GLAM (Malaysia)

SKIN SPOTLIGHT

- Teks KHAIRUL ABIDIN gambar DIOR DIOR FOREVER CUSHION POWDER

TTampak asli, selesa dan tahan lama adalah tiga kunci utama dalam senarai semak solekan. Dior merealisas­ikan impian semua menerusi rangkaian Dior Forever, hajat mereka mahu meletakkan wanita pada tempat seharusnya, kata mereka menerusi kempen ini ‘ Put women into the spotlight, where they belong.

Forever’.

Bedak asas Dior Forever juga bedak kusyennya sudah jadi kesukaan ramai wanita seluruh dunia sejak dilancarka­n. Selain kualiti pada tekstur juga kemasan sapuannya, rangkaian bedak asas ini punya banyak ton warnanya menjadikan ia satu rangkaian yang cukup universal. Rangkaian Dior Forever adalah alat solek yang mengandung­i manfaat seperti produk penjagaan kulit. Dior menyuntik lebih kurang 86 peratus ekstrak bunga- bungaan dalam rangkaian ini, yang mana ekstrak inilah yang menjadi kunci utama dalam memastikan kulit kekal lembap dan sihat sepanjang kulit dibaluti bedak.

Tahun ini Peter Philips bersama Dior melancarka­n tiga lagi produk untuk memeriahka­n lagi rangkaian Dior Forever. Antara tiga produk itu ialah Dior Forever Skin Veil

SPF 20, iaitu asas solekan yang punya kualiti lembapan yang lebih ekstrem. Kedua, mereka memperkena­lkan Dior Forever Cushion Powder, bedak kusyen yang boleh dibawa kemana- mana sahaja untuk memastikan solekan nampak segar. Dan yang ketiga ( saya cukup sukakan ini), Dior memperkena­lkan Dior Forever Perfect Fix, iaitu semburan wajah yang menyegarka­n, disemburka­n selepas siap bersolek.

Bedak asas Dior mempunyai formulasi manfaat penjagaan kulit, adakah kita masih perlu menggunaka­n pelembap sebelum memakai Dior Forever Skin Veil SPF 20 diikuti bedaks asas atau kusyen? Dior Forever

Skin Veil SPF 20 menawarkan lembapan sehingga 24 jam. Tapi ia tidak menukar hakikat bahawa pelembap menawarkan lebih lembapan. Bergantung pada jenis kulit, adakalanya perlukan lebih lembapan. Skin Veil menawarkan lembapan ekstrem hasil daripada adunan ekstrak pansy yang cukup terkenal dengan kebaikan dalam kitaran lembapan kulit termasukla­h retensi dan aliran air. Ia mengandung­i agen pelembap yang meningkatk­an penghidrat­an kulit dengan mencipta efek kulit yang anjal.

Beberapa produk yang mengandung­i SPF akan menyebabka­n kulit kelihatan sedikit berkilat, bagaimana pula dengan Dior Forever Skin Veil SPF 20? Dior Forever Skin

Veil SPF 20 mempunyai kemasan bersinar dan bukan kemasan berkilat dan ini kerana gabungan manik- manik mikro yang menyerap sebum berlebihan untuk kesempurna­an tinggi sepanjang hari dan minyak bertekstur ringan yang membantu formulanya meluncur lembut lantas membukan kulit berseri- seri.

Saya suka kemasan Dior Forever Matte dan Dior Forever Skin Glow setiap kali selepas menyapunya pada kulit kerana ia menjadikan kulit kelihatan sihat dan berseri. Bagaimana saya dapat mengekalka­n kesan ini tanpa aplikasi bedak? Oleh kerana cuaca Malaysia lembab, agak sukar bagi asas solekan bertahan tanpa melapiskan­nya dengan sapuan bedak.

Jika ditanyakan kepada saya, saya suka kesan Dior Forever Cushion Powder, teksturnya halus tanpa warna. Sapuan bedak ini kulit nampak berseri. Dan jika mahu kulit nampak lebih berseri boleh gunakan warna lavender.

Boleh ceritkan lagi tentang idea dan proses pembikinan Dior Forever Perfect Fix?

Idea asalnya ialah mahu mencipta lapisan yang mengunci solekan, sesuatu yang ringan dan mudah begitu juga dengan semburan wajah. Dior Forever Perfect

Fix mengunci solekan dengan mudah, ringan dan punya efek yang menyegarka­n yang mana ia mengandung­i kepekatan air sebanyak 90 peratus. Ia menyediaka­n penghidrat­an dengan segera. Formulanya dikembangk­an untuk digunakan di dalam mikrorople­t yang menghasilk­an rasa segar dalam lapisan tipis bedak asas, membuatkan solekan kekal tanpa membuat kulit terasa berat dan rimas.

Dior Forever Perfect Fix dicipta sebagai semburan untuk mengunci solekan, tapi bolehkah ia dijadikan sebagai semburan sebelum kita memulakan solekan?

Dior Forever Perfect Fix bukan dicipta sebagai semburan sebelum bersolek. Tapi jika kamu mahu menyediaka­n kulit sebelum memulakan solekan, saya sarankan anda gunakan Dior Forever Primer Skin Veil SPF 20. Ia bagus untuk membuatkan kulit nampak lebih berseri.

Boleh kongsikan pengalaman menyiapkan kempen Dior Forever yang baharu bersama Natalie Portman dan Inez and Vinoodh? Bekerja dengan Natalie Portman pastinya satu pengalaman yang menyeronok­an., dia adalah wajah paling ideal untuk produk yang ikonik. Saya sudah 20 tahun bekerja dengan Inez and Vinoodh dan sampai sekarang adalah sesuatu yang menerujaka­n apabila dapat melihat mereka bekerja di lokasi penggambar­an, mereka membuatkan semua orang selesa dan hasil kerja mereka memang mengagumka­n. Apa yang boleh saya simpulkan ialah ‘ ikon merakam gambar ikon’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GLAM MENEMUBUAL PETER PHILIPS, PENGARAH KREATIF DAN IMEJ DIOR, BERBICARA TENTANG KISAH DI SEBALIK PEMBIKINAN DIOR FOREVER
GLAM MENEMUBUAL PETER PHILIPS, PENGARAH KREATIF DAN IMEJ DIOR, BERBICARA TENTANG KISAH DI SEBALIK PEMBIKINAN DIOR FOREVER
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia