GLAM (Malaysia)

SEMBANG CANTIK BERSAMA MODEL DAN PELAKON, CAHAYA NILAM

- CHANEL LE GEL COAT, CHANEL LE VERNIS

LANGKAH MUDAH MERIAS KUKU DI RUMAH

Menurut jururias kuku, Rachel Yap dari POSH Nail Spa penjagaan kuku haruslah dijaga rapi kerana jika anda punya masalah kulit kering ini akan mengundang masalah kutikel yang teruk dan menyukarka­n proses mewarna kuku. Anda juga boleh melakukan rutin ini di rumah kerana langkahnya mudah.

Gilap Kuku Pastikan kuku benar- benar kering sebelum mula mengilap kuku. Jika ia berada dalam keadaan lembap atau basah, ton warna kuku akan tampak lebih pudar dari warna asal.

Rendam Kuku Sapukan krim tangan pada keseluruha­n tangan dan urut seketika dalam lima minit. Setelah itu, rendamkan kuku anda dalam air suam bersabun selama lima minit untuk melembutka­n kutikle degil yang berada di sekeliling kuku anda.

Kemaskan Kutikle Kuku Tolak kembali cuticle kuku anda dengan menggunaka­n batu kuku basah. Sekiranya mempunyai hangnail, trimkan kuku anda jika tidak jangan klip cuticles kuku anda kerana ia membantu dalam melindungi kuku dari jangkitan.

Oleskan Basecoat Oleskan basecoat pada kuku anda sebelum mengoleska­n warna kuteks pada kuku untuk efek lebih elegan dan tahan lebih lama.

Sapukan Pewarna Kuku Langkah seterusnya adalah dengan mengoles pewarna kuku. Tunggu beberapa minit setelah anda selesai mewarna bagi setiap tangan. Oleskan sebanyak tiga kali kemudian sapukan warna di penghujung kuku anda untuk mengelakka­n kuku tampak cacat.

Oleskan Top Coat Sebagai langkah terakhir, oleskan top coat pada kuku anda yang sudah dioleskan dengan pewarna kuku untuk mendapatka­n efek kuku berkilat.

Bersihkan Comotan Bersihkan comotan pewarna kuku yang terdapat di hujung kuku anda dengan putik kapas yang sudah dicelup dengan polish remover.

APAKAH MAKSUD ‘ BEAUTY POWER’ PADA ANDA?

Jadikan diri lebih yakin dengan gaya diri kita tersendiri tanpa memikirkan apa yang orang luar hendak berbicara mengenai diri anda. Bagi saya, Beauty Power juga adalah perihal kecantikan dalaman diri yang merangkumi perangai, personalit­i dan cara berpemikir­an. Ia sangatlah penting untuk kita menitikber­atkan kerana kebanyakan dari kita adakalanya terlupa mengenainy­a dan hanya memandangn­ya secara sambil lewa.

ADAKAH ANDA BERANI UNTUK KELUAR TANPA SECALIT SOLEKAN?

Ya! Kerana ia sangat selesa. Semakin kurang mekap pada wajah semakin mudah dan cepat untuk saya bersiap. Bagi saya, kadangkala wajah memerlukan ruang untuk bernafas secara natural kerana terlalu banyak kimia yang diletakkan pada kulit wajah akan memberi kesan yang buruk pada masa akan datang. Makeup only enchance your beauty dan tidak akan berubah gaya anda walau sekelip mata.

APAKAH TREND KUKU MENJADI KEGEMARAN ANDA MASA KINI?

Trend kuku paling meraih perhatian saya adalah kuku multirona atau # rainbow nails. Sudahlah berona- roni, malah ia menonjolka­n personalit­i penuh ceria. Mungkin saya akan cuba, tunggu ya!

APAKAH RUTIN KECANTIKAN DAN PENJAGAAN KULIT ANDA?

Rutin kecantikan saya kebanyakan berasas daripada ramuan semula jadi dan organik. Saya akan sapukan minyak kelapa untuk rambut dan losen jenis shea butter pula untuk kulit tubuh badan, kuku dan muka. Saya mempunyai kulit yang sangat sensitif dan cara untuk saya melindungi­nya dengan memilih produk berasaskan semula jadi.

BERAPA KERAP KALI ANDA BERKUNJUNG KE SALON KUKU?

Sekurang- kurangnya dua kali sebulan. Oleh sebab saya mempunyai kulit yang sensitif, kuku juga adakalanya mengalami pengulapas­an yang ketara. Di salon kuku, mereka punya pakar yang akan membantu masalah saya ini dan yang pasti kuku sentiasa bersih.

BAGAIMANA ANDA MENJADI KULIT SEKITAR KUKU DAN TANGAN?

Shea Butter helps keeping my fingers smooth and protected. Saya memang sangat menggemari tekstur shea butter dan ia menyerap kulit dengan begitu efektif. Nasihat saya untuk anda yang memiliki masalah kulit seperti kering, eczema dan menggelupa­s pilihlah produk semula jadi atau anda boleh lihat sendiri jenama penjagaan kulit kepunyaan saya di @ cnpcare.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia