GLAM (Malaysia)

BUNGA-BUNGA CINTA

Bagaikan dua personalit­i kreatif bersatu jiwa, majlis pernikahan antara Juliana Norza dan Kamal Azraai telah berlangsun­g penuh inspirasi kegembiraa­n dengan diserikan hiasan 30 jenis bunga yang sarat berwarna.

- teks MUZAMMIN MUZLAN

MMomen cinta mereka mula memutik ketika bekerja dalam industri penerbitan majalah. Juliana Natasha Binti Tan Sri Mohamad Norza dan Kamal Azraai bin Dato Khairul Yusni menyedari mereka bukan sahaja memiliki jiwa kreatif yang sepadan, tetapi juga berkongsi personalit­i serta minat yang sama. Dan pada 7 Mac 2021 di St Regis Kuala Lumpur, ikatan cinta mereka akhirnya disatukan dengan disaksikan 90 ahli keluarga dan sahabat terdekat.

Majlis akad nikah membiaskan inspirasi mereka sebagai pasangan cinta. Estetika dua individu kreatif disatukan yang mengekalka­n diri mereka sebenar. Natasha memilih rekaan baju kurung moden renda Perancis sama perincian sarat pada lengan terbuka oleh Nurita Harith. Dandanan ponytail oleh Ckay Liow menjadi pilihan luar kebiasaann­ya, manakala Leen Zakaria menata wajahnya dengan solekan mata ton gangsa bersama garis mata lembut.

Awalnya, majlis akad nikah ini diadakan pada Jun tahun lalu. Tetapi terpaksa ditangguhk­an sebanyak lima kali. Tema majlis diinspiras­ikan daripada tenaga dan keindahan padang rumput liar. Dia yang sukakan perkahwina­n tradisiona­l serba putih, tetapi memilih untuk dikeliling­i dengan letusan warna supaya tetamu dapat merasai energi kegembiraa­n mereka. Juruhias, Farah Hanafi ah menggunaka­n lebih 30 jenis bunga berwarna yang diimport dari Holland dan Perancis. Menurut Natasha, antara momen yang paling diingatiny­a ketika Kamal melafazkan akad nikah dengan tenang, keyakinan dan penuh senyuman. Kedua bapa mereka juga bersama- sama mendedikas­i sebuah lagu yang cukup istimewa. Tidak sempurna majlis perkahwina­n Melayu tanpa nyanyian karaoke bukan?

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia