GLAM (Malaysia)

SELAMAT DATANG KE THE BELOVED SHOW

- teks AIZAT AIDID gambar GUCCI

Gucci menjemput Serena Williams, Harry Styles, Diane Keaton, Dakota Johnson, Sienna Miller dan Awkwafina ke rancangan bual bicara yang dikemudika­n oleh James Corden bertajuk Gucci Beloved Talk Show, satu siri kempen khas ilham Alessandro Michele yang mana memadukan pop culture Hollywood bersama jenama asal Itali ini.

MMasih saya ingat, ketika berusia belasan tahun, saya sering habiskan masa larut malam menonton televisyen. Temankan bapa sehingga larut malam. Kami bergelak ketawa dan adakalanya diam menekuni televisyen. Mata tertumpu pada kaca televisyen, mendengar bual bicara yang berlangsun­g. Siri bual bicara larut malam menjadi pilihan kami. Ia cukup terkesan, kerana ada momen gembira, ada juga rasa hiba dengan kisah yang dikongsika­n oleh tetamu jemputan. Siri bual bicara larut malam ini nyata cukup terkesan pada mereka yang menonton. Dek atas tiket ini, barangkali Alessandro Michele angkatnya menjadi titik fokus kempen baru koleksi Gucci Beloved.

Gucci memilih kempen berteraska­n bual bicara Hollwyood ini kerana ia merupakan satu cabang pop culture yang sungguh unik. Watak utama dalam kempen ini semestinya barisan beg Gucci Beloved yakni Dionysus, GG Marmont, Gucci Horsebit

1955 dan Jackie 1961. Cuma bagi menghangat­kan lagi kempen bual bicara ini, Talk Show Gucci

Beloved juga diserikan dengan bintang- bintang besar Hollywood. Mereka yang mengambil tempat duduk di set ini sebagai watak tetamu acara adalah pelakon dan pelawak, Awkwafi na yang berbusana hitam berserta corak bunga gergasi sambil meletakkan beg GG Marmont putih di atas riba. Ada juga bintang fi lem Fifty Shades of Grey, Dakota Johnson menyerikan set dengan serta bersama beg Dionysus yang ikonik hasil sentuhan Alessandro Michele. Bintang lain yang menghiasi kempen ini adalah Serena Williams, Harr y Styles, Sienna Miller dan Diane Keaton.

Sebab utama kempen ini dilaksanak­an oleh Gucci dalam set sebegini adalah untuk menguatkan lagi yang beg sebenarnya adalah watak utama dalam kehidupan kita. “Kita kembalikan rencah asli siri bual bicara dan jadikan beg ini sebagai penyeri utama, the big star! Semua tahu yang beg- beg ikonik ada sekarang mendapat namanya daripada bintang besar dan berpengaru­h. Juga, atas nilai personalit­i yang mereka miliki ini. Terus, melalui kempen ini kami gabungkan bintang utama begbeg bersama personalit­i berbakat dalam satu set yang sama. A game of cress- references between the two great protagonis­ts,” ujar Alessandro Michele, Pengarah Kreatif Gucci.

Cinta Michele pada beg cukup mendalam, lantas diterjemah­kan pada koleksi khas Gucci Beloved. Empat beg disatukan dalam satu himpunan khas. Setiap beg ini mendapat idea daripada arkib lama Gucci dan dihembus dengan citra kontempora­ri. Michele mahukan begbeg taruhan Gucci Beloved mampu dipakai bertahun- tahun lamanya, tidak kisah musim atau trend semasa yang muncul. Empat beg Gucci Beloved adalah beg Dionysus, GG Marmont, Gucci Horsebit 1955 dan Jackie 1961. Setiap beg ini mempunyai kisah yang digubah lebih moden. Sebagai contoh, beg GG Marmont yang dihiasi dengan gancu GG yang mana diambil inspirasi daripada arkib Gucci.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia