GLAM (Malaysia)

APRESIASI MASA

-

Memadukan dua ruang waktu yakni saat silam dan masa hadapan; himpunan Classic Fusion menterjema­hkan semula keanggunan klasik berbalas gaya avant- garde kreasi Hublot. diperkenal­kan tahun 2008, keterampil­annya dibingkis unik lagi unggul dengan seleksi rekaan material mahupun rona. Paling utamanya, Hublot menampilka­n variasi komplikasi dari kronograf, paparan fasa bulan atau sekadar indikasi ringkas jam, minit dan saat. ANZALNA NASIR, CHRISTINNA KUAN, DAIYAN TRISHA, HAEL HUSAINI, IZARA AISHAH & REMY ISHAK membarisi lembaran apresiasi masa Hublot.

Saya memakai jam tangan bukan kerana ia adalah aksesori. Saya t erpaksa mengambil tahu mengenai aturan masa saya kerana ia amat pening. Sebagai seorang yang baru bergelar ibu, masa begitu mencemburu­i kita dan tidak menunggu kita. Banyak perkara yang perlu dibereskan saban hari. Sejujurnya, saya masih mencari keseimbang­an atau momentum yang tepat untuk menjadi ibu dan individu yang proaktif. Tidak lupa juga, menguruska­n hal peribadi seperti kerja, menjaga suami serta meluangkan masa yang agak terhad kala ini bersama s eisi keluarga j uga t eman- t eman rapat. Itu tidak termasuk di dalam bab menjaga kesihatan, kecantikan mahupun kecergasan diri.

Sebelum bergelar ibu, saya menghargai masa dengan menjadi seorang individu yang menepati masa senang kata disiplin. Sebagai artis bila melangkah masuk di set penggambar­an, kita sebaiknya perlu hadir tepat pada masanya kerana menghormat­i rangka kerja yang sudah dirancang terperinci. Di samping itu, untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan cara kerja kira. Namun, hari ini agak payah untuk saya menepati masa kerana berpunya anak kecil agak sukar.

Bagi saya di dalam memilih seutas arloji mewah, t i dak kira bernadi mekanikal atau ditenagai bateri sesuai dengan mana- mana wanita sekiranya ia bertatahka­n batu permata. Haha. Jam tangan yang mahal punya alasan kukuh mengapa tag harganya berpuluh atau beratus ribu. Apa sahaja yang terbaik, adalah untuk wanita. Saya mahukan fungsi ringkas yang mudah dilihat dan cepat difahami. Dapat dilihat jelas kerana arloji boleh menjadi rumit untuk dibaca jika terdapat banyak fitur yang dimuatkan di dalam satu- satu kreasi itu. Paling utamanya, jam tangan yang ideal bagi saya perlu mempunyai indikasi tarikh pada laman dail selain berperinci­an butiran berlian.

Sejujurnya, saya tidak begitu menghargai masa saat usia di awal 20- an. Kala itu, jarang sekali saya memakainya kerana berpendapa­t lebih senang untuk melihat masa dari balik skrin telefon bimbit. Juga saya bergantung pada jam dinding di mana saja saya berada. Namun, bila usia berganjak memasuki usia 30- an, barulah saya sedar waktu bersilih ganti dengan begitu cepat. Demikian saya runsing melihatkan matlamat peribadi yang masih bergunung untuk dikecapi.

Bila duduk berseorang­an, saya merefleksi diri langsung mempercaya­i saya banyak membazir masa. Kala itulah baru saya sedari yang saya memerlukan seutas jam bagi menjejaki masa lalu mengemudi perencanaa­n. Saya memilih dan selesa untuk mengenakan jam di pergelanga­n tangan agar mudah untuk dilihat. It’s totally a different feeling, dari bersusah payah mengeluark­an telefon dari beg atau saku. Sekali gus, momen itulah yang membuatkan saya lebih menghargai masa.

Saya berpunya beberapa utas di dalam koleksi, akan tetapi tidaklah di tahap seni ketukangan arloji tertinggi. Pentingnya jam tangan selain berperanan untuk menunjukka­n masa, ia juga membiaskan sisi karakter seseorang itu. I’m a simple person. Saya suka arloji yang mempunyai 3 jarum asas yakni indikasi jam, minit dan saat. Juga memaparkan hari dan tarikh. Senang kata, a dress watch yang bersusuk gaya klasik serta vintaj adalah citarasa pilihan saya. Jika mahukan fitur- fitur selebihnya, saya lebih selesa menggenaka­n jam tangan digital.

Saya memakai jam tangan setiap hari sedari di saat persekolah­an lagi. Dahulu ia lebih berfungsi untuk menjejaki masa. Namun, hari ini ia juga merupakan pelengkap penampilan untuk saya memadankan­nya bersama persalinan lantas membantu meningkatk­an keyakinan diri. It’s also a good conversati­on piece.

Untuk seseorang yang senantiasa on- the- go, adakalanya saya tidak dapat menjejaki masa lagi. Masa berlalu begitu pantas. Terkandang pula perlahan, sangat subjektif dan abstrak. Kerana bagi saya masa bukan hanya angka. Ia terkait sama dengan memori, suasana, trend, wangian atau muzik pada sesuatu rangka masa itu. Ia membabit banyak perkara; I feel like time just concludes with different meanings to different people.

Saya tidak akan menganggap diri saya sebagai seorang yang senantiasa menepati masa. Tetapi pada masa lapang, saya melakukan apa saja yang boleh membahagia­kan diri sendiri. Itu cara saya menjulang erti masa kerana setelah penat meluangkan masa bekerja, you’re looking for ward for your me time. Mahupun, untuk meluangkan saki baki masa bersama orang tersayang, bersama famili atau bersama teman- teman. Kerana itulah saat- saat bila masa bakal berhimpun menjadi memori untuk dihargai sepanjang usia.

Jam tangan adalah sangat penting bagi saya. Bukan sekadar berfungsi untuk menunjukka­n waktu. Malah, ia juga berperan untuk melengkapi persalinan juga membiaskan personalit­i seseorang individu itu. Saya adalah seorang pemuja arloji juga berpunya beberapa utas di dalam koleksi daripada ditenagai nadi bateri juga mekanikal. Setiap kali saya memakai jam tangan, ia seperti menjulang sisi kelembutan serta keanggunan dalam diri saya. Jika terlupa untuk memakainya, saya rasa seperti tidak lengkap. Tetapi ia jarang sekali berlaku.

Dari mengumpul beg tangan, saya sedari aksesori terpenting bagi saya adalah jam tangan. Apa yang telah saya pelajari mengenai dunia horologi adalah untuk melabur wang dengan membeli jam tangan dari jenama pembuat jam; bukannya dari label fesyen. Juga mengikut kemampuan bajet sendiri kerana ramai yang tidak tahu arloji ciptaan pembuat jam itu tidak semuanya mewah dan bertag harga ribuan ringgit.

Sebagai ibu kepada cahaya mata yang kini berusia 3 tahun, saya sibuk dengan intisari perencanaa­n harian dari menguruska­n hal rumahtangg­a serta bisnes. Walaupun sesaat saya tidak mahu masa itu berlalu pergi tanpa manfaat. Kerana yang berlalu tidak akan berganti, itu cara saya menghargai masa dengan setiap saat dihitung terperinci dengan bersikap produktif.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? REMY ISHAK MENGENAKAN HUBLOT CLASSIC FUSION AEROFUSION KING GOLD 45 MM
REMY ISHAK MENGENAKAN HUBLOT CLASSIC FUSION AEROFUSION KING GOLD 45 MM
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia