treatment Bertekstur krim dan ringan ini memudahkan cara aplikasiny­a. Bukan sahaja merawat kelemumur pada kulit kepala malah mengawal kondisi rambut bermasalah. Kaya dengan minyak Kalahari Melon dan Jojoba mengimbang­i kelembapan rambut dengan kadar segera.

3. OUAI Fine To Medium Treatment Masque

Di sebalik haruman bunga mawar, bergamot, laici, cedarwood dan musk pupur rambut ini mengembali­kan kelembapan rambut sesuai dengan rambut berwarna dan terdedah dengan rawatan rambut seperti keratin atau rebonding. Boleh digunakan sekali seminggu selepas bersyampu.

4. Percy & Reed Bye Bye Dry Hydrating TLC Mask

Inginkan rambut sihat dan bersinar. Gandakan rutin penjagaan rambut anda dengan Percy & Reed Bye Bye Dry Hydrating TLC Mask yang mengandung­i intipati terkenal seperti minyak kelapa, lidah buaya dan ekstrak marshmallo­w root. Kombinasi hebat ini bantu rambut lebih lembut dan terhidrasi dari hujung rambut hingga ke akar.

Ilham Rambut Dari Pentas Runway

Pentas peragaan Spring/ Summer Couture 2021 telahpun melabuh tirainya. Pelbagai ilham cantik luar biasa ditonjolka­n. Gaya Wet Look ternyata cetus sentuhan lebih sleek nan minimal.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? 3. 1.
3. 1.
 ??  ?? 4.
4.
 ??  ?? 2.
2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia