GLAM (Malaysia)

APAKAH PERANAN MEDIA SEKARANG?

- teks JOHAN KASSIM

AApakah benar media konvension­al semakin hilang kuasanya? Baru- baru ini, saya ada berbual dengan beberapa individu dari kalangan selebriti. Kami bersembang ringkas mengenai peranan media sekarang. Terutamany­a media yang dikategori­kan konvension­al. Pada saya, peranan media konvension­al semakin berkuranga­n, malahan pula terpaksa mengikut kehendak masyarakat hari ini. What they want, we must follow. Liputan berita atau isu- isu semasa haruslah yang memenuhi kepuasan masyarakat. Apa yang masyarakat hendak, itulah yang akan media sajikan. Peranan serta kitaran media hari ini dilihat sudah terbalik. Media sekarang ibaratnya ‘ disuap’ oleh masyarakat demi memastikan kerelevana­n sesuatu institusi media itu.

Penggunaan media sosial memang tak dinafi kan paling berpengaru­h. Media sosial adalah raja. Bermaharaj­alela dengan hebatnya. Serta kewartawan­an konvension­al bukan semata- mata kaedah sebaran maklumat lagi kerana pengguna media sosial juga ibarat wartawan, 24 jam, tujuh hari seminggu dan ini dinamakan konsep ‘ citizen journalism’ ( kewartawan­an masyarakat).

Ternyata, industri fesyen terkesan besar dengan perubahan baharu ini. There are pro’s and con’s. Realitinya, semua rangkum dalam fesyen hari ini amat bergantung kepada media sosial. Misalnya, sesuatu rekaan yang dihasilkan haruslah dijamin bikin ‘ hype’ atau viral. Harus pastikan infl uencer- infl uencer ‘ review’ koleksi itu. Jika ia viral dan banyak dikongsika­n oleh pengguna media sosial, ia dianggap satu keluaran yang berjaya. Kerana dari ‘ hype’ lah, penjualan sesuatu koleksi itu terjamin.

Lihat sahaja bagaimana, pemain- pemain fesyen sekarang, menghasilk­an kempen video yang megah. Berjuta wang dikeluarka­n demi penghasila­n kempen bentuk digital yang berjaya. Kandungann­ya pula, haruslah yang menjaga sensitivit­i masyarakat, selain kreativiti untuk menarik minat pengguna. Pun begitu, ia mencabar kreativiti fesyen untuk menghasilk­an sesuatu yang unik dan kekal nilai seninya. Pengamal media sekarang harus fi kir apa yang masyarakat mahukan. What do the society want, itulah yang media akan laporkan. Sama juga seperti peranan selebriti hari ini. Mereka terpaksa menurut apa yang peminat mahukan. Jika bertentang­an, habislah nasib mereka. Pasti dikutuk habis- habisan.

Situasi ini sama buat pengamal media seperti majalah dan warta berita. Terpaksa menuruti kemahuan masyarakat juga klien- klien. Apa sahaja yang dimahukan, mereka terpaksa turuti. Demi kelangsung­an hayat sesuatu peranan media itu. Idea dan kreativiti dalam media itu semakin dipandang remeh, semakin kurang dihargai. Ia dilihat sebagai bukan ukuran kepentinga­n lagi. Hmm... apalah nasib media ya?

 ??  ?? HERMÈS
HERMÈS
 ??  ?? COACH KEMPEN FESYEN 2021, MUSIM BUNGA SAYA SUKA. ANTARA YANG & KERJASAMA COACH , JUERGEN JURUGAMBAR MENCIPTA TELLER TENTUNYA IKONIK. MOMEN FESYANG JUERGEN PERSONALLY, FAVOURITE TELLER ARE MY R PHOTOGAPHE
COACH KEMPEN FESYEN 2021, MUSIM BUNGA SAYA SUKA. ANTARA YANG & KERJASAMA COACH , JUERGEN JURUGAMBAR MENCIPTA TELLER TENTUNYA IKONIK. MOMEN FESYANG JUERGEN PERSONALLY, FAVOURITE TELLER ARE MY R PHOTOGAPHE
 ??  ?? STAIL JOSH O’ CONNOR SEWAKTU DI CRITICS CHOICE AWARDS MERUPAKAN PILIHAN SAYA. HE ROCKS THE LOEWE LOOKS EFFORTLESS­LY
STAIL JOSH O’ CONNOR SEWAKTU DI CRITICS CHOICE AWARDS MERUPAKAN PILIHAN SAYA. HE ROCKS THE LOEWE LOOKS EFFORTLESS­LY
 ??  ?? GIVENCHY
GIVENCHY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia