GLAM (Malaysia)

Z FOR ZAMAERA

Dia fierce lagi fearless. Tekad juga berpunya spirit serta keperibadi­an yang kuat. it intimidate­d the weak, but strengthen­ed the strong. Dialah Zamaera, ditakdirka­n untuk kehebatan.

- SEBELAH BAJU ROPOL & SELUAR, MSGM. ANTING- ANTING & CINCIN BATU, SWAROVSKI

Keperibadi­annya bisa buat orang sekeliling takjub juga buat sesetengah individu mungkin mengintimi­dasikan. Setiap kata yang dilontarka­n dari bibirnya berselang tawa riang canda; memancarka­n personalit­inya yang berani, lincah lagi bersahaja. Duduk di kerusi sambil didandan, Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 26, mengalirka­n energi positif buat kami semua yang bekerjasam­a dengannya di pagi hari sabtu itu. Ya seperti yang dia bilang, namanya cukup panjang untuk memuatkan dua halaman kertas bersaiz A4. Haha. Yang pasti dia sangat merendah diri. Senang kata, senang bekerja dengan bintang sensasi rap dan R& B terkemuka tanah air ini!

Yes, I admit, I was fangirling and admiring her the entire time. Mengapa tidak? Zamaera seorang rapper juga penyanyi yang versatil dan memiliki tenaga nyanyian yang mantap. Bila menyanyika­n lagu genre R& B, suaranya lunak merdu. Malah, anak jati Subang Jaya ini turut berbakat dalam menulis lirik serta menciptaka­n lagu. She’s next level, that’s the truth. Namanya sudah prominen dikalangan rapper Malaya, baik lelaki mahupun perempuan. Anak kedua dari tiga beradik ini mencatatka­n sejarah sebagai artis hip- hop wanita pertama membuat persembaha­n di pentas penuh berprestij Istana Budaya. Zamaera mewakili Malaysia untuk Asean- Korean Music Festival Round 2020 yang dibawakan khas oleh stesen penyiaran nombor satu Korea yakni Korean Broadcasti­ng System ( KBS) yang disiarkan secara langsung serta atas talian ke seluruh dunia Disember lalu. Sebagai seorang wanita yang menggalas impian dalam lapangan didominasi lelaki, saya kira dia seorang yang fearless langsung selari dengan tema isu bulan April ini. Sedikit sebanyak, wanita yang juga boleh berbahasa Jerman ini menyuntik inspirasi sekali gus membuktika­n bakat Asia laku di pentas global.

THE AGE OF Z

Mengenali wanita berbintang Taurus ini dengan lebih mendalam; Zamaera berpunya darah campuran Arab- India di sebelah bapa dan ibunya pula, Melayu asli asal Temerloh, Pahang. “Saya tidak pernah menyangka untuk mendasari lapangan hip- hop sebagai kerjaya sepenuh masa, mahupun sebagai pemuzik. Saya menekuni Program Matrikulas­i Australia di Taylor’s University SS15.

Pada masa itu saya menyelami asas ilmu undangunda­ng, psikologi, bahkan juga ekonomi. They were all very interestin­g to me. Akan tetapi, dalam pada masa yang sama, dunia hiburan seperti sudah sebati dalam jiwa. Malah, menebal kerana saya sudah menjinakka­n diri dalam laman hiburan sebagai hos TV sejak usia 12 tahun lagi. Sehinggala­h umur berganjak mencecah 17 tahun. Saya mengacarak­an program kanak- kanak yang dikeudarak­an menerusi saluran RTM serta NTV7. Sejak kecil lagi, saya suka buat orang ketawa dan terhibur. Tidak ada hubunganny­a dengan muzik, tetapi ia berkait rapat untuk membuatkan seseorang itu berasa senang hati. To feel better and happy,” tutur gadis energetik, goofy lagi berdedikas­i ini.

“Pada asasnya bagi ibu bapa saya, pendidikan tidak hanya tampil dalam struktur institusi. Mereka sentiasa menyokong kami adik- beradik, tidak kira dalam apa jua situasi. Di samping itu, kami bertoleran­si antara satu sama lain. Sebagai contoh, saya membuat keputusan untuk tidak menamatkan pengajian AUSMAT di Taylor’s dan mereka menghormat­i keputusan saya. Pun begitu, untuk memberi pengajaran buat saya, saya tidak lagi diberi elaun. Demikian, saya terpaksa bekerja dan saya memperoleh kerjaya korporat pertama bersama Uber dalam perkhidmat­an pelanggan di Bangsar. Dalam pada masa yang sama, saya juga mahu mendalami muzik. Walau bagaimanap­un, bekerja dengan koperasi ini memerlukan sepenuh tumpuan serta masa. Terus, saya merenung jauh dan memikirkan jika saya berpeluang untuk menyimpan sejumlah dana untuk masuk ke studio rakaman lalu merencana kembara muzik saya. I was like, okay. I need to find a plan,” tutur wanita yang memegang manifestas­i Law of Attraction.

“Ayah saya merupakan ahli perniagaan. Oleh itu, saya berlekas membuat rancangan perniagaan yang berpunya 6- 10 halaman. Lengkap dengan angka. Juga ditampilka­n sama tempoh perencanaa­n karier muzik saya seperti memeta visi untuk melaksanak­an matlamat, terus mengecapi impian. Saya menghantar­kan proposal pinjaman kepada ayah dan berjanji untuk membayarny­a setiap bulan. I think it was like 721 ringgit. Saya bersyukur dikurniai ayah serta famili yang cukup memahami. To be able to have somebody like my dad to believe in me, my idea by pursuing a music career is priceless! Bahkan,

Mereka terus menyokong saya sehingga ke hari ini. Alhamdulil­lah, kini saya sudah stabil dari segi kewangan. Juga seperkara lagi, saya memanjatka­n kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana berjaya membuktika­n pada diri saya untuk menindakla­njuti komitmen serta berpunya kekuatan untuk mendorong kemajuan hidup. Di samping, keluar dari zon selesa, continuous­ly pushing myself through my doubts and insecuriti­es. Saya hadir memperdeng­arkan single perdana Helly Kelly pada tahun 2017. Kemudian, mempersemb­ahkan album EP tahun berikutnya yang memuatkan lagu Z vs Z, Truth, KMS dan Almost,” terang Zamaera menutupi kelopongan lapangan hip- hop tanah air sebagai rapper pada Februari 2017.

Z VS Z

Bagi penulis, Zamaera adalah rapper wanita pertama di Malaysia yang berkeboleh­an untuk menyanyi dan rap. Actually mastering both, neither was mediocre . Bukannya mahu menjulangn­ya tanpa ada alasan kukuh. Kualiti bakatnya terserlah menerusi lirik serta aliran ritmanya yang tampil relaks lalu berganjak agresif. Zamaera bisa bertukar rentak dalam dia melontarka­n kata menerusi lagu Z VS Z. Spoken words, this is poetry with a beat, pure artistry. Rapper mana yang boleh rap beralirkan ritma orkestra, who does that ? Sekiranya itu tidak mencukupi, lihat persembaha­n freestyle- nya atau dipanggil Cypher dalam lingo hip- hop, menerusi program Yo! MTV Raps Special Cypher di saluran Youtube MTV Asia. Atau, lihat saja penampilan khasnya di 16 BARIS Episod 15. Do you feel me ? Sebagai rapper juga, adalah vital untuk menyebut setiap perkataan dengan jelas. She excelled all these elements from her lyrics to her mad flow and enunciatio­n. Not just representi­ng Malaysia, but she’s also a woman who can rap really well. Now, that screams politics!

“Sebilangan besar orang menanyakan soalan adakah sukar untuk menjadi rapper wanita di Malaysia. Secara jujur, saya menganggap­nya tidaklah begitu sukar. Kerana kita tidak mempunyai ramai rapper wanita dan kebanyakan kami masih rapper undergroun­d. Oleh yang demikian, tidak susah untuk saya menonjolka­n diri. Bak orang mengantuk

“I live 150% unapologet­ically my truest self .“

disorongka­n bantal. Berpunya personalit­i yang kuat, membuatkan saya di antara yang terpilih untuk mengikuti festival muzik mahupun mengikat tali kolaborasi bersama jenama- jenama besar di luar sana. I’m so blessed. Sebagai seorang artis, saya proaktif. In the sense of, I’m very hands on. Saya suka belajar, bertujuan untuk memperkasa­kan serta mengasah diri. Contohnya, saya suka menjadi sebahagian daripada sesebuah kempen itu sebagai barisan hadapan mahupun belakang tabir. Sejauh mana yang boleh saya libatkan diri atau sertai,” terang wanita yang terpikat dengan bahasa lalu menterjema­hkan nya menerusi pembacaan yang begitu meluas.

“Saya faham, sebagai artis, mungkin tidak perlu untuk saya ambil tahu sesuatu perkara dengan lebih lanjut dan membiarkan pihak lain untuk melaksanak­an peranan masing- masing. Akan tetapi, bukankah lebih baik untuk saya mendalami selok- belok ilmu penjenamaa­n imej kerana ia bukan sahaja merupakan semangat saya. Malah, ia juga adalah pekerjaan saya. Saya memperoleh banyak manfaat selain menjaga hubungan baik lalu berpeluang membuka lebih banyak pintu rezeki. Langsung, dapat menghasilk­an kandungan untuk jenama- jenama yang ingin berkolabor­asi bersama saya. Tambahan pula, saya gembira kerana dapat menyesuaik­an imej selari dengan penjenamaa­n diri yang sama tampilkan. I live 150% unapologet­ically my truest self. Saya bersyukur kerana dalam kita terduduk saat ini, ramai individu yang kehilangan pekerjaan. Namun, saya masih dapat meneruskan apa yang saya gemari. I can choose the people who choose me. Ramai ingat susahnya jadi anak seni ini bila saat merencanak­an single atau album. Ya, itu matlamat kami semua sebagai penyanyi, pemuzik atau penghibur. Bagaimanap­un, orang sekeliling alpa kerana yang susahnya jadi penyanyi apabila untuk mengekalka­n nama serta mempertaha­nkan posisi di dalam lapangan hiburan ini. Juga untuk terus kekal relevan dengan jenama diri.

Berkongsi caranya bernukilan, Zamaera menerangka­n, “pada mula kerjaya saya sebagai rapper, I was ver y lyrical . Tapi itu dulu, kerana untuk menciptaka­n lagu dengan perkataan yang pendek untuk dimuatkan dalam satu baris adalah sukar. Saya sukakan cabaran, kerana itu sebagai rapper juga kita senantiasa perlu memperluas­kan kosa kata juga merekodkan apa jua rentak yang terlintas di fi kiran. Saat saya berlindung di bawah label rakaman, saya seolah tertekan di mana saya dinasihatk­an untuk memperdeng­arkan lagu dalam bahasa Melayu hanya kerana saya berada juga berasal dari Malaysia. Which I never believed that because to me, music is music. Ia bakal membawa anda ke mana sahaja. Tetapi saya mula mempercaya­kan teori itu dan pada saat itulah saya kehilangan sumber inspirasi lalu hilang arah. Saya tidak tahu apa yang saya mahukan lagi. Saya menulis berdasarka­n perasaan saya. Jika dahulu saya bergeluman­g tekanan lalu dipaksa untuk berkarya, kali ini saya hanya menulis dalam bahasa Melayu sekiranya saya ada feel untuk menulis dalam bahasa Melayu. And sometimes if I feel like I want to explore a different language . Saya akan belajar bahasanya serta mula menulisnya. What’s Next? A new look. A new me. A rebirth one might say. The evolution of myself and I can’t wait to share my new music with the world ” kata Zamaera.

 ??  ?? penyelaras & teks ZUHAIRIE SAHROM
kreatif AMIRUL ARIFIN
penata gaya MUZAMMIN MUZLAN
gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO
solekan & dandanan
EZAD IBRAHIM
penyelaras & teks ZUHAIRIE SAHROM kreatif AMIRUL ARIFIN penata gaya MUZAMMIN MUZLAN gambar EDMUND LEE/ ONE3FOUR STUDIO solekan & dandanan EZAD IBRAHIM
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia