GLAM (Malaysia)

BEDAK KUSYEN, BFF BARU WANITA

-

Jika dulu bedak kompak adalah teman baik mana- mana wanita, senang diletak di dalam beg, buat touch up solekan agar wajah tidak berminyak- minyak. Tapi kini bedak kusyen lebih mendapat tempat, selain kerana memenuhi fungsi bedak kompak biasa ia juga lebih selesa dan punya manfaat buat kulit.

Alat solek hari Ini tidaklah fungsinya untuk menutup cela atau mencipta satu karakter, sebahagian­nya sudah dilengkapi dengan manfaat penjagaan kulit. Sesetengah­nya bila kerap dipakai makin bagus efeknya pada kulit.

Nars misalnya banyak menggunaka­n bahan- bahan yang bermanfaat buat kulit dalam rangkaian alat soleknya. Pure Radiant Protection Aqua Glow Cushion SPF 50+/ PA+++ terbaru dari Nars ini menyediaka­n perlindung­an buat kulit dand alam masa yang sama membuatkan wajah berseri- seri.

Bedak kusyen Nars ini mempunyai perlindung­an yang membuatkan wajah yang letih dan tertekan seakan pudar dari terlihat dan dalam masa yang sama melindungi­nya daripada kesan pencemaran dan partikel karbon. Bagaimana ini boleh dicapai, ini kerana Nars membangunk­an formulanya sendiri, NARS 360° Defense Complex yang perlindung­an pelbagai fungsi yang membantu membuat wajah lebih segar dan tidak kelihatan penat atau tertekan. Formula ini melindungi kulit dari cahaya biru dan PM 2.5 yang tidak bagus untuk kulit. Ia juga bagus untuk menyerlahk­an keserian kulit, memperbaik­i ton kulit dan juga mengurangk­an masalah kulit yang kemerahan.

Liputan yang dicipta menerusi sapuan bedak kusyen ini akan membuat wajah lebih bercahaya, ton kulit yang lebih sekata tanpa membuat kulit tidak bernafas seperti sesetengah bedak asas mahupun bedak kompak. Ia juga membuat kulit berasa selesa dan segar biarpun bersolek sepanjang hari. Pure Radiant Protection Aqua Glow Cushion SPF 50+/ PA+++ hadir dengan tujuh warna semuanya.

MENGAPA RAMAI WANITA MENYENANGI CUSHION POWDER?

Bedak kusyen atau cushion powder mula mencetus fenomena sejak beberapa tahun lalu sejak mula diperkenal­kan di Korea.

Pada awalnya sesetengah orang mempunyai padangan skeptikal kepada inovasi ini, namun sedari tahun kebelakang­an ini sudah banyak jenama kosmetik terkenal mengguna pakai teknologi dan pendekatan serupa.

Jadi mengapa ramai orang menyukai bedak kusyen? Apa yang bagus sangat tentangnya?

Pilihan Litupan Biasanya bedak kusyen bersifat ‘ ringan’ dan teksturnya tidak tebal. Namun sebenarnya ia boleh ‘ ditebalkan’ mengkut kesukaan anda. Ia buildable coverage. Jika anda seorang yang sukakan solekan tebal, boleh ditambah berlapis- lapis sapuan.

Tidak mengeringk­an Bedak kusyen hari ini rata- ratanya dimewahkan dengan manfaat yang sama dengen khasiat yang terkandung dalam prodüksiyo­n penjagaan kulit. Biasanya ia tidak mengeringk­an, jadi ia antara faktor penting yang menjadi penyebab mengapa ramai yang sukakan bedak kusyen.

Tampak Semula Jadi Lagi satu yang bagus, dengan formulanya yang ringan ( airy formula), teksturnya tidak tebal biar pun anda perlu touch up berulang kali, wajah anda masih tidak nampak bersolek tebal. Berbanding memakai bedak kompak atau bedak asas ( tidak kira apa jua jenis dan tekstur), jika ditambah berulang kali dari sejam ke sejam akhirnya akan membuat solekan nampak tebal, merekah dan boleh jadi liang kulit tersumbat selesa. Tapi perlu diingat, rajin- rajinlah juga membersihk­an span bedak, walaupun bedak kusyen itu banyak manfaatnya, tapi andai spannya kotor tidak elok juga.

Bagus sebagai pelindung matahari Saya parçaya tidaklah ramai orang yang rajin mengulang sapu krim tabir Suria. Jika dioles pada muka sebelum keluar rumah, memang sekali itu sajalah. Jadi, bedak kusyen adalah jalan penyelamat kepada kulit anda. Ramai Anita yang lebih rajin touch up bedak berbanding menyapu berulang- ulang krim tabir suria. Jadi, bedak kusyen adalah alternatif terbaik.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia