GLAM (Malaysia)

MENCARI NIKMAT SYAWAL

-

TTahun ini sudah kali kedua kita semua menyambut Ramadan dalam keadaan yang cukup unik. Jika dibandingk­an dengan tahun lalu, Ramadan kali ini mungkin sedikit lain. Ramadan 2020, saya melihat kita semua c u k u p u k h u wah di ant ar a keluarga. Disebabkan t i dak boleh berjemaah solat Tarawih di masjid dan surau, maka Papa ambil inisiatif untuk mengimamka­n solat sunat di rumah sahaja. Kali ini, syukur pada Ilahi yang masjid dan surau kembali meriahnya. Walaupun terhad untuk sebilangan sahaja, namun terasa semula kesyaduhan Ramadan. Kita semua berpusu- pusu ke surau membawa sejadah sendiri. Berkumpul dengan tetangga, serta membawa pulang kudapan sedekah daripada kariah masjid. Semuanya mengikut SOP yang ditetapkan untuk merayakan Solat Tarawih di rumah Allah.

Saya sukakan bulan Ramadan. Rasa cukup aman menjalani hari- harinya. Melihat rakan terdekat membuat projek Ramadan sendiri seperti menderma. Saya turut terpanggil. Alhamdulli­lah , saya membantu mana yang termampu, 30 rumah kebajikan buat 30 hari bulan Ramadan. Inilah projek Ramadan saya tahun ini. Selain itu, saya lihat kita boleh mendapat ilmu di mana jua. Saya kini lebih gemar menonton video 60 saat di Tik Tok dan mendengar wacana ilmu agama yang diperkongs­ikan. Kini ilmu lebih senang kita dapat, selesa di rumah dan hanya perlukan telefon pintar dan data internet. Saya boleh senang kongsikan dengan rakan- rakan, just share the link untuk berkongsi ilmu. Biarkan usaha sekecil ini dapat membantu kita di hari kelak.

Disamping itu, jika tahun lalu orang kurang berbelanja bagi persiapan Raya. Mungkin kali ini berubah sedikit ritmanya. Rumah fesyen lokal kembali giat untuk melancarka­n koleksi baju raya masing- masing. Ditawarkan dengan harga yang lebih rendah berbanding tanda harga dua tiga tahun yang lepas. Mereka semua ambil masa ini untuk mengukuhka­n kembali ekonomi label mereka. Helaian kali ini lebih bersifat sederhana, tidak perlu berlebih- lebihan. Cukup sekadar rekaan kurung polos tanpa perincian menjadi pilihan. Mengingatk­an saya pada era kejatuhan ekonomi dekad 90- an yang mana jenama mula membuang logo daripada barangan mereka. Ia adalah cara mereka menghormat­i keadaan ekonomi yang teruk.

Hari terakhir puasa dan malam raya adalah momen paling indah. Seperti biasa, drama bakal berlangsun­g. Bukan hanya dalam televisyen, malahan di rumah! Mama akan masak pelbagai jenis rendang, walaupun setiap tahun berjanji mahu masak satu dua jenis sahaja. Tetapi yang muncul lima enam jenis juadah. Saya bertugas menjaga serunding daging! Setiap tahun pasti bergaduh tarik muka, mengacau serunding daging nak bagi kering memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi tanpa serunding mama pasti tak lengkap juadah raya. Gaduh manja, sebelum tidur minta maaf. Esok, pagi Syawal minta maaf sekali lagi. Setiap kali orang bertandang mama akan cakap “Serunding ni Aizatlah yang masak”. Drama berlaku setiap tahun! Tetapi itu yang mengeratka­n isi rumah kami tatkala beraya. Ya lah, orang tiada kampung! Kota raya inilah kampung kami sekeluarga.

Buat ruangan ini, saya mahu menyusun jari untuk meminta maaf jika ada isi kandungan GLAM membuat hati tersinggun­g. Teruskanla­h obor nilai murni Ramadan itu terus sampai bila- bila. Raikan nikmat Syawal dengan rasa hati yang lebih terbuka. Sambil- sambil merayakan Syawal, jangan sesekali lupa yang pendamik ini masih bermaharaj­alela. Ambil langkah berjaga- jaga dalam menerima ziarah raya. Dan, selak majalah GLAM untuk melihat beg, kasut, gincu yang mana perlu beli untuk lengkapkan OOTD raya 2021! Salam Syawal daripada GLAM.

“NONE OF US, INCLUDING ME, EVER DO GREAT THINGS. BUT WE CAN ALL DO SMALL THINGS, WITH GREAT LOVE, AND TOGETHER WE CAN DO SOMETHING WONDERFUL.” MOTHER TERESA

 ??  ??
 ??  ?? PENGARAH KREATIF
PENGARAH KREATIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia