GLAM (Malaysia)

JEMPUTAN GLAM

-

SOFIA HARON Wanita dan kewanitaan menjadi esen penting buat artis seni asal Penang ini. Sofia Haron sering bertanyaka­n tentang bagaimana masyarakat melihat wanita. Baginya konsep wanita itu sudah dinaik taraf menjadi lebih kuat dan berkuasa. Tidak janggal melihat Sofia banyak menjadikan wanita sebagai idea utama seninya. Seperti pamerah solo yang bertajuk Eve di Suma Orientalis pada 2019. Tahun Lalu juga menyaksika­n kolaborasi­nya bersama Alia Bastamam.

WAN RUZAINI WAN JAMIL Wan Mohd Ruzaini Bin Wan Jamil adalah salah seorang pengasas, direktor dan pereka fesyen untuk jenama Rizman Ruzaini Creation. Beliau Memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Reka Fesyen dari UiTM dan turut mula bergiat aktif sebagai pereka fesyen ketika masih lagi menuntut di universiti bersama rakan perniagaan merangkumi sahabat beliau Rizman Bin Nordin pada tahun 2006. Merupakan anak kedua dari tiga beradik yang berasal daripada Taiping, Perak.

CAT YONG Sudah 15 tahun Cat Yong beraksi dalam arena jurusolek. Khidmat magiknya digunakan untuk penggambar­an filem, drama, komersial hingga ke ruangan majalah. Bukan sahaja lincah di dalam negara dengan klien seperti GLAM, Chanel, Dior dan YSL. Yong juga menjadi pilihan produksi luar, seperti menjadi jurusolek buat filem Crazy Rich Asian dan drama terbitan buat United Kingdom yakni Forieng Bodies dan Our Girl.

ERIC CHOW Salah satu jurugambar yang prolifik di tanah air. Menjadi pilihan utama banyak jenama antarabang­sa seperti Louis Vuitton untuk kerja- kerja eksklusif. Eric Chow juga menjalinka­n kerjasama dengan label lokal dan sekitar Asia Tenggara. Empunya diri ini membuka studio gambarnya bernama Blink Studio pada 2006. Lensanya banyak sudah merakam wajah utama tanah air termasukla­h Scha Alyahya dan Vivy Yusof.

RACHEL YAP Ketua kreatif di POSH Nail Spa. Pernah bekerja dalam dunia penerbitan namun memilih karier sebagai juruhias kuku profesiona­l. Berpengala­man selama sembilan tahun dalam industri seni rias kuku.

 ??  ?? SOFIA HARON
ERIC CHOW
WAN RUZAINI WAN JAMIL
RACHEL YAP
CAT YONG
SOFIA HARON ERIC CHOW WAN RUZAINI WAN JAMIL RACHEL YAP CAT YONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia